Nisha duduk di atas pelamin dengan rasa tidak senang hati. Dia meramas kedua-dua tangannya kerana berasa gelisah. Hari ini sudah tiba dan tinggal beberapa minit je lagi dia akan menjadi isteri Danish.
Nisha menggigit bibir dan kepalanya hanya menunduk ke bawah. Dia berdebar menunggu kedatangan lelaki itu. Dalam dia berasa tidak tenang tiba-tiba dia mendengar suara menyatakan pengantin lelaki sudah sampai.
Nisha terus mendongak kepalanya dan matanya terbuntang melihat Khalish yang juga memakai baju pengantin. Tapi yang membuat dia lagi terkejut ialah melihat penampilan biasa Danish. Apa yang sedang berlaku sebenarnya?
Khalish memandang Danish di sebelahnya dan melihat Danish menganggukkan kepalanya. Dia menarik nafas dan mula duduk bersila di depan tok kadi.
Nisha masih terpegun di tempatnya dan hanya melihat Khalish berjabat tangan dengan tok kadi. Danish pula hanya duduk di sebelah Khalish.
Setelah selesai majlis serba ringkas itu, Nisha mencari kelibat Danish. Dia ingin tahu mengapa saat-saat akhir pengantin lelaki tukar.
"You nak pergi mana? Suami you ada kat sini." Khalish memegang lengan isterinya. Dari tadi dia melihat wanita itu seperti mencari sesuatu.
"Lepaskan tangan I. I nak cari Danish." ujar Nisha sambil cuba melepaskan pegangan suaminya. Hatinya meronta-ronta ingin tahu dan dia tidak akan berasa tenang jika dia tidak tahu hal yang sebenar.
"For what, Nisha? You dah jadi isteri I dan sekarang you nak cari lelaki lain pula?" soal Khalish sambil ketawa sinis. Hatinya sakit bila isterinya masih mencari lelaki yang pernah menghuni di dalam hati wanita itu.
"You tak tahu apa-apa, Khalish. I ada benda nak tanya pada Danish and it's important for me." Nisha masih cuba melepaskan pegangan lelaki itu. Tiba-tiba pergaduhan kecil mereka terhenti apabila Danish datang menghampiri mereka.
"Selamat pengantin baru, Nisha." ucap Danish dengan ikhlas. Dia gembira apabila wanita itu sudah berkahwin. Nisha hanya memberi senyuman nipis sebagai balasan.
"Selamat pengantin baru, bro. Aku harap kau boleh jaga Nisha baik-baik." Danish menepuk bahu Khalish. Dia tahu lelaki itu boleh jaga Nisha dengan baik.
"Thank you, Danish. Aku terhutang budi dengan kau." kata Khalish dengan perlahan. Hanya mereka berdua saja yang mendengar. Danish mengangguk dan tersenyum.
"Danish..." Nisha cuba memanggil Danish ketika mereka berdua sedang berborak. Danish memandang Nisha dan mengangkat keningnya.
"Danish, I need an explanation from you. Now!" Nisha masih cuba untuk bersabar dan dia juga tidak mahu membuat kecoh.
Danish tersenyum nipis melihat kemarahan wanita itu. Pasti Nisha tidak puas hati dengan tindakannya.
"Khalish, boleh tak aku nak pinjam wife kau kejap? Aku janji ianya takkan lama." Danish memandang Khalish untuk meminta izin dari lelaki itu. Yelah Nisha kan dah jadi isteri dia sekarang.
Nisha termangu-mangu di antara mereka berdua. Dia masih hairan bagaimana mereka berdua boleh saling mengenali.
Khalish mengangguk tanda mengizinkan Danish untuk berborak dengan isterinya. Dia tahu lelaki itu mahu menjelaskan semua kepada Nisha.
"Korang berdua borak la dulu. Aku masuk dalam kejap nak jumpa kawan aku. Sayang, nanti kita jumpa kat dalam. Ok?" Khalish mengenyit mata pada Nisha dan berlalu pergi.
Nisha terus pergi ke arah lain tanpa membuang masa. Ada banyak benda dia mahu bertanya kepada Danish.
Danish hanya mengikuti dari belakang dan dia tahu pasti banyak persoalan di dalam fikiran Nisha.
YOU ARE READING
Mrs. Danish Rayyan (C)
RomanceDua sahabat baik yang selalu bersama sejak dari kecil lagi, itulah Danish Rayyan dan Nurul Nafisa. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, mereka sering bersama sehingga orang menyangka mereka bercinta walhal mereka hanya berkawan sahaja...