"Assalamualaikum Norlia. Kau ada kat rumah tak?" Puan Rohani terus memberi salam setelah sampai ke rumah besannya. Dia datang ke rumah besannya pada waktu pagi. Ini kerana jika dia datang waktu petang, pasti dia akan bertembung dengan anaknya dan anaknya pasti mengelak dari berjumpa dengannya.
"Waalaikumsalam eh, Ani buat apa datang sini? Kenapa datang sini tak beritahu dulu? Kalau tak Lia boleh siapkan makanan tengah hari sekali." Puan Norlia berasa terkejut dengan kehadiran besannya. Tidak pernah besannya datang ke rumahnya.
"Sorrylah Lia sebab Ani datang mengejut. Ani sebenarnya nak bincang dengan Lia fasal anak-anak kita." Walaupun mereka sudah lama kenal tetapi entah kenapa dia berasa kekok pula dengan besannya itu.
"Eh masuklah dulu, Ani. Sorrylah sebab Lia lupa nak jemput masuk ke rumah." Puan Norlia terus mengajak besannya itu masuk ke dalam rumah.
"Sekali lagi Ani nak minta maaf kat Lia sebab datang tak bagitahu." Puan Rohani berasa serba salah pula dengan wanita itu. Tapi dia agak rindu juga pada besannya.
"Eh tak apalah. Lia tak kisah pun. Lagipun dah lama kan kita tak jumpa lepas perkahwinan diorang dulu. Lia teringin nak datang rumah Ani tapi tulah tak ada masa." Puan Norlia terus duduk di sofa bersama besannya.
"Tulah. Ani pun dah lama tak jumpa Lia. Rindu juga la Ani kat Lia. Lagipun banyak benda Ani nak bincang dengan Lia." Puan Norlia berasa berdebar-debar pula bila mendengar kata besannya. "Ani nak bincang fasal apa? Fasal anak-anak kita ke?"
"Haah fasal diorang. Ani nak tahu hubungan diorang macam mana sekarang? Diorang ada masalah ke?" Jantung Puan Rohani berdegup pantas memikirkan tentang kedua-duanya.
"Hubungan diorang baik-baik je, Ani. Tak ada masalah pun antara mereka berdua." Memang Puan Norlia yakin yang Nurul dan Danish tidak ada masalah dalam hubungan mereka. Dia nampak pagi tadi kedua-duanya ok sahaja.
"Alhamdulillah kalau hubungan diorang baik je. Lega hati Ani mendengarnya. Ani harap sangat diorang tak bercerai. Biarlah perkahwinan mereka kekal selamanya." Puan Rohani amat sayang menantunya, Nurul yang sudah dianggap seperti anak sendiri sejak gadis itu kecil lagi.
"Lia pun harap macam tu juga, Ani. Tapi Lia nak tanya lagi satu soalan kat Ani, boleh tak?" Puan Norlia cuba untuk bertanya soalan dengan berhati-hati.
"Lia nak tanya apa? Ani tak boleh nak lama-lama ni sebab Ani nak masak kat rumah. Nanti abang Rahmat balik rumah pula dan tengok makanan tak ada atas meja." Puan Rohani sempat mengusik Puan Norlia.
Sebenarnya dia tidak mahu bertembung dengan anaknya walaupun dia berasa amat rindu dengan anak lelakinya itu. Puan Rohani tidak mahu kemarahan anaknya bertambah. Jadi seeloknya buat masa ini dia tidak perlu berjumpa dengan anaknya.
"Ani tak rindu ke pada Rayyan? Lia tengok tak pernah sekali pun Rayyan melawat Ani dengan Rahmat. Ani pun dah jarang datang sini. Ani tak rindu pada dia ke?" Pertanyaan Puan Norlia membuatkan jantung Puan Rohani hampir terhenti.
"Kenapa Lia tanya macam tu? Ibu mana yang tak rindukan anaknya. Dah lama Ani pendam perasaan rindu ni. Ani bukan tak nak datang sini tapi Rayyan masih marahkan Ani. Ani tak nak tambahkan kemarahan dia lagi." Puan Norlia terasa sebak pula mendengar luahan besannya. Dia terus mendekati Puan Rohani dan memeluk erat besannya bagi menghilangkan rasa kesedihan.
YOU ARE READING
Mrs. Danish Rayyan (C)
RomanceDua sahabat baik yang selalu bersama sejak dari kecil lagi, itulah Danish Rayyan dan Nurul Nafisa. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, mereka sering bersama sehingga orang menyangka mereka bercinta walhal mereka hanya berkawan sahaja...