Bab 74

1.1K 27 2
                                    

        Nisha bagai tidak percaya apabila dia akan berkahwin dengan kekasih hatinya. Dia sangat gembira sehingga dia merancang macam-macam untuk majlis perkahwinannya bersama Danish. Sekarang ini pun mereka berdua sedang memilih baju pengantin untuk majlis mereka.

       "Sayang, awak ok ke? Saya tengok awak macam ada masalah je." Nisha memegang bahu Danish. Lelaki itu sedari tadi hanya termenung.

       "Hah? Saya ok je, sayang. Cuma mungkin saya penat sikit kot." Danish memberikan senyuman kepada Nisha tanda dia hanya baik-baik sahaja. Tetap dalam hatinya hanya dia yang tahu kerana saat ini dia runsing memikirkan keadaan isterinya.

        "Kalau awak penat, kita boleh sambung hari lain je. Saya taknak awak terlalu penat uruskan majlis kahwin kita. Lagipun esok kan awak kena pergi mahkamah sebab nak bercerai dengan Nurul." ujar Nisha dengan rasa tidak bersalah.

       Terhenti pergerakan Danish bila mendengar ayat Nisha. Dia menggenggam tangannya dalam diam. Hatinya jadi sakit bila dia memikirkan ayat cerai itu. Dia tidak sanggup melepaskan isterinya.

      Tiba-tiba otaknya terfikirkan sesuatu. Dia segera memandang Nisha di sebelah.

       "Macam mana awak tahu saya dan Nurul akan bercerai esok? Saya rasa saya tak ada bagitahu awak apa-apa pasal saya dengan Nurul." Danish masih memandang Nisha. Kelihatan wanita itu sedikit tergamam mendengar soalannya.

       Nisha terdiam bila Danish tanya soalan yang tak dijangka. Lelaki itu tidak tahu yang dia dan Nurul dulu sempat berbincang hal ini sebelum Nurul pergi ke mahkamah untuk memfailkan penceraian dia dengan Danish.

       "Nisha, ada sesuatu ke yang saya tak tahu antara awak dengan Nurul? Korang ada berjumpa ke sebelum ni tanpa pengetahuan saya?" Mata Danish tajam memandang Nisha. Dia yakin ada sesuatu yang disorokkan oleh Nurul dan Nisha kerana isterinya itu tidak akan membuat keputusan yang cepat jika tidak ada apa-apa yang berlaku.

       Nisha meneguk air liur melihat wajah serius Danish. Ini kali ketiga dia melihat lelaki itu marah sebelum mereka berbaik dulu. Dia tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan Danish.

       Danish mengeluh perlahan melihat wajah takut Nisha. Dia meraup wajahnya dan cuba tenangkan diri.

       "Saya tak bermaksud nak marah awak cuma saya nak tahu je. Saya minta maaf kalau saya buat awak takut. Yang penting sekarang ni saya nak awak tahu yang saya sayangkan awak." Danish menggenggam tangan Nisha dan mengelus tangan wanita itu. Walaupun hatinya menidakkan apa yang dia kata tapi dia terpaksa melakukannya.

       Nisha tersenyum mendengar ucapan kekasihnya. Dia tahu lelaki ini ikhlas mencintainya dan tidak sangka yang mereka masih ada jodoh sampai sekarang.

       "Saya tahu awak sayangkan saya dan saya pun sayangkan awak. Saya minta maaf sebab tak bagitahu awak pasal pertemuan saya dengan Nurul. Dia yang minta saya rahsiakan pertemuan ni sebab dia taknak awak tahu." Nisha menunduk ke bawah.

       Raut wajah Danish berubah. Hatinya sedih bila mendengar Nurul meminta Nisha merahsiakan pertemuan mereka daripada diketahui oleh dia. Dia cuba kuatkan diri.

        "Tak apa. Bukan salah awak pun, sayang. Saya tak salahkan awak dan saya faham. Awak jangan rasa serba salah." Danish membelai perlahan rambut Nisha. Dia mengaku wanita di hadapannya ini cantik tetapi isterinya lagi cantik dan matanya tidak pernah jemu melihat wajah cantik itu.

       "Memandangkan hari ni kita tak jadi nak tempah baju pengantin, apa kata kalau kita keluar jalan-jalan? Bolehlah awak hilangkan stres kerja awak." Nisha menggoyangkan badannya ke kiri dan kanan. Dia sudah merancang macam-macam untuk mereka berdua.

Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now