Bab 14

1.5K 38 0
                                    

         Sesampainya dia di rumah sahabatnya, Danish terus memberi salam dan mengetuk pintu rumah Azrul. "Eh kau, Danish. Kenapa kau datang sini? Kau ada masalah lagi ke, bro?" Azrul berasa hairan dan terkejut apabila melihat kewujudan sahabatnya secara tiba-tiba.

        "Aku minta maaf, Rul sebab dah kacau time rehat kau ni. Tapi aku dah tak tahu nak mengadu kat siapa selain kau." Danish betul-betul berasa buntu dan fikirannya juga serabut memikirkan hal itu. Hanya sahabatnya itu sahaja yang dia dapat meluahkan masalahnya.

       "Tak apa, bro. Aku tahu yang hanya aku sorang je kau harapkan. Kau luahkan la masalah kau tu, bro. Aku sedia mendengar." Azrul sudah menganggap Danish itu sebagai saudaranya sendiri. Lelaki itu sering sahaja meluahkan masalahnya kepada dia. Jadi banyak dia mengetahui tentang lelaki itu.

          "Kau tak nak ajak aku masuk rumah kau ke? Sampai hati kau biarkan tetamu kat luar rumah." Danish sekadar mengusik sahabatnya itu. Mereka sudah bersahabat dari tingkatan 2 lagi. Banyak juga persamaan antara mereka berdua.

           "Ala kau ni, kau suka buat aku macam ni. Yelah...masuklah rumah aku yang tak seberapa mewah ni. Anggaplah rumah aku ni macam rumah kau sendiri." Dia dengan Danish sering bertandang ke rumah masing-masing. Kadang-kadang dia pergi ke rumah Danish dan kadang-kadang lelaki itu datang ke rumahnya.

          "Terima kasih Rul sebab ajak aku masuk rumah kau. Dah lama juga aku tak datang sini. Kenapa rumah kau sunyi je? Parents kau kat mana?" Danish melihat sekeliling rumah kawannya yang cantik itu. Dia agak rapat juga dengan family Azrul.

          "Kau la sibuk sangat sampai tak sempat nak datang rumah aku. Adik-adik aku semuanya rindu kat kau. Parents aku dah keluar tadi. Diorang ada hal kat luar. Adik-adik aku pula tengah tidur kat bilik mereka." Azrul terus menuju ke dapur untuk membuat air kepada Danish.

          Tapi kadang-kadang dia berasa hairan dengan lelaki itu. Azrul tidak faham kenapa lelaki itu masih bergaduh dengan keluarganya. Adakah disebabkan hal itu kawannya masih tidak mahu memaafkan ibu bapanya? Sakit kepala dia memikirkan masalah tersebut.

            "Nah air kau, bro. Kenapa kau datang sini? Sebenarnya kau dari mana ni?" Azrul terus menyerahkan air kepada Danish. Dia duduk di sebelah lelaki itu dan melihat muka bermasalah Danish.

            "Terima kasih, Rul. Aku sebenarnya datang sini sebab aku ada sesuatu nak bagitahu kau." Danish minum air yang diberikan oleh Azrul. Agak sedap juga air yang dibancuh oleh sahabatnya.

           "Kau nak bagitahu apa, Danish? Macam penting je bunyinya." Entah kenapa Azrul berasa berdebar-debar pula menantikan kata sahabatnya itu.

             "Kau tahu tak aku jumpa siapa tadi?" Danish cuba bertanyakan soalan kepada Azrul. Bila dia melihat sahabatnya menggeleng kepala, dia menarik nafas perlahan-lahan untuk memulakan ayat.

             "Aku jumpa Wina tadi...sahabat kepada Nisha. Mula-mula aku tak tahu kenapa dia nak jumpa aku tapi bila dia dah ceritakan kesemuanya kat aku, aku jadi marah kat dia. Bila aku dah marah, aku terus blah pergi dari tempat tu." Agak panjang juga dia menerangkan kejadian tadi kepada sahabatnya.

           "Kau jumpa siapa tadi, bro? Kau jumpa Wina ke? Kenapa kau jumpa dia?" Agak terkejut juga dia bila mendengar nama itu kerana sudah lama dia tidak mendengar nama gadis itu. Apa yang membuatkan sahabatnya berjumpa dengan gadis itu?

           "Kau rasa dia jumpa aku sebab apa?" Danish sengaja mahu Azrul berteka teki dengan soalannya. "Takkanlah sebab Nisha kot, Danish." Dia yakin Wina pergi berjumpa dengan Danish mesti ada kaitan tentang Nisha.

          "Ya, sebab Nisha la Wina jumpa aku tadi. Aku tak faham betullah dengan dia, Rul. Dia yang tinggalkan aku pastu dia nakkan aku balik. Dia ingat aku patung ke kalau dia nak dia ambil." Tiba-tiba Danish berasa sakit hati dengan Nisha atas apa yang terjadi pada dia.

          "Sabar, Danish. Aku tahu kau still marah kat dia tapi apa yang penting sekarang ni kau kena fokus pasal perkahwinan kau dengan Nurul. Sekarang ni pun dah dekat setahun korang kahwin. Aku nak tanya sesuatu kat kau, boleh?" azrul cuba untuk berhati-hati tanya soalan kepada Danish. Dia tahu mood lelaki itu tidak baik.

           "Kau nak tanya apa, Rul? Ada sesuatu yang berlegar dalam fikiran kau ke?" Danish dapat merasakan ada sesuatu yang sedang difikirkan oleh sahabatnya. "Kau sayangkan Nurul tak? Kau sayang tak dengan perkahwinan ni?" Azrul tahu sahabatnya itu sudah mula sayangkan gadis itu tapi dia tahu lelaki itu ego.

             "Apa kau tanya ni, Rul? Kenapa tiba-tiba kau tanya soalan ni? Kita tengah bincang pasal Nisha...kenapa kau cakap pasal perkahwinan aku ni?" Entah kenapa tiba-tiba hatinya berdebar-debar melihat renungan sahabatnya.

             "Kau jawab soalan aku, Danish. Kau sayangkan Nurul kan? Kau jangan tipu aku." Azrul tersenyum sinis memandang Danish. Dia amat yakin yang sahabatnya itu memang suka kepada Nurul.

           "Kau dah kenapa, Rul? Aku balik dululah...dah lewat ni. Aku jumpa kau esok. Assalamualaikum." Danish terus bangun dan melangkah pergi meninggalkan Azrul.

          Azrul hanya mengeluh melihat sikap keras kepala Danish. Dia tidak tahu sampai bila ego lelaki itu akan bertahan. Tapi yang pasti lelaki itu akan menyesal jika dia menceraikan Nurul.

Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now