Danish membuang sampah ke dalam tong sampah dan mengelap peluh di dahinya. Agak penat juga kemas rumah yang baru dibelinya itu.
Iya baru hari ini mereka berdua berkesempatan untuk mengemas rumah setelah seminggu mereka habis STPM. Walaupun hanya sederhana tetapi ianya sudah mencukupi untuk mereka berdua.
"Sayang! Where are you?" Danish mencari kelibat isterinya di dalam rumah. Dia melihat di kawasan dapur tetapi isterinya tiada di sana.
Danish menuju ke tangga dan naik ke tingkat atas. Mungkin isterinya berada di sana. Danish membuka pintu biliknya dan terkejut melihat di depan matanya.
"Eh sayang, apa sayang buat ni? Bahaya la, sayang. Meh abang yang buat." Hampir tercabut jantungnya melihat isterinya berdiri di atas kerusi untuk membersihkan almari.
"Eh tak apa la, abang. Nurul dah hampir siap dah ni. Abang janganlah risau sangat." Nurul gelak kecil melihat wajah risau suaminya. Alahai suami siapa la ni.
"Sayang ni kan. Mestilah abang risau. Kalau sayang jatuh nanti macam mana?" Danish marah manja kepada Nurul sambil bercekak pinggang.
"Olololo comel je suami kita marah. Ok lepas ni Nurul tak buat dah. Abang senyum la sikit." Nurul membuat muka comelnya.
Danish menahan senyum melihat telatah comel isterinya. Aduhai kalau macam ni memang susah dia nak merajuk kalau isterinya dah buat perangai comelnya.
"Kali ni abang maafkan tapi lepas ni jangan buat macam ni ok. Abang tak suka." Nurul mengangkat tangan separuh seperti berikrar tanda dia berjanji.
Danish senyum dan menarik tangan Nurul untuk turun ke bawah. Nurul hanya mengikuti langkah suaminya.
"Abang pergilah kemas kat luar tu. Nurul nak buat air kejap nanti Nurul tolong abang." Nurul berkata sambil memandang wajah suaminya.
Danish hanya mengangguk dan menuju ke luar rumah. Nurul terus menuju ke dapur untuk membuat air. Setelah selesai bancuh, dia membawa air itu ke luar rumah.
Dia melihat suaminya sedang menyapu sampah. Nurul tersenyum dan meletakkan air di atas meja.
"Assalamualaikum Rayyan, anak mama." Danish yang sedang khusyuk menyapu itu berasa terkejut dan berpaling ke belakang.
"Waalaikumsalam..." Dia masih terkejut dengan kehadiran mamanya. Puan Rohani hampir menangis melihat anaknya di depan mata.
Raykal pula hanya membiarkan mamanya mendekati Danish. Dia membiarkan kedua-duanya menyelesaikan masalah.
"Hai, Nurul. Adik ipar abang ni apa khabar? STPM macam mana? Ok ke?" Raykal mendekati adik iparnya yang masih memandang ke arah Danish dan Puan Rohani.
"Hai, abang Raykal. Nurul sihat alhamdulillah. STPM ok dan Nurul dengan abang Danish tengah tunggu result je sekarang ni." Nurul menuang air ke dalam gelas dan menyerahkan kepada Raykal.
"Terima kasih, Nurul. Sementara Nurul tunggu result ni, Nurul nak buat apa?" Raykal memandang wajah adik iparnya sambil meneguk air.
"Nurul tak tahu lagi la bang tapi Nurul kena tanya abang Danish dulu." Nurul melihat suaminya sedang berbincang bersama ibu mertuanya. Dia berharap masalah dulu dapat diselesaikan.
"Rayyan, mama nak minta maaf. Mama tahu mama banyak buat salah kat Rayyan. Rayyan boleh maafkan mama?" Puan Rohani perlahan-lahan memegang tangan anaknya.
"Rayyan pun nak minta maaf kat mama. Rayyah dah banyak buat salah dan banyak lukakan hati mama dan papa." Danish memeluk tubuh Puan Rohani. Dia berasa serba salah terhadap mamanya selama ini.
"Rayyan tak ada buat salah apa pun kat mama dengan papa. Kita berbaik ye sayang." Puan Rohani membalas pelukan anaknya untuk melepaskan rindu. Danish mengangguk membalas kata mamanya.
Nurul dan Raykal tersenyum melihat keakraban anak-beranak itu. Nurul mendekati suami dan ibu mertuanya.
"Mama, jomlah masuk ke dalam rumah. Tapi Nurul nak minta maaf sebab tak habis kemas rumah lagi. Kami baru je pindah rumah baru."
Nurul berasa serba salah terhadap ibu mertuanya kerana dia tidak sempat untuk kemas rumahnya.
"Tak apa sayang sebab mama pun datang mengejut ke rumah kamu dengan Rayyan. Mama datang sini sebab mama tahu dari ibu Nurul." Puan Rohani memegang erat tangan Nurul.
"Mama dengan abang Raykal, jomlah masuk ke dalam. Boleh kita berbual kejap." Danish menarik tangan mamanya masuk ke dalam rumah. Nurul hanya tersenyum melihatnya.
"Nurul." Raykal memanggil adik iparnya apabila kelibat adik lelakinya sudah tidak kelihatan. Nurul terhenti dan menoleh belakang.
"Kenapa abang panggil Nurul? Abang ada masalah ke?" Nurul mendekati Raykal yang seperti memikirkan sesuatu.
"Abang nak minta pendapat Nurul, boleh tak? Abang rasa Nurul yang paling sesuai untuk abang minta tolong." Wajah Raykal sekarang ini memang kelihatan kusut kerana bingung memikirkan bagaimana dia mahu mengenali Madinatul dengan lebih dekat.
"Abang nak minta tolong apa? Macam besar je masalah abang ni." Dahi Nurul berkerut bila lelaki itu meminta pertolongan darinya. Dia terus duduk di hadapan abang iparnya.
"Memang besar pun masalah abang ni. Nurul boleh tolong abang kan?" Raykal hanya tersengih memandang Nurul.
"Nurul boleh tolong abang selagi yang Nurul mampu. Abang ada masalah apa sebenarnya ni?" Raykal menarik nafas dalam-dalam.
"Abang sebenarnya..." Percakapan Raykal terhenti apabila mendengar suara Danish.
"Kat sini rupanya korang berdua. Penat Rayyan cari." Danish duduk di antara mereka berdua. Dia berasa hairan apabila melihat wajah serius Nurul dan Raykal."Kami borak kosong je, kan Nurul?" Raykal memberi isyarat mata kepada Nurul agar tidak beritahu hal tadi kepada Danish. Dia tidak mahu lelaki itu mengetahui tentangnya.
"Haah. Kami berdua borak kosong je. Tak ada yang menarik pun." Nurul terus bangun dan meninggalkan dua beradik itu. Dia tersenyum melihat wajah gelisah abang iparnya tadi.
"Betul ke Abang borak kosong dengan Nurul? Abang dengan Nurul mesti ada sembunyikan sesuatu dari Rayyan, kan?" Danish merenung tepat ke arah mata Raykal.
Raykal berasa gelisah melihat renungan adiknya. Dia cuba memandang ke arah lain. "Betullah, abang borak kosong je dengan Nurul. Abang tak tipu, Rayyan. Dahlah jom masuk dalam...mama mesti tunggu kita."
Raykal terus meninggalkan Danish dan masuk ke dalam rumah. Danish berasa curiga mendengar kata abangnya. Dia juga berasa pelik melihat lelaki itu seperti orang yang ada masalah. Dia yakin abangnya itu pasti sembunyikan sesuatu darinya.
YOU ARE READING
Mrs. Danish Rayyan (C)
RomanceDua sahabat baik yang selalu bersama sejak dari kecil lagi, itulah Danish Rayyan dan Nurul Nafisa. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, mereka sering bersama sehingga orang menyangka mereka bercinta walhal mereka hanya berkawan sahaja...