"Abang, sampai bila kita perlu berlakon macam ni? Sampai bila abang kena berlakon benci dekat Nurul? Answer my question, abang." Nurul memegang tangan Danish. Dia tahu suaminya ini melakukan sesuatu perkara mesti ada sebabnya cuma dia mahu tahu sampai bila mereka perlu berlakon pura-pura seperti ini?
Danish mengeluh dan memandang wajah isterinya. Dia tahu apa yang ada di fikiran wanita itu. Nurul pasti tidak sanggup mahu meneruskan lakonan ini tetapi mereka berdua terpaksa melakukannya.
"Abang tahu sayang tak sanggup nak lakukan semua ni tapi kita kena teruskan juga plan kita. Abang cuma nak balas balik apa yang Nisha dah buat pada abang dulu dan abang nak sayang sabar sikit je lagi. Boleh?" Danish mengangkat wajah isterinya. Dia menyakinkan hati wanita itu dengan tatapan kasih sayang. Nurul mengangguk dan memberi sedikit masa kepada suaminya untuk meneruskan rancangan mereka.
"Abang nak buat apa sebenarnya? Balasan apa yang abang nak buat pada Nisha?" Nurul masih pandang wajah Danish. Sungguh dia tidak tahu apa yang ingin dilakukan oleh suaminya.
"Kalau pasal tu Nurul tunggu je bila tiba masanya nanti. Nurul jangan risau sebab abang tak akan buat benda yang bodoh." Danish mengukir senyuman misteri. Nurul tergamam mendengar ayat suaminya. Pastu lelaki itu sedang merancang sesuatu yang boleh memalukan Nisha.
"Jauh betul adik ipar abang ni termenung. Dah sampai negara mana dah?" Lamunan Nurul terhadap perbincangannya bersama Danish tadi sebelum kedatangan Nisha terus hilang bila telinganya disapa dengan suara Raykal. Dia memberi senyuman walaupun ianya sedikit kekok.
"Abang Raykal ni buat Nurul terkejut je. Mana ada Nurul termenung. Nurul cuma fikir je." Nurul cuba menafikan apa yang ada di fikiran Raykal. Lelaki ini masih tidak tahu tentang rancangan Danish yang sebenar.
"Abang tahu Nurul tengah fikir sesuatu walaupun Nurul cuba menafikannya." Raykal berpeluk tubuh sambil memandang Nurul dengan wajah serius. Nampaknya adik iparnya ini sedang sembunyikan sesuatu di belakangnya. Nurul berasa sedikit gelabah melihat wajah serius Raykal.
"Nurul datang sini sorang je ke? Mana Rayyan? Kenapa dia biarkan isteri dia keluar sorang-sorang?" Raykal cuba mengubah topik. Dia tahu wanita itu berasa sedikit tidak selesa dengan kata-katanya tadi.
"Haah, Nurul datang sorang je. Abang Danish cakap dia ada hal sekejap kat luar. Nurul dah biasa keluar sorang-sorang." Nurul memandang ke bawah. Dia tidak berani membalas pandangan serius dari Raykal. Dia berharap lelaki itu tidak menyoal dengan lebih dalam.
Raykal mengeluh mendengar jawapan Nurul. Ini mesti Danish tengah keluar dating dengan Nisha. Itu sebab dia hanya membiarkan Nurul keluar seorang diri. Adiknya tidak patut mengabaikan Nurul walaupun sibuk bercinta dengan Nisha.
"Abang minta maaf bagi pihak Rayyan. Dia tak patut abaikan Nurul sebab Nurul masih isteri dia yang sah." Jujur Raykal berasa serba salah dengan adik iparnya. Nurul hanya tersenyum walaupun senyumannya kelihatan sangat hambar. Dia perlu meneruskan lakonannya dan perlu menampakkan seolah-olah dia sedang terluka dengan tindakan Danish terhadapnya.
"Abang tak perlu minta maaf dekat Nurul. Abang tak ada salah apa pun. Lagipun Nurul kena biasakan diri dengan keadaan yang berlaku sekarang ni. Abang jangan risau ye." Nurul cuba menyakinkan lelaki itu. Raykal mengeluh mengenangkan nasib wanita itu.
"By the way, macam mana majlis pertunangan abang? Semua ok ke? Nurul minta maaf sebab tak dapat hadir ke majlis tu." Nurul berasa serba salah dengan lelaki itu. Sepatutnya dia menghadirkan diri di majlis penting abang iparnya tetapi waktu itu dia ada masalah sikit.
"Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Sekarang ni pun abang dah selamat menjadi tunang orang dan Insya Allah sebulan dari sekarang abang akan tamatkan zaman solo abang." Raykal masih tidak percaya dia ditunangkan dengan orang yang dia sayang. Wajahnya juga sedari tadi tidak berhenti senyum bila membayangkan betapa cantiknya Madinatul di majlis pertunangan mereka.
"Mesti dia cantikkan sampai boleh buat abang angau dekat dia?" Nurul tersenyum melihat wajah gembira Raykal. Nampaknya wanita bernama Madinatul itu pasti sudah berjaya mengetuk pintu hati abang iparnya. Dia tidak pernah melihat lelaki itu gembira seperti ini.
"Dia memang cantik tapi abang jatuh cinta dengan sikap dia, Nurul. First time abang jumpa dia pun masa kami berdua berebut roti. Waktu tu dia garang gila tapi bagi abang dia marah pun nampak comel."
Raykal ketawa mengingatkan kenangan pertama kali mereka berjumpa. Pasal roti pun boleh bawa gaduh dalam kedai. Untung saja saat itu tiada orang yang melihat mereka bertikam lidah. Tidak sangka dari kejadian itu membuatkan hubungan mereka lagi rapat walaupun pada awalnya Madinatul bersikap jual mahal padanya.
"Nurul harap Nurul dapat jumpa dia bila tiba hari nikah nanti kalau Nurul sempat." ujar Nurul dengan senyuman lebar. Dia berasa tidak sabar mahu menemui wanita itu bila mendengar cerita abang iparnya.
Hati Raykal terus rasa lain bila mendengar Nurul berkata seperti itu. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati melihat senyuman adik iparnya.
"Kenapa Nurul cakap macam tu? Mestilah Nurul sempat tengok abang kahwin sebab majlis abang tak lama je lagi kan." Jujur Raykal tidak suka dengan ayat wanita itu. Dia yakin jodoh Danish dengan Nurul akan kekal sampai bila-bila.
Nurul ketawa melihat wajah risau Raykal. Dia tahu lelaki itu terkesan dengan kata-katanya tadi.
"Nurul bergurau je. Abang jangan serius sangat. Insya Allah Nurul akan ada masa majlis kahwin abang nanti. Nurul nak tengok juga bakal kakak ipar Nurul tu macam mana orangnya." Nurul menyengit mata kepada Raykal. Sekali lagi dia ketawa melihat wajah pasrah lelaki itu.
Raykal menggeleng dengan usikan wanita itu. Tapi sekurang-kurangnya dia berasa lega sedikit dapat melihat wajah itu ceria. Dia tidak mahu Nurul berasa sedih atau kecewa. Cukuplah dia tersakiti selama ini.
"Nanti Nurul jangan lupa bagitahu dekat Rayyan ye. Abang tak sempat nak bagitahu dia sebab sibuk pasal urusan majlis kahwin abang." Sudah lama dia tidak berjumpa dengan adik lelakinya. Lelaki itu pun sudah makin sibuk dengan kerjanya.
"Insya Allah nanti Nurul bagitahu dekat abang Danish. Abang Raykal fokus kat majlis kahwin abang je. Pasal kami abang tak perlu risau ok." Nurul memberi jaminan kepada lelaki itu. Raykal mengukir senyuman dan mengangguk kepala. Kini lapang sedikit hatinya dan dapatlah dia fokus pada majlis perkahwinannya dengan Madinatul.
To be continued
YOU ARE READING
Mrs. Danish Rayyan (C)
RomanceDua sahabat baik yang selalu bersama sejak dari kecil lagi, itulah Danish Rayyan dan Nurul Nafisa. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, mereka sering bersama sehingga orang menyangka mereka bercinta walhal mereka hanya berkawan sahaja...