Bab 70

1.2K 25 3
                                    

       Nurul menarik nafas perlahan-lahan sebelum menghembus. Di depannya kini ada seseorang yang duduk di bangku sedang menunggu kehadirannya. Sekarang dia ada di taman permainan untuk berjumpa dengan seseorang. Bahkan suaminya juga tidak mengetahui hal sebenar disebabkan dia beri alasan mahu menghirup udara segar di luar.

        Jantung Nurul berdegup dengan pantas apabila dia semakin menghampiri dengan figura di depannya. Dia tidak pasti sama ada dia buat keputusan yang betul atau tidak dengan bertemu orang itu. Puas dia memikirkan hal ini beberapa hari yang lepas dan kali ni dia sudah buat keputusan yang tepat untuk semua orang.

        Beberapa minit berlalu dan Nurul sudah bersedia mahu berjumpa dengan si dia. Dan apabila si dia terasa dirinya diperhatikan, terus dia menoleh ke belakang dan terkejut melihat Nurul yang sedang berdiri.

        "Nurul..." dia menyeru nama Nurul dengan perlahan akibat terkejut. Dia bingkas bangun dan membalas tatapan Nurul kepadanya.

         "Hai Nisha." Nurul menyapa wanita itu dengan ceria seolah-olah tiada apa-apa yang pernah terjadi antara mereka berdua. Nisha tergamam melihat perwatakan wanita itu. Adakah dia sudah lupa kes mereka beberapa hari yang lepas? Bagi dia bukan mudah untuk melupakan kejadian itu.

         "Kenapa kau tercegat je kat situ? Jomlah kita duduk borak sambil hidup udara segar." Nurul terus duduk di kerusi dan menghirup udara di taman itu. Dia buat seperti ini kerana mahu menutup perasaannya yang tidak tenang dari tadi. Dia juga perasan dengan pandangan aneh dari Nisha tapi dia mengabaikannya.

         Nisha perlahan-lahan duduk di sebelah Nurul. Dirinya masih berasa hairan melihat sikap selamba Nurul tetapi dia malas mahu bertanya lebih. Sejujurnya dia masih terkejut bila wanita itu ajak mahu berjumpa dengannya di sini dan dia yakin Danish pasti tidak tahu pasal pertemuan mereka kerana melihat kedatangan Nurul ke sini seorang diri.

        "Ada apa kau ajak aku jumpa di sini? Penting sangat ke sampai kita berdua kena jumpa? Danish tahu tak yang kau ajak aku jumpa di sini?" Nisha cuba menahan diri dari melihat wajah tenang Nurul. Dah kenapa tenang sangat orang sebelah dia ni?

       Nurul hanya tersenyum apabila wanita itu melontarkan banyak soalan kepadanya. Dia tahu pasti Nisha berasa hairan dan tertanya-tanya menyapa dia ajak berjumpa. Nurul menoleh sebelah dan terlihat wajah serius Nisha.

         "Aku ajak kau datang ke sini ada sebab dan ianya sangat penting untuk kita." Nurul sengaja tidak mahu menjawab soalan terakhir Nisha kerana dia tahu Nisha pasti akan suka jika tiada kehadiran Danish di sini bersama mereka.

        Muka Nisha berkerut kehairanan mendengar jawapan Nurul. Hatinya tiba-tiba berasa berdebar melihat senyuman Nurul yang kelihatan sangat lain.

       "Kita?" soalnya dengan perlahan. Nurul yang mendengar soalan Nisha hanya mengangguk kepala.

         "Ye pasal kita. Aku dah fikir benda ni masak-masak dan aku setuju kalau kau kahwin dengan Danish." Nurul cuba menahan emosinya dengan menunjuk wajah tenangnya. Otaknya sudah penat berfikir dan biarlah dia yang korban sekarang ini.

        Nisha terus memandang wajah Nurul dan memastikan sama ada wanita itu serius atau tidak dengan kata-katanya tadi. Dan ternyata ia benar bila wajah Nurul masih kelihatan tenang.

        "Kau serius ke ni, Nurul? Kau tak kisah ke kalau aku kahwin dengan Danish?" Nisha tanya sekali lagi untuk kepastian.

         "Aku serius, Nisha. Kau jangan risau sebab lepas je selesai majlis perkahwinan abang Raykal, aku akan terus failkan penceraian aku dengan Danish." Nurul cuba sedaya upaya menahan air matanya dari tumpah. Dia tidak mahu kelihatan lemah di depan Nisha.

         "Danish tahu tak pasal ni?" Nisha cuba mengawal dirinya dari rasa teruja.

         "Buat masa ni dia tak tahu lagi tapi aku akan bagitahu dia lepas habis majlis abang Raykal." Nurul cuba mengukir senyuman walaupun hatinya amat terluka sekarang ini.

         "Kau sure ke kau ok? Aku tak kisah kalau aku jadi isteri kedua Danish." Nisha cuba melihat kejujuran pada wajah Nurul. Dia yakin wanita itu cuba sembunyikan rasa luka di dalam hatinya. Nurul segera menggeleng kepalanya.

         "Kau tak perlu fikir pasal aku. Aku betul-betul serius nak kau kahwin dengan Danish. Korang berdua pun dah lama bercinta kan? Dan aku tetap dengan keputusan aku untuk bercerai dengan Danish." ujar Nurul dengan serius. Dia sudah nekad dan tiada siapa yang boleh menghalang keputusannya termasuk suaminya sendiri.

         Nisha hanya mampu diam mendengar ayat yang keluar dari mulut Nurul. Dia tahu dia tidak boleh berbuat apa-apa memandangkan wanita itu sudah nekad. Tapi dalam masa yang sama hatinya berasa gembira kerana akhirnya dia dapat berkahwin dengan kekasih hatinya.

         "Aku tak tahu nak cakap apa tapi aku hargai sangat-sangat dengan apa yang kau dah buat untuk aku. Terima kasih sebab Kau izinkan aku untuk kahwin dengan Danish." Nisha mengambil tangan Nurul dan menggenggam dengan erat. Nurul senyum hambar melihat tangannya digenggam oleh wanita yang bakal hidup bahagia bersama Danish.

          "Kau tak perlu berterima kasih pada aku, Nisha. Aku patut sedar diri aku yang aku dan Danish tak layak bersama. Hanya kau yang layak jadi isteri Danish." Sekali lagi hati Nurul terluka bila dia perlu melepaskan orang yang dia cinta. Dia lakukan semua ni pun kerana rancangannya bersama Danish.

        Dia rela dirinya menjadi korban asalkan rancangan mereka berjalan dengan lancar. Walaupun dia tahu ianya bukan keputusan yang mudah tapi dia melakukan ini demi kebaikan semua. Semoga suaminya nanti dapat menderita keputusannya dan bersetuju untuk bercerai demi rancangan mereka.

        

      

Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now