Ketika Nurul sedang sibuk menyiapkan kerja yang diberikan gurunya, tiba-tiba dia berasa ada seseorang sedang berada di sisinya. Lalu dia mendongak dan terkejut melihat suaminya yang sedang khusyuk memandangnya.
"Eh abang, terkejut Nurul. Abang buat apa kat sini? Bukannya abang kat bilik kerja ayah ke tadi?" Nurul berasa terkejut dengan kehadiran suaminya tadi. Entah kenapa suaminya nampak berlainan malam ni.
"Nurul dah solat isyak ke? Kalau Nurul belum solat, abang ingat nak ajak Nurul solat berjemaah dengan abang sekali. Kita tak pernah solat jemaah sebelum ni." Danish agak terpesona melihat penampilan isterinya pada malam ini. Selama ini dia tidak perasan dengan kecantikan gadis itu.
"Nurul tak solat lagi. Tapi alang-alang abang dah ajak, Nurul tak kisah. Abang dah ambil wuduk ke?" Nurul melihat puas-puas wajah suaminya. Entah kenapa kali ini hatinya betul-betul cair melihat suaminya.
"Abang dah ambil wuduk tadi. Nurul pergilah ambil wuduk. Abang tolong bentangkan sejadah." Danish sempat memberi senyuman kepada isterinya sebelum berlalu ke arah katil. Nurul terus bangun dari kerusi dan menuju ke bilik air.
Setelah selesai dia mengambil wuduk, dia melihat suaminya duduk di beranda sambil menikmati angin malam. Nurul melihat suaminya sudah bentangkan sejadah dan terdapat telekungnya di situ. Macam mana suaminya tahu di mana terletaknya telekung dia? Dia sempat memandang hairan ke arah suaminya.
"Abang..." Danish menoleh ke belakang sebaik mendengar suara Nurul. Dia terus menuju ke arah isterinya yang sedang memakai telekung.
"Sayang..." Nurul mengangkat kepala sebaik menyedari lelaki itu memanggilnya. Dia mengangkat kening kepada suaminya tanda apa yang dimahukan oleh lelaki itu.
"Lepas solat isyak boleh tak kalau kita study sama-sama? Abang teringin nak study sekali dengan Nurul." Danish sempat bertanya kepada isterinya sebelum memulakan solat isyak. Sudah lama dia berhasrat ingin mengulangkaji bersama isterinya memandangkan lagi tiga bulan mereka akan menghadapi peperiksaan STPM.
"Nurul ok je, bang. Lagipun bagus juga kalau kita study sama-sama. Dapat juga kita berkongsi ilmu. Nurul ikut je apa yang abang nak." Nurul memberikan senyuman manis kepada suaminya.
"Terima kasih sayang sebab sudi nak study sekali dengan abang. Abang happy sangat sekarang ni." Danish tak sangka bahawa saat ini dia berasa sangat bahagia dan gembira.
"Sama-sama, abang. Tapi sekarang ni bila kita nak solat? Nurul banyak lagi kerja nak buat. Jangan sampai Nurul solat sorang nanti." Nurul tersenyum gembira kerana berasa seronok pula mengenakan suaminya.
"Amboi dah berani kenakan abang sekarang ye. Nampaknya ada orang nak kena malam ni." Danish terus menjegilkan matanya kepada Nurul. Dia berasa sakit hati pula kerana dikenakan oleh isterinya.
"Abang tu la...dari tadi lagi tak habis cakap. Bila kita nak solat kalau abang asyik cakap." Nurul hanya membuat muka minta maaf kepada suaminya. Dia hanya mengusik lelaki itu.
"Yelah salah abang. Tapi untuk menebus minta maaf Nurul tu, abang nak sayang buatkan air coklat untuk abang nanti."
"Ok Nurul tak ada masalah. Senang je tu." Nurul tidak ada masalah untuk buat air suaminya. Dia sudah biasa membuat air untuk orang.
"Ok. Nanti buat air yang sedap-sedap." Danish terus memandang ke hadapan dan memulakan solat berjemaah pada malam itu.
YOU ARE READING
Mrs. Danish Rayyan (C)
RomanceDua sahabat baik yang selalu bersama sejak dari kecil lagi, itulah Danish Rayyan dan Nurul Nafisa. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, mereka sering bersama sehingga orang menyangka mereka bercinta walhal mereka hanya berkawan sahaja...