Bab 54

775 21 0
                                    

       Nurul memandang skrin telefonnya yang gelap itu. Dia berasa gelisah kerana sudah beberapa kali dia menelefon suaminya tetapi lelaki itu tidak mengangkat panggilannya. Nurul berasa risau jika berlaku sesuatu kepada Danish. Dia cuba mendail nombor itu sekali lagi tetapi lelaki itu tetap tidak mengangkat panggilannya.

       "Abang jangan buat Nurul risau." Nurul terasa ingin menangis apabila Danish masih tidak mahu menjawab panggilannya. Sebelum ini hubungan mereka berdua baik-baik sahaja tapi sejak kebelakangan ini, mereka sudah jarang menghubungi.

       "Nurul ada buat salah ke, bang? Kalau Nurul ada buat salah, Nurul minta maaf." Nurul menangis teresak-esak dan tidak mempedulikan orang yang melihat keadaannya. Yang penting sekarang ini hatinya teramat rindu dengan lelaki itu.

       "Eh Nurul, kenapa dengan kau ni? Kenapa kau menangis?" Laila segera mengesat air mata Nurul. Hatinya berasa risau melihat keadaan gadis itu. Walaupun usia perkenalan dia dan Nurul masih baru tetapi hatinya sudah jatuh sayang kepada Nurul. Tidak sangka dia dapat kawan belajar yang sama agama dan bangsa di luar negara.

       "Aku rindukan suami aku, Laila. Dah banyak kali aku call suami aku tapi sampai sekarang dia tak jawab. Aku risau kalau jadi apa-apa dekat dia. Aku ada buat salah ke sampai dia taknak jawab call aku?" Nurul masih berusaha menghubungi suaminya. Tetapi dia berasa hampa bila lelaki itu masih tidak jawab telefon.

        "Mungkin dia sibuk kot. Kau janganlah risau sangat. Aku yakin suami kau tak apa-apa kat sana. Kau fikir positif je. Yang penting sekarang ni kita masuk kelas dulu sebab sekarang waktu kelas Prof. Mike. Kau nak ke kita berdua kena marah sebab lambat masuk kelas dia?" Laila mengangkat kening sambil memeluk tubuh.

       Nurul mengesat air matanya dan cuba untuk bertenang. Dia menarik nafas perlahan-lahan dan hembus. Dia cuba untuk berfikiran positif dan mungkin betul kata kawannya itu. Mungkin suaminya terlalu sibuk hinggap tidak sempat jawab panggilannya.

      "Aku minta maaf sebab buat kau risau, Laila. Mungkin betul apa yang kau cakap. Rasanya suami aku mesti sibuk kat sana." Nurul cuba untuk senyum walaupun senyumannya ketika ini sangat hambar. Dia berharap cinta antara mereka berdua masih utuh.

       "Jomlah kita masuk kelas. Yang lain dah tunggu kita kat sana ke?" Nurul melihat jam di pergelangan tangannya. Ada baki lagi 10 minit sebelum kelas mereka bermula.

        "Kawan-kawan kita yang lain semua dah masuk kelas. Jomlah kita pergi sekarang, Nurul." Laila menarik tangan Nurul dengan sekuat hati.

        Dia akan cuba untuk sentiasa gembirakan hati sahabatnya dan membuat wajah itu sentiasa nampak ceria. Nurul ketawa melihat perangai comel Laila. Dia hanya mengikuti langkah gadis itu menuju ke kelas mereka.

        Manakala di sana pula terdapat seorang jejaka sedang memeluk lutut di atas katil. Sejak kes Nisha ceritakan hal itu kepadanya membuatkan dia berasa malas mahu ke mana-mana. Dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa terutama abangnya sendiri.

        Matanya terbuka apabila dengar bunyi telefon. Dia mengeluh apabila bunyi itu tidak berhenti dari tadi.

             Danish hanya memandang skrin telefonnya yang menyala itu. Dia tahu siapa yang menghubunginya ketika ini tetapi dia berasa malas mahu menjawab. Dia mahu bersendirian ketika ini.

      Hatinya masih berasa kecewa memikirkan cerita Nisha tadi. Dia tidak mahu percaya tetapi bila dia melihat kesungguhan gadis itu bercerita membuatkan dia berasa ragu-ragu.

      "Kenapa Nurul buat abang macam ni? Betul ke Nurul tak ikhlas kawan dengan abang sebelum ni? Betul ke Nurul ugut Nisha untuk tinggalkan abang masa hari perkahwinan dulu? Betul ke, sayang?" Danish menangis teresak-esak sambil memeluk lutut.

       Mahu sahaja dia bertanyakan semua soalan itu kepada isterinya tetapi dia tidak mahu mengganggu pembelajaran gadis itu. Otaknya berasa buntu memikirkan semua ini.

        Danish memandang semula telefonnya di atas meja dan mengambilnya. Dia melihat banyak missed call dari Nurul tapi dia mengabaikannya. Danish mula mencari nombor telefon Raykal.

        "Hello abang, boleh tak Rayyan nak minta nombor telefon Nisha? Abang ada simpan nombor dia tak?" Danish memandang pintu biliknya dengan pandangan kosong. Dia perlu bertemu dengan Nisha untuk selesaikan semua ini.

       Setelah dia menamatkan panggilan dengan Raykal, Danish terus bangun dari katil dan menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

       Sebelum itu, dia menghantar mesej kepada Nisha untuk ajak gadis itu berjumpa. Ada sesuatu yang dia perlu berbincang dengan Nisha setelah dia fikir benda ini masak-masak.

       Setelah dia menghantar mesej, matanya tiba-tiba tertancap pada gambar isteri kesayangan. Dia mengangkat gambar itu dan mengusap perlahan.

      "Abang minta maaf, Nurul. Abang rasa ini yang terbaik untuk kita berdua." kata Danish dengan perlahan. Dia menekup gambar itu ke permukaan meja seperti dia mula belajar untuk menutup kenangan dengan isterinya.



Next spoiler:

"Kalau macam tu, apa kata kita sambung semula apa yang terhenti dulu? Awak ok ke?"

"Awak serius ke ni, Danish? Kalau kita sambung semula relationship kita ni, macam mana dengan Nurul?"

       

Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now