Flashback
"Danish, kalau Nisha nak minta sesuatu kat Danish, boleh tak?" Nisha minta dengan berhati-hati kerana berasa risau jika tiba-tiba kekasihnya melenting suara kepadanya. "Nisha nak minta apa? Kenapa Nisha macam takut je dengan Danish? Nisha ada buat salah ke?" Danish berasa hairan melihat muka ketakutan Nisha.
"Boleh tak kalau kita kahwin tahun ni? Danish tak kisah kan kalau kita kahwin awal?" Danish yang sedang menulis terus mengangkat kepala apabila berasa pelik dengan soalan gadis itu. Dia terus memandang muka kekasihnya bagi mendapat kepastian.
"Kenapa Nisha tiba-tiba ajak kahwin ni? Terlalu awal la Nisha. Kita pun masih budak sekolah lagi. Kenapa nak kena kahwin tahun ni?" Banyak persoalan yang terpancul dari mulut Danish. "Nisha takut Danish berubah hati kat orang lain. Danish tahukan ramai budak perempuan yang suka kat Danish terutama kawan baik Danish tu." Nisha terus berasa meluat bila membayangkan kemesraan Danis dengan gadis itu.
"Kenapa Nisha cakap macam tu? Danish tak pernah suka orang lain selain Nisha je. Lagipun, hubungan Danish dengan Nurul cuma kawan je. Tak lebih dari tu, sayang." Danish cuba menyakinkan gadis itu agar tidak terlalu cemburu terhadapnya. Hatinya tidak pernah berubah dan dia juga seorang yang setia pada yang satu.
"Danish betul-betul sayangkan Nisha ke? Danish janji tau yang Danish akan setia kepada cinta kita." Matanya penuh dengan harapan dan melihat muka kekasihnya. "Mestilah Danish sayangkan Nisha. Takkanlah Danish tak sayang kat perempuan comel ni." Danish terus mengusik pipi Danisha. Dia berasa seronok pula mengusik gadis itu apabila melihat pipi kekasihnya merah.
"Danish janji dengan Nisha yang kita akan kahwin tahun ni. Boleh kan, sayang?" Dia mengerdipkan matanya berkali-kali kepada lelaki itu. "Ye, kita kahwin tahun ni. Danish akan cakap hal ni dengan mama dan papa Danish." Dia terus memberi kata setujunya kepada gadis itu.
Nisha terus tersenyum gembira mendengar jawapan lelaki itu. "Thank you, Danish. Nisha sayang Danish sangat-sangat." Dia berasa ingin cium dan peluk lelaki itu tetapi ditahan sahaja niatnya itu kerana dia tahu batas pergaulan mereka.
End of flashback
Tiba-tiba, kenangannya bersama lelaki itu hilang bila dia terasa ada sesuatu mengalir di pipinya. Dia terus menyapu di pipinya dan dia seperti terpaku apabila menyedari bahawa dia baru sahaja menangis.
"Ya Allah, rindunya aku pada dia. Aku berasa amat bersalah kepada dia. Danish, Nisha rindu sangat dengan Danish. Nisha nak minta maaf dengan Danish." Dia terus memeluk gambar tersebut sambil menangis teresak-esak.
YOU ARE READING
Mrs. Danish Rayyan (C)
Roman d'amourDua sahabat baik yang selalu bersama sejak dari kecil lagi, itulah Danish Rayyan dan Nurul Nafisa. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, mereka sering bersama sehingga orang menyangka mereka bercinta walhal mereka hanya berkawan sahaja...