Bab 78

1.1K 29 2
                                    

       "Sekali lagi I tanya you. You nak kahwin semula dengan I?"

       Nisha seperti mahu mengetuk kepalanya ke dinding. Entah apa yang merasuk fikiran dia semalam sampai dia boleh gila tanya soalan seperti itu kepada Khalish. Tak lama lagi dia akan kahwin dengan Danish dan dia tidak sepatutnya buat perkara gila semalam.

     "Adoi kau ni, Nisha. Dah kenapa kau pergi ajak Khalish kahwin semula?" Nisha meramas rambutnya sekuat hati. Otaknya serabut memikirkan masalah yang dia timbulkan. Mengapa Khalish kena muncul sekarang? Nisha mengeluh kuat.

     "Kuat betul you mengeluh. You fikir apa sampai muka you nampak serabut?" Khalish menghampiri Nisha dan membelai lembut pipi bekas isterinya. Wajah itu tidak pernah berubah dari dulu. Macam mana dia tak jatuh sayang pada wanita itu.

      Nisha tersentak dan menjauhkan diri dari Khalish. Dia tak patut buat benda seperti ini di belakang Danish. Dia tidak mahu lelaki itu tahu tentang masa lalunya.

      Khalish mendengus perlahan melihat kelakuan Nisha yang seperti mahu mengelak darinya. Dia bersandar tenang di tempatnya. Matanya melirik sekilas ke arah Nisha yang masih mendiamkan diri.

     "Kenapa you senyap je, Nisha? You menyesal ke dengan apa yang kita buat semalam?" Khalish ketawa melihat wajah merah Nisha. Dia suka membuat wanita itu marah kerana baginya wajah itu sangat comel di matanya.

    "You boleh diam tak? Kepala I tengah serabut sekarang ni. Please jangan ganggu I." Nisha memberontak dan mula menjauhkan diri dari Khalish. Dia benci akan lelaki itu.

      Khalish ketawa sinis mendengar jawapan Nisha. Kali ni wanita itu benar-benar dalam keadaan marah.

     "Kenapa you nampak serabut ni, sayang? You takut kalau Danish dapat tahu ke yang you curang belakang dia lagi?" Sekali lagi Khalish tertawa. Nampaknya rancangan dia dah berjaya sedikit demi sedikit.

    "Shut up, Khalish Haikal! I hate you so much!" bentak Nisha sekuat hati. Tidak sepatutnya dia ikut lelaki ini semalam. Dia mula menyesal dengan tindakannya.

     Khalish ketawa sepuas hatinya. Dia sudah berjaya memiliki wanita itu dan sekarang ni hanya tunggu masa Danish tinggalkan Nisha.

    "You janganlah marah, sayang. You nampak cantik tau bila you marah." Khalish senyum sinis dan bangun dari duduknya. Berjalan perlahan-lahan mendekati bekas isterinya.

     "I really hate you, Khalish. Apa yang I nak jawab dekat Danish nanti?" Air mata Nisha menitis satu per satu. Dia takut jika Danish tahu perkara yang sebenar.

    Khalish mengepal tangan menahan rasa sakit hati. Hatinya cemburu bila wanita kesayangannya menyebut nama lelaki lain di depannya. Dia menutup mata dan cuba untuk bersabar.

    "You betul-betul sayangkan Danish ke?" soal Khalish perlahan. Hatinya benar-benar sakit melihat air mata bekas isterinya.

     Nisha tergamam sejenak sebelum dia memandang wajah Khalish. Lelaki itu turut memandang wajahnya.

    "I dah tak ada dalam hati you lagi ke, Nisha?" soal Khalish lagi. Kali ni dia cuba untuk mengetahui isi hati wanita itu. Dia memandang tepat-tepat pada mata Nisha.

     Nisha tidak mampu melihat mata Khalish lalu dia memandang ke arah lain. Dia tidak pasti dengan perasaannya ketika ini. Oleh kerana itu dia tidak mahu menjawabnya.

     Khalish mengukir senyuman tawar apabila Nisha tidak menjawab soalannya. Nampaknya dia sudah tahu jawapan yang sebenarnya.

     "Tak apa, I faham apa jawapan you. You tak perlu jawab." Khalish mengukir senyuman lebih lebar bagi menutupi perasaan sedihnya.

      Nisha tidak mampu berkata apa-apa dan menunduk kepalanya. Dia tidak sanggup melihat wajah bekas suaminya.

    "Can I hug you for the last time?" Khalish cuba menduga Nisha. Dia benar-benar rindu akan wanita itu.

      Nisha mendongak kepala dan hanya mengangguk. Apa salahnya jika lelaki itu mahu memeluknya? Dia tidak kisah.

     Khalish segera memeluk tubuh Nisha dan mencium haruman rambut Nisha. Hilang sedikit rasa rindunya terhadap wanita itu. Nisha juga terus membalas pelukan Khalish.

     Tiba-tiba mereka berdua dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu. Mereka saling memandang sebelum Khalish mengambil keputusan untuk menjenguk di tingkap rumahnya.

    Matanya terbuntang melihat kehadiran seseorang di depan rumahnya. Dia segera memandang Nisha di belakang.

    "You dah kenapa? Siapa yang datang ke rumah you?" Nisha berasa hairan melihat wajah gelisah Khalish. Ada yang tak kena ke?

    "I rasa better you balik sekarang. Lagi bagus kalau you keluar ikut pintu belakang." Khalish segera menolak tubuh Nisha menuju ke dapur. Otaknya masih berfikir bagaimana lelaki itu boleh menjumpai rumahnya?

     "Kenapa I kena balik ikut pintu belakang? Siapa yang datang sebenarnya? Cuba you bagitahu I." Nisha menolak tangan Khalish di bahunya. Dia masih tertanya-tanya dengan perangai gelisah lelaki itu.

    "Your boyfriend aka your future husband. Dah puas hati you sekarang? Cepat balik sebelum dia bertindak lain macam." Khalish menggesa wanita itu untuk terus pergi. Dari tadi pintu itu tidak berhenti ketuk.

    "Ok fine. I pergi sekarang. Apa-apa you call I." pesan Nisha sebelum dia pergi. Khalish hanya mengangguk kepala.

     Setelah memastikan Nisha pergi, dia terus menuju ke ruang tamu. Dia menarik nafas dan hembus sebelum membuka pintu.

    "Yes nak cari siapa?" soal Khalish sambil angkat kening. Masih hairan dengan kehadiran Danish secara tiba-tiba.

     "Boleh aku masuk?" soal Danish dengan muka kosongnya. Dia malas mahu beramah mesra.

      Belum sempat Khalish menjawab soalannya, Danish terus masuk ke dalam rumah diikuti oleh Azrul di belakang. Khalish termangu melihat tindakan selamba Danish.

     Dia menutup pintu dan melihat Danish dan Azrul duduk di atas sofanya. Dia berjalan dan duduk di depan dua lelaki itu.

    "So, apa tujuan kau datang ke sini?" Khalish juga menayang wajah dinginnya. Dia ingin tahu apa tujuan lelaki itu.

      "Kau ex husband Nisha kan?" Danish menyilang kakinya dan memandang tepat pada Khalish. Hensem juga lelaki di depannya tapi dia lagi hensem.

     Khalish tidak terkejut mendengar soalan Danish. Dia seperti sudah dapat menduga lelaki ini akan mencari maklumat tentang dirinya.

    "Kenapa kalau aku ex husband dia? Ada masalah dengan kau ke?" Khalish cuba berlagak tenang. Tiba-tiba dia berasa seram sejuk melihat wajah selamba Danish. Azrul pula hanya memerhati dan mendengar perbualan mereka berdua.

     Danish ketawa mendengar soalan kurang matang dari Khalish. Dia berhenti ketawa dan membuat wajah serius. 

     "Aku tak ada masalah kalau kau nak getback semula dengan Nisha. Aku lagi suka, bro." Danish mengukir senyuman sinis. Dahi Khalish berkerut dan sumpah dia tidak mengerti.

     "Apa maksud kau? Kau tak kisah ke kalau aku kahwin semula dengan Nisha?" Khalish tidak boleh menjangka apa yang ada di dalam fikiran Danish. Lelaki itu seolah-olah seperti sedang merancang sesuatu.

    "Aku sebenarnya ada cadangan menarik untuk kau. Itu pun kalau kau berminat la." Danish memeluk tubuh. Dia cuba untuk memancing perhatian Khalish agar terima tawarannya.

    "Apa cadangan kau?" soal Khalish seperti berminat. 

     Danish mengukir senyuman penuh makna melihat muka berminat lelaki itu.



Thank you for your support 🫶🏻



Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now