Bab 68

965 23 2
                                    

        Pejam celik pejam celik tinggal seminggu sahaja lagi sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan Raykal dan Madinatul. Kini keluarga Nurul dan Danish bersatu untuk mempersiapkan majlis pernikahan ini. Semua berasa tidak sabar untuk menambahkan lagi satu ahli keluarga baru. Masing-masing teruja dan tidak sabar untuk melihat Raykal berkahwin setelah lama hidup bujang. Nurul dan Danish juga sedari tadi tidak berhenti menolong Raykal melakukan persiapan.

       "Nurul rehatlah dulu. Dari pagi tadi abang Raykal tengok Nurul tak berhenti tolong urus majlis abang." Raykal mihat adik iparnya yang tak henti-henti menolongnya. Dia takut jika wanita itu tidak cukup rehat. Nurul tersenyum melihat kerisauan pada wajah Raykal.

       "Abang Raykal janganlah risau. Nurul masih kuat lagi untuk tolong abang. Lagipun ramai orang yang tolong siapkan majlis abang juga. Abang tu kena siapkan diri sebelum jadi suami orang." Walaupun badannya berasa sedikit penat tetapi dia masih kuat. Lagipun ahli keluarga Danish yang lain ada turut membantu. Ibu dan ayahnya pula awal-awal sudah pulang kerana mempunya hal yang mendadak.

       "Kalau Nurul dah cakap macam tu, abang pun tak boleh nak kata apa. Tapi kalau Nurul penat, Nurul pergi je rehat dulu. Pasal benda ni Nurul jangan stres sangat." Raykal memberi senyuman kepada adik iparnya. Dia tidak mahu wanita itu terlalu letih menguruskan majlis pernikahannya. Nurul tersenyum melihat sikap ambil berat abang iparnya.

        Raykal terus berlalu pergi apabila sepupu lelakinya memanggil. Pasti ada yang mahu berbincang dengan lelaki itu. Nurul hanya memerhati pemergian abang iparnya dan menyambung semula yang terhenti tadi. Dia cuba mencari kelibat suaminya kerana sejak dari tengah hari tadi lelaki itu menghilangkan diri. Entah manalah suaminya itu pergi.

        Sementara itu, Nisha berjalan-jalan di dalam rumah keluarga Danish untuk mencari lelaki itu. Dia tidak mengenali semua ahli keluarga lelaki itu kerana dia hanya mengenali orang tua Danish sahaja. Tiba-tiba kakinya berhenti bila dia terpandang sesuatu.

         "Nurul??" Berkerut dahinya bila pandangannya disapa dengan kelibat wanita itu. Bila Nurul balik ke Malaysia? Kenapa dia tak tahu hal ni dan kenapa Danish tidak memberitahunya? Banyak persoalan yang berlegar dalam fikirannya.

      Tangan Nurul berhenti dari mengagih barang. Dia seperti pernah dengar suara itu. Nurul menoleh ke tepi dan melihat Nisha yang berdiri dan masih memandangnya.

       Dia hanya mengukir senyuman kepada wanita itu dan menyambung semula kerjanya.

       Nisha masih terkejut dan berjalan menghampiri wanita itu. Dia cuba mencari bayangan Danish tapi tidak tahu di mana lelaki itu berada.

        "Kau buat apa kat sini, Nurul? Dan macam mana kau boleh ada kat sini?" Jelas kedengaran nada tidak puas hati dari suara Nisha. Matanya agak sakit melihat Nurul di sini.

        Nurul mengeluh dan meletakkan barang-barang lain ke tepi. Dia bangun dari duduknya dan berdiri berhadapan Nisha.

        "Ini rumah keluarga aku, Nisha. Memang wajarlah kalau aku ada kat sini sebab aku masih isteri Danish yang sah." ujar Nurul dengan selamba. Dia cuba menenangkan diri.

       Nisha mengetap bibir mendengar jawapan Nurul. Hatinya sakit kerana wanita itu masih bersama dengan Danish dan dia tidak sukakannya.

       "Kau tak sepatutnya ada di sini, Nisha. Kau tu cuma orang luar sahaja. Aku yakin orang tua Danish belum tahu pasal hubungan korang dan kalau boleh aku taknak keruhkan keadaan." Nurul cuba mengawal diri. Dia tidak boleh melakukan hal yang boleh memalukan keluarga Danish memandangkan semua ahli keluarga lelaki itu ada di sini.

        Nisha mengepal tangannya sekuat hati. Dia berasa sakit hati melihat wajah tenang Nurul. Dia benci dengan situasi sekarang ini.

        "Sepatutnya kau yang kena sedar diri, Nurul. Kau tu tak lama lagi akan bercerai dengan Danish. Sekarang ni tunggu masa yang sesuai je untuk Danish lepaskan kau." Nisha tersenyum sinis melihat wajah Nurul berubah mendengar ayatnya tadi. Sudah cukup selama ini dia bersabar dan sekarang dia tidak boleh bersabar lagi.

Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now