Bab 41

1K 27 1
                                    

        "Assalamualaikum Ikram. Lama ke kau tunggu aku? Aku minta maaf sebab buat kau tertunggu-tunggu." Najjah menarik kerusi dan duduk berhadapan Ikram.

        "Waalaikumsalam Najjah. Tak lama pun aku tunggu kau. Lagipun aku faham kau mesti ada hal yang kau nak buat kan." Ikram sempat memberikan senyumannya kepada gadis itu.

         Hilang terus khayalannya tentang Nurul. Saat ini dia sudah berjanji pada dirinya untuk melupakan gadis itu. Dia tidak mahu menambah dosa dengan meneruskan simpan perasaan pada isteri orang.

         Dan sekarang dia harus memikirkan tentang hubungannya dengan Najjah. Entah kenapa dia dapat merasakan jodohnya dengan gadis itu begitu kuat. Ikram yakin dan pasti selama ini hatinya sudah mula suka pada gadis itu.

         "Ikram, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" Najjah menepuk perlahan permukaan meja bagi menyedarkan lelaki itu. Dia tidak tahu apa yang berada di dalam fikiran Ikram.

         "Aku minta maaf, Naj. Aku tak sedar pula yang aku terkhayal tadi. Kau tak nak order apa-apa ke?" Entah kenapa, hatinya berdebar-debar melihat Najjah secara dekat.

        Sebelum ini dia tidak pernah rasa berdebar seperti ini kerana dia lebih fokus memikirkan perasaannya terhadap Nurul.

        "Aku dah makan tadi dekat rumah. So aku masih kenyang lagi. Ha ni ada apa kau nak jumpa aku? Kau buat aku rasa nervous tahu tak." Najjah memandang wajah Ikram.

          "Aku sebenarnya ada sesuatu nak cakap dengan kau." Ikram menarik nafas perlahan-lahan dan dia sudah bersedia untuk meluahkan perasaannya setelah seminggu lebih dia memikirkan soal hati dan perasaannya.

          "Kau nak cakap apa sebenarnya? Kenapa macam serius je bunyi dia?" Najjah pula yang berasa berdebar-debar melihat wajah serius lelaki itu.

           "Aku sebenarnya dah lama suka dekat kau." Ikram mengucapnya dengan hanya satu nafas sahaja. Dia berasa lega seolah-olah satu beban sudah terlerai di bahunya. Dia tidak tahu apa tanggapan gadis itu terhadapnya.

          Najjah terpaku mendengar luahan Ikram. Dia tidak tahu bagaimana mahu memberi tindak balas kepada lelaki itu. Sejujurnya dia masih terkejut dengan luahan dari lelaki yang selalu mencari pasal dengannya.

         "Kau...kau cakap apa tadi, Ikram? Aku tak salah dengar kan?" Najjah cuba untuk mendapatkan kepastian dari lelaki itu. Dia takut jika dia tersalah dengar apa yang diucapkan oleh Ikram tadi.

         "Aku cakap aku dah mula sukakan kau. Dan kau memang tak salah dengar wahai Najjah Insyirah." Ikram tahu gadis itu masih terkejut dengan luahannya. Dia juga seperti tidak percaya dengan apa yang dikatakannya tadi.

         "Kau serius ke apa yang kau cakap tadi? Takkan secepat ini hati kau berubah?" Najjah masih tidak percaya. Otaknya masih memproses dengan kejutan yang terlalu mengejut.

          "Aku serius, Najjah. Aku tahu ianya macam terlalu cepat bagi kau. Tapi bagi aku, takkan aku masih nak simpan perasaan dekat isteri orang sampai bila-bila." kata Ikram sambil menilik wajah Najjah.

          "Aku tak tahu nak cakap apa, Ikram. Aku masih terkejut." Ikram hanya tersenyum mendengar kata Najjah. Dia tahu bukan mudah gadis itu mahu menerima semua ini.

            "Aku tahu kau masih terkejut sebab dulu kita asyik bergaduh je kan kat sekolah. Aku pun sebenarnya tak sedar bila perasaan ni wujud. Tapi yang pasti aku dah mula suka kat kau." Hati Najjah berdegup dengan kencang bila mendengar ayat Ikram.

            "Ikram, boleh tak aku nak minta masa kat kau untuk aku fikirkan benda ni. Aku pun sebenarnya dah lama suka dekat kau tapi aku cuba pendam sebab aku tahu masa tu hati kau suka pada Nurul. Aku sendiri pun tak sedar yang aku ada hati kat kau."

          Najjah memandang ke bawah kerana dia tidak mampu membalas pandangan Ikram. Dia dapat merasakan wajahnya bertukar merah kerana dia berasa sangat malu.

         Ikram berasa bahagia dan mahu tersenyum melihat wajah malu Najjah. Dia tidak sangka gadis itu juga menyimpan perasaan yang sama sepertinya.

       "Awak jangan risau sebab saya akan bagi masa yang banyak untuk awak fikir. Saya takkan paksa awak, Najjah." Ikram sudah mengubah cara panggilannya terhadap Najjah.

        'Awak? Saya?', detik Najjah di dalam hati. Begitu cepat lelaki itu mengubah cara panggilan.

         "Terima kasih sebab awak bagi saya masa untuk fikir, Ikram." Najjah masih menunduk kerana dia berasa malu untuk bertentang mata dengan lelaki itu.

         "Saya sayang awak, Najjah." Ikram memberikan senyuman yang paling manis kepada Najjah. Saat ini dia betul-betul bahagia kerana dia dapat merasai cinta yang sebenar.

        "Saya pun sayang awak, Ikram." Najjah mengangkat kepala dan membalas senyuman Ikram. Dia berasa gembira kerana dia tidak sangka cintanya yang dipendam selama ini akhirnya dibalas oleh lelaki itu walaupun pada mulanya perkenalan mereka asyik bergaduh dan bertengkar.

       

        

         

Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now