Bab 85

1K 19 2
                                    

        Wina meliarkan pandangan matanya melihat sekeliling. Dia cuba mencari kelibat suaminya. Suami? Fuh nampaknya dia kena biasakan diri sekarang memanggil lelaki itu sebagai suaminya.

     "Haih mana dia ni? Memang hobi suka hilangkan diri ke?" Wina mencekak pinggang dan membebel tidak puas hati. Puas dia mencari kelibat lelaki itu tapi tetap tidak jumpa.

    "Cari abang ke, bie?" Tiba-tiba terdengar suara bisikan di belakangnya. Hampir terkeluar jantung Wina mendengar bisikan itu. Dia berpaling ke belakang dan terkejut melihat wajah tersenyum Azrul di belakangnya.

    "Ish kau ni! Cuba jangan bisik macam tu. Kau buat aku terkejut." Wina menampar lengan Azrul dengan sekuat hati. Nasib tak luruh jantung dia tadi. Kalau tidak kenduri hari ni sudah bertukar menjadi kenduri tahlil.

    "Abang buat bie terkejut ke? Abang minta maaf." Azrul memegang tangan Wina. Dia berasa serba salah kerana telah mengejutkan wanita itu walaupun pada awalnya dia hanya ingin bergurau.

     "Kau cakap apa tadi? Abang?" Wina hampir tergamam mendengar panggilan untuk lelaki itu. Cepat betul suaminya ini berubah. Dia menelan air liur.

    "Yes, baby. Mulai sekarang kita berdua akan tukar cara panggilan. Bie lupa ke apa yang abang cakap sebelum kita kahwin dulu?" Azrul ketawa seronok di dalam hati bila melihat wajah cuak isterinya. Rasa seronok pula dapat mengusik wanita itu.

     Wina tidak mampu menggerakkan tubuh badannya. Dia cuba untuk membalas tatapan Azrul.

    "Ta...tak lupa. Tapi perlu ke tukar cara panggilan tu?" Wina cuba memandang ke arah lain. Kalau boleh dia tidak mahu memandang mata suaminya.

       "Ke bie tak suka dengan panggilan abang? Ok kalau bie tak suka yang tu, apa kata kita guna panggilan hubby?" Azrul senyum mengusik melihat wajah merah isterinya. Tak sangka macam ni rasanya bila dah ada isteri. Kalau dia tahu dah lama dia kahwin.

    "Ish tak payah la sampai guna panggilan hubby tu. Guna panggilan biasa je la." Wina membentak sambil menahan rasa malu. Dah kenapa jantung dia berdegup laju sangat ni?

     "Eh ok apa kalau guna hubby tu. Nampak sedap sikit kalau gabung. Hubby dan bie bergabung menjadi hubbybie." Azrul tepuk tangan sambil tersenyum. Tak sangka dia ni bijak juga.

    "Are you kidding me, encik Azrul Iman? Kau ingat benda ni sweet ke?" Wina memutar matanya. Ingat dia akan cair ke?

    "I'm serious, Mrs Azrul Iman. Abang nak bie tukar panggilan untuk kita berdua. Kasar sangat la panggilan aku kau tu." Azrul memuncung bibirnya. Salah ke cadangan dia tadi?

   "Ok fine. Tapi bagi aku masa. Lagipun bukan senang nak tukar bila dah terbiasa." Akhirnya Wina mengalah juga bila melihat wajah cemberut suaminya. Tak salah untuk dia cuba demi hubungan mereka berdua.

    "Yes! Thank you, bie. Kalau macam tu jom ikut abang." Azrul menarik tangan isterinya. Dia mahu membawa wanita itu pergi ke suatu tempat.

       "Eh kita nak pergi mana?" Wina hanya mampu menurut bila Azrul tarik tangannya. Excited betul lelaki ini.

     "Bie ikut je. Abang ada hadiah special untuk bie." Azrul menyengit mata kepada Wina. Entah kenapa dia suka melihat wajah malu isterinya.

    "A-azrul, baik kau bagitahu aku cepat. Kita nak pergi mana sebenarnya?" Wina berasa tidak sedap hati melihat wajah gembira suaminya. Mesti ada sesuatu ni.

    "Abang ada surprise untuk bie. Tapi sebelum tu bie kena tutup mata dulu." Azrul terus mengikat kain untuk menutup mata isterinya. Dia melakukannya dengan berhati-hati.

Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now