Bab 35

1K 31 0
                                    

       Mariana membuka pintu perlahan-lahan kerana tidak mahu penghuni rumah itu mendengar bunyi pintu dibuka. Dia balik agak lewat hari ini kerana dia pergi ke parti di rumah kawannya.

      Mariana yakin orang tuanya pasti sudah tidur pada waktu ini. Jadi agak senang untuk dia melarikan diri dari ditanya banyak soalan oleh orang tuanya. Tiba-tiba ruang tamu itu diterangi dengan cahaya lampu.

      Mariana terkejut melihat kakaknya di depan mata. Dia menyangka kakaknya sudah tidur seperti orang tua mereka. Mariana melihat wajah serius Madinatul yang merenung ke arahnya.

      "A...akak." Mariana hanya mampu menelan air liur dan membuat muka selambanya seolah-olah tiada apa-apa berlaku.

      "Kau dari mana ni, dik? Dah lewat malam dan baru teringat nak balik." Madinatul berasa sakit hati melihat wajah tidak bersalah adiknya.

      Dia tidak tahu apa yang telah terjadi kepada adiknya. Sudah banyak kali dia memerhati adiknya dalam diam dan hari ini barulah dia dapat menangkap Mariana.

      "Alaaa awal lagi la, kak. Baru pukul 3 pagi...lagi elok daripada aku balik pukul 6 pagi." Mariana menjawab acuh tak acuh soalan kakaknya. Dia malas mahu melayan kakaknya dan hanya selamba masuk ke dalam biliknya.

      Madinatul yang selama ini menahan sabar melihat perangai adiknya, tidak mampu menahan sabar lagi. Dia terus pergi ke arah bilik Mariana dan dia juga harus selesaikan masalah gadis itu malam ini juga.

       "Maria!" Madinatul menjerit perlahan memanggil nama adiknya. Dia tidak mahu mengejutkan orang tuanya dari tidur. Madinatul juga tidak mahu orang tuanya mengetahui tentang masalah Mariana.

      "Akak nak apa ni? Aku mengantuk la, kak. Esok mak tu dah la kejut aku bangun awal." Mariana yang baru sahaja ingin melelapkan matanya tidak jadi apabila mendengar suara Madinatul.

      "Aku nak cakap sikit dengan kau, dik. Aku nak sangat tahu apa masalah kau. Teruk sangat ke masalah kau sampai kau jadi macam ni sekali?" Madinatul akui selama ini dia tidak banyak meluangkan masa bersama adiknya.

       Kini dia berasa menyesal kerana dia tidak tahu tentang masalah adiknya itu. Hari-harinya hanya dipenuhi dengan bekerja sahaja sampai dia tidak mempunyai masa dengan Mariana.

      "Kau tak payah sibuk nak tahu la, kak. Selama ni kau tak pernah pun nak ambil tahu pasal aku. Kau tak payah nak buat baik depan aku."

     Mariana berasa puas dapat menyakitkan hati kakaknya. Entah kenapa sejak dari kecil lagi mereka tidak pernah sebulu. Dia memang benci dengan Madinatul.

       "Maria! Kenapa kau cakap macam tu kat akak? Kau sedar tak kau cakap dengan siapa. Kau patut bersyukur la dik sebab akak tak bagitahu hal ni kat mak dan ayah. Kalau diorang tahu mesti diorang marah gila kat kau."

      Mariana berasa geram dengan kakaknya. Dia hanya menyelimutkan dirinya dan malas mahu berkawan kata dengan Madinatul.

     "Maria, kau dengar tak apa akak cakap ni? Kau jangan buat-buat tak dengar." Madinatul menarik selimut adiknya dan dia harus berbincang masalah itu dengan adiknya.

     "Akak, boleh tak kalau kita bincang lain kali? Aku mengantuk sangat ni. Aku minta tolong sangat-sangat...jangan kacau aku tidur."

     Madinatul yang mendengar kata adiknya hanya mampu menahan marah di dalam hati. Dia tahu tak ada gunanya jika dia asyik bertekak dengan adiknya. Takkan ada jalan penyelesaian jika mereka asyik bergaduh.

     "Fine, kali ni akak bagi kau terlepas. Tapi lepas ni jangan harap ye. Aku takkan lepaskan kau semudah itu, dik."

      Madinatul berlalu pergi dari bilik Mariana dengan rasa geram di hati. Dia berharap agar Mariana bersikap lebih terbuka dengan menceritakan masalahnya.

  

Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now