Bab 27

1.2K 36 0
                                    

           "Abang, Nurul nak tanya subjek ni sebab Nurul tak faham la." Nurul menggaru kepalanya kerana dia tidak faham dengan subjek itu. Tetapi bila Nurul tidak mendapat respon dari suaminya, dia terus melihat suaminya di sebelah.

          Nurul terkejut melihat suaminya sedang mendengar lagu sambil study. Boleh pula lelaki itu mendengar lagu sekarang ni. Tiba-tiba dia mendapat satu idea nakal.

           Nurul terus menarik earphone suaminya dari telinga dengan kuat. Dia terus ketawa kuat melihat wajah terkejut Danish. Nurul berasa seronok pula mengusik lelaki itu.

          "Nurul! Terkejut abang tahu tak. Kenapa Nurul tarik earphone abang? Nurul nak apa?" Danish berasa terkejut dengan tindakan isterinya itu. Tak sangka isterinya ini nakal juga.

          "Nurul minta maaf, bang. Nurul sebenarnya nak minta tolong abang ajar subjek ni. Abang boleh ajar Nurul tak?" Nurul berasa serba salah kerana telah mengusik lelaki itu tadi.

          "Tak apa, abang maafkan. Nurul tak faham subjek yang mana...meh abang tolong ajarkan?" Baru sahaja Nurul ingin menunjuk soalan yang tidak difahami, tiba-tiba telefon suaminya berbunyi.

          "Sekejap ye sayang, abang nak jawab call ni dulu." Danish terus mengambil telefon yang berada di atas meja dan berlalu ke luar balkoni. Nurul hanya mampu melihat soalan pada buku latihannya. Dia mengeluh melihat soalan itu.

         Tiba-tiba telefonnya juga berbunyi lantas dia menjawab panggilan tersebut. "Assalamualaikum...kenapa kau call aku, Naj? Ada apa-apa yang penting ke?" Nurul berasa hairan bila sahabatnya tiba-tiba menelefonnya. Pasti ada perkara penting yang ingin disampaikan.

         "Waalaikumsalam...aku call kau ni sebab ada sesuatu yang aku nak bagitahu kau." Sejak dari tadi Najjah sudah tidak berasa sabar untuk beritahu kepada sahabatnya yang tercinta.

          "Kau nak beritahu apa, Naj? Macam excited je bunyi dia." Hatinya terasa ingin tahu apa yang dimaksudkan oleh Najjah. Sambil itu dia melihat suaminya masih berbual di telefon.

          "Tadi Ikram ada call aku dan dia tanya pasal kau." Najjah pula yang terlebih-lebih menceritakan hal itu kepada Nurul. "Ouh ye ke? Dia tanya apa?" Nurul tiba-tiba berasa tidak bersemangat ingin bercerita tentang lelaki itu.

         Dia takut suaminya akan mendengar perbualannya dengan Najjah. "Wei Nurul, itu je ke respon kau? Kau macam malas je nak cakap hal ni." Najjah berasa hairan bila mendengar suara acuh tidak acuh dari sahabatnya.

        "Habis tu kau nak aku jawab apa? Takkan kau nak aku happy kot. Kenapa dia tanya pasal aku?" Nurul terus bangun dari kerusi dan keluar dari bilik. Dia hanya membiarkan suaminya bersendirian di situ.

        "Tak seronok la wei kalau cakap dalam telefon. Dia kena la cakap depan-depan. Barulah best, Nurul." Najjah sudah berkira-kira untuk memberitahu pada Nurul esok. Dia cuba untuk merahsiakan hal ini dahulu.

         "Ish kau ni. Yang tu pun nak rahsiakan dari aku. Kalau tak ada apa-apa nak cakap, aku nak sambung study ni." Nurul ingin segera menghentikan perbualan mereka.

         Dia tidak mahu suaminya menunggu kehadirannya. Setelah Najjah menjawab salamnya, dia terus menamatkan panggilannya. Nurul terus mengambil dua mug dan membancuh air untuk dirinya dan suaminya.

         Setelah dia membancuh air, Nurul terus membawa air tersebut ke tingkat atas. Dia membuka pintu perlahan-lahan dan melihat suaminya tiada dalam bilik itu. Nurul masuk dan meletakkan dua mug di atas meja.

         Tiba-tiba dia mendengar pintu bilik air dibuka dan melihat suaminya baru sahaja keluar dari bilik air. Danish yang masih tidak menyedari dengan kehadiran Nurul, terus menukar baju di hadapan gadis itu.

         Pipi rona Nurul terus bertukar merah melihat badan tegap Danish. Dia berpaling ke arah lain dan dia dapat merasakan denyutan jantungnya berdegup pantas.

        Danish yang menyedari kehadiran isterinya berasa hairan melihat isterinya memandang ke arah lain. Dia baru sahaja menyedari yang dia menukar baju di hadapan isterinya.

        Danish hanya tersenyum kecil melihat perangai gelabah isterinya. "Nurul nak cakap apa-apa ke kat abang? Kalau ada baik cakap cepat sebab abang nak keluar sekejap."

       Nurul yang mendengar kata suaminya terus mengerut dahi. Dia berasa hairan kerana tiba-tiba sahaja lelaki itu ingin keluar. Nurul baru sahaja menyiapkan air untuk suaminya.

       "Abang nak pergi mana? Sekarang kan dah pukul 10. Abang nak jumpa siapa sebenarnya?" Hatinya tiba-tiba didatangi rasa cemburu. Dia takut jika suaminya berjumpa dengan perempuan lain.

       "Abang nak keluar sekejap je. Abang tak keluar lama la, sayang. Abang cuma nak jumpa Azrul je. Sayang jangan risau ye sebab hati abang ni hanya setia kat Nurul je."

       Danish terus mengucup dahi isteri kesayangannya. Dia ternampak air di atas meja dan menghirup sedikit air buatan isterinya. Agak sedap juga air yang dibuat oleh Nurul.

       Nurul pula terpegun kerana terkejut dengan perbuatan Danish tadi. Dia menyentuh perlahan dahi yang dicium oleh Danish. Agak lama juga dia memegang dahinya itu.

      Danish melihat Nurul setelah dia menghabiskan air coklat itu. Dia hampir tergelak melihat isterinya. Itu baru kena cium dahi...kalau cium betul-betul, entah apa la reaksi gadis itu.

       Danish terus menghampiri isterinya yang masih berdiri seperti patung. Dia perlahan-lahan mengambil dan memegang erat tangan Nurul.

      Nurul yang masih terkedu dengan perbuatan suaminya tadi berasa terkejut apabila Danish memegang tangannya secara tiba-tiba.

       Pipinya bertukar warna merah apabila memandang mata suaminya. Dia terus berpaling ke arah lain kerana berasa malu dan dia masih merasai ciuman hangat dari suaminya.

      "Nurul, pandang sini. Tengok abang, sayang." Danish memegang dagu isterinya dan menarik wajah itu memandang ke arahnya. Mata Nurul terus memandang mata Danish. Agak lama juga mereka berkeadaan seperti itu.

      "Err abang." Suara Nurul memecah kesunyian di antara mereka berdua. "Hmm..." Danish menjawab panggilan isterinya dan dia masih memandang mata Nurul yang cantik.

      "Kalau abang asyik pandang mata Nurul, bila abang nak jumpa Azrul? Kesian dia tunggu abang lama-lama." Nurul berasa kekok pula bila berdua-duaan dengan Danish.

       Dia tidak tahu apa yang merasuk fikiran suaminya sehingga lelaki itu tiba-tiba bersikap romantik. "Alaaa sayang ni, kenapa sebut nama dia? Abang baru je nak bermanja dengan isteri abang ni."

        Danish terus melepaskan pegangan tangan isterinya dan pergi ke arah pintu. Alahai merajuk pula suaminya itu. Nurul ketawa kecil melihat perangai suaminya.

        Dia terus mengejar suaminya dan memeluk erat lelaki itu dari belakang. "Alolo merajuk pula suami Nurul ni. Sejak bila abang jadi kuat merajuk ni? Nurul cuma bergurau je. Nurul minta maaf ye kalau Nurul buat abang merajuk."

       Danish terus berpaling ke belakang dan membalas pelukan isterinya. Dia tak sangka pula yang isterinya ini pandai memujuk. Ternyata gadis ini comel juga.

       "Nurul tak perlu nak minta maaf kat abang. Abang tahu Nurul cuma bergurau dengan abang. Lagipun abang jarang tau nak tengok Nurul pujuk abang. Rasa best pula bila merajuk ni."

        Nurul terus menjeling melihat suaminya dan mencubit perut lelaki itu. "Auch! Sorry la sayang...abang bergurau je." Adoi ganas juga gadis itu. Nampaknya dia harus bersikap berpada-pada jika dia mahu bergurau dengan isterinya ini.

         "Baik abang pergi cepat sebelum tangan ketam ni hinggap kat perut abang lagi." Danish terus menggeleng dan berlari keluar dari bilik mereka berdua. Nurul ketawa besar melihat larian comel suaminya.

       

          

Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now