Nurul menangis sambil membawa beg bagasinya. Dia tidak tahu hendak pergi ke mana. Yang pasti dia tidak akan pulang ke rumah orang tuanya kerana dia tidak mahu mereka tahu masalah yang berlaku antara dia dengan Danish.
Nurul berhenti sejenak apabila dia dilanda rasa pening kepala. Di depannya ada bus stop dan dia harus kuatkan dirinya untuk sampai ke situ. Nurul memegang erat pada pemegang beg bagasinya.
"Argh kenapa pening sangat kepala aku ni? Abang, kepala Nurul sakit. I need you, abang." Nurul memegang kepalanya dan terus menangis. Sedikit sahaja lagi dia akan sampai tetapi pandangannya tiba-tiba terasa kabur.
Nurul mencelikkan matanya berkali-kali. Belum sempat dia mahu berjalan semula, tiba-tiba pandangannya terus bertukar gelap dan dia pengsan di tepi jalan.
Najjah yang membawa kereta ketika itu terus berhenti di tepi jalan bila melihat ada orang pengsan di situ. Dia bergegas keluar dan mendapatkan wanita itu.
"Ya Allah cik, kenapa ni? Cik?" Najjah mula duduk cangkung di sebelah wanita itu dan melihat wajahnya. Alangkah terkejutnya dia bila mendapati orang yang pengsan itu adalah sahabatnya sendiri.
"Nurul? Ya Allah kenapa kau boleh pengsan ni? Kenapa kau ada kat sini?" Najjah menepuk pipi Nurul beberapa kali untuk menyedarkan wanita itu dari pengsan.
"Najjah? Kau ke tu?" Suara Nurul sangat perlahan ketika menyoal kerana rasa sakit di kepalanya masih terasa. Pandangannya masih kabur tapi dia masih dapat mengecam kelibat yang ada di depannya.
"Ya ni aku. Kau boleh bangun tak ni? Kita pergi hospital ye?" Najjah cuba memangku sahabatnya. Untung sahaja wanita itu ringan dan dia tiada masalah mahu mengangkat Nurul.
Nurul hanya mampu mengangguk. Kepalanya masih pening dan dia tiada tenaga mahu melawan. Kalau dia bersikap degil pun, sahabatnya itu tetap bawa dia pergi ke hospital.
Setelah mendudukkan Nurul di tempat penumpang, Najjah bergegas mendapatkan beg bagasi wanita itu. Otaknya masih berfikir apa yang sedang berlaku. Kenapa Nurul keluar seorang diri dengan membawa beg? Kenapa Danish tiada di sini?
Nurul terus diberikan rawatan setelah sampai di hospital. Najjah setia menanti di luar dan dia harus mengkhabarkan tentang keadaan Nurul kepada Danish.
Belum sempat dia mahu mendail nombor telefon lelaki itu, tiba-tiba dia terdengar bunyi pintu dibuka. Najjah terus bangun dan pergi mendapatkan doktor yang merawat sahabatnya.
"Macam mana dengan keadaan kawan saya, doktor? Dia tak apa-apa, kan?" Najjah berasa risau jika berlaku sesuatu kepada sahabatnya. Hatinya tidak tenang melihat wajah pucat Nurul tadi.
"Alhamdulillah keadaan kawan awak baik-baik saja. Cuma dia kurang rehat dan kurang makan. Benda ni akan selalu terjadi bila kita tengah mengandung. Yang penting sekarang ni kawan awak kena banyak berehat dan jaga kandungan dia sebab kandungan dia masih lemah." ujar doktor Nora dengan senyuman gembira.
"Mengandung?" soal Najjah dengan rasa tidak percaya. Tidak sangka dia akan menerima berita gembira ini.
"Ya, kawan awak mengandung dua minggu dan kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu ye." Doktor Nora meminta diri dan berlalu pergi untuk meneruskan kerjanya yang lain.
"Alhamdulillah tak sangka aku akan dapat anak buah. Mesti comel macam aku nanti." Najjah meraup wajah dan tersengih membayangkan anak Nurul bila sudah lahir nanti. Dia bergegas masuk ke dalam melihat keadaan sahabatnya.
Sebaik sahaja dia menutup pintu bilik, dia menoleh ke belakang dan melihat Nurul yang termenung di atas katil. Dia menghampiri wanita itu dan duduk di kerusi sebelah katil pesakit.
YOU ARE READING
Mrs. Danish Rayyan (C)
RomanceDua sahabat baik yang selalu bersama sejak dari kecil lagi, itulah Danish Rayyan dan Nurul Nafisa. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, mereka sering bersama sehingga orang menyangka mereka bercinta walhal mereka hanya berkawan sahaja...