Bab 75

1.3K 35 7
                                    

       Nisha berjalan dengan penuh anggun memasuki sebuah restoran. Banyak mata yang memandang ketika dia berjalan tetapi dia mengabaikannya. 

      Mata bulatnya mencari kelibat seseorang. Puas dicari dan akhirnya dia sudah jumpa. Tanpa membuang masa dia terus pergi dan berhenti di meja depannya. Kelihatan seorang jejaka sedang bermain telefon.

    Nisha cuba melihat wajah lelaki itu tetapi wajah itu dihalang dengan topi yang dipakai. Dia mengeluh perlahan dan cuba menegur lelaki itu.

     "Hmm hai? Encik ke yang mesej saya kat email tadi?" Nisha menegur sambil memberi senyuman. Dia terus duduk di depan jejaka itu. Lelaki itu terus berhenti bermain telefon dan menyimpan di dalam poket seluarnya.

       Dia mendongak kepala dan memandang terus pada mata Nisha. Dia menarik senyum melihat wajah cantik itu terkejut. Sudah lama dia mencari wanita di depannya ini.

      "Khalish?" Nisha tergamam melihat lelaki itu yang kini tiba-tiba ada di depannya. Bagaimana lelaki itu tahu dia ada di sini sedangkan dia sudah menghapus semua bukti sebelum balik ke Malaysia.

      "Hi, baby. Do you miss me? Dah lama tau I cuba cari you. Jauh betul you menyorok ek." Khalish ketawa dan mengukir senyuman penuh makna. Hatinya masih berdebar-debar seperti dulu bila berada dengan wanita kesayangannya.

      "Macam mana you boleh ada kat sini? Bukan ke you..." Nisha tidak mampu menghabiskan ayatnya kerana masih terkejut. Badannya menggigil kerana tidak jangka dengan kemunculan Khalish.

      "Kenapa terkejut sangat ni, sayang? You tak suka ke tengok I ada kat sini? Jangan macam tu, sayang. Hati I sakit bila you tak suka jumpa I." kata Khalish sambil memegang dadanya. Hatinya sedikit kecewa melihat wajah cantik itu yang seperti tidak suka dengan kehadirannya.

       Badan Nisha menggigil perlahan. Apa yang dia takut selama ini bakal terjadi. Dia tidak mahu Danish tahu hal yang sebenar.

      "I tanya you sekali lagi. Macam mana you boleh ada kat sini? Bukan ke you kat Australia?" Nisha mengetap bibir. Dia tidak suka dengan kehadiran lelaki itu.

      Khalish mengukir senyuman sinis mendengar soalan Nisha. Nampaknya wanita itu seperti takut akan sesuatu.

     "Kenapa ni, sayang? You macam takut je. You takut bakal suami you tahu hal yang sebenar ke?" soal Khalish dengan penuh sinis. 

      Nisha tergamam apabila lelaki itu seolah-olah tahu apa yang dia rasa. Bagaimana lelaki di depannya ini tahu semua tentang dirinya?

      "You mesti terkejut kan macam mana I tahu yang you dah nak berkahwin? For your information sayang, I ada simpan banyak mata kat sini untuk perhatikan you. Dan you fikir you dah berjaya lari dari I? Of course not, baby. Tak semudah tu you boleh lari dari I." Khalish ketawa sinis melihat wajah geram Nisha. Selama ini dia diam sahaja dan hanya melihat wanita itu dari jauh tapi sekarang ini dia tidak akan melepaskan Nisha dengan mudah.

       Nisha masih tergamam dan terkejut apabila lelaki itu memasang mata-mata untuk perhatikan dia. Apa lagi lelaki ini mahukan? Tak cukup ke apa yang dia dah buat selama setahun mereka bersama dulu? Dia sanggup tinggalkan Danish kerana Khalish dan sekarang ini dia cukup menyesal kerana buat tindakan bodoh.

       "Sekarang ni you nak apa, Khalish? You bagitahu I dan I harap ini kali terakhir kita jumpa." ujar Nisha dengan serius. Dia perlu lakukan sesuatu sebelum Danish tahu perkara yang sebenar.

       "I nak you, Nisha. Simple." jawab Khalish dengan selamba. Cukuplah selama ini dia hidup menderita melihat Nisha berbahagia bersama lelaki lain. Hatinya cemburu dan tidak sanggup membayangkan jika wanita itu berkahwin dengan kekasihnya. Kini dia akan cuba dapatkan semula Nisha dan pastikan tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

       "No. I dah nak kahwin, Khalish. Please move on." tekan Nisha dengan tegas. Gila ke apa mamat ni? Dia tak cintakan lelaki itu dan di dalam hatinya hanya ada nama Danish. Dia juga tidak akan berpatah balik pada Khalish.

        Khalish mengangguk kepala tanda faham. Dia mengangkat tubuhnya dan mendekatkan diri pada meja. Nisha juga menolak tubuh ke belakang akibat terkejut dengan tindakan lelaki itu.

      "So you tak kisah kalau boyfriend you tu tahu hal yang sebenar? Dia tahu tak yang you..."

     "Stop it, Khalish Haikal!" jerit Nisha lalu menampar wajah Khalish. Dadanya juga naik turun kerana menahan rasa marah.

      Khalish ketawa dan mengukir senyuman sinis. Dia memandang wajah marah Nisha dan mengusap pipinya.

      "Auch, it's hurt sayang. Kuat betul you tampar muka I. Sayang betul you dekat bakal suami you kan? Nampaknya dia tak tahu lagi pasal you. Kalau dia tahu, you rasa dia akan terima tak?" soal Khalish dengan penuh sindiran. Suka betul dia bila melihat wajah cantik itu tengah marah.

      "Don't you dare, Khalish. I bersumpah kalau you bagitahu hal yang sebenar, I tak akan maafkan you dan I akan bunuh you hidup-hidup." Nisha mengepal tangan dan memandang tajam pada Khalish.

      "You nak bunuh I ke, sayang? You lupa ke kenangan kita dulu masa dekat Australia? Dan kalau you taknak I jumpa bakal suami you, apa kata you ikut I balik dan kita hidup bersama semula?" Khalish sudah mula serius dengan perbincangan mereka.

      "No way. I tak akan tinggalkan Danish sebab you lagi. Cukuplah selama ni I pergi dari hidup dia tanpa sebab dan kali ni I tak akan ulang kesilapan I yang sama." Nisha terus bangun dari kerusi dan mengambil beg tangannya. Dia berpusing ke belakang dan belum sempat dia mahu pergi, dia terkedu apabila lelaki itu bertanya soalan yang dia tidak mahu dengar.

      "You tak kesian ke dekat anak kita? She needs us and I need you too. Kita rujuk semula sebagai suami isteri dan jadi keluarga yang lengkap untuk Natasha." soal Khalish sambil tunduk. Dia menggenggam tangan menahan rasa di dalam hatinya.

      Nisha juga turut menggenggam tangannya apabila lelaki itu mengungkit tentang anak mereka. Ya anak mereka. Dia memejam mata dan terbit rasa rindu di dalam hatinya bila memikirkan anak kecilnya.

      Nisha berpusing ke belakang dan memandang wajah bekas suaminya. Lelaki itu hanya menunduk kepala.

      "You nak rujuk semula dengan I?"

       Wajah Khalish auto ke atas apabila mendengar soalan dari wanita itu. Dia tergamam dan hanya mampu terkebil-kebil mata.

       "Sekali lagi I tanya you. You nak kahwin semula dengan I?"



Minta maaf kalau cerita ni banyak kekurangan 🙏🏻 nak buat plot twist tapi tak pandai...ini je la yang mampu🥲

Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now