Bab 62

1.2K 27 3
                                    

        "Muhammad Danish Rayyan!!!"

      Azrul bergegas masuk ke dalam rumah sebalik sahaja mendengar suara Nurul. Hatinya tertanya-tanya apa yang sedang berlaku.

       Danish terpisat-pisat bangun apabila dia mendengar jeritan itu. Dia memegang kepalanya seketika apabila rasa pening datang secara tiba-tiba. Ini mesti sebab kesan dia bangun mengejut tadi.

       "Apa yang kecoh sangat ni? Kau ke tu, Azrul? Kalau ya pun janganlah jerit nama aku kuat-kuat. Aku tak pekak lagi la." Danish mendengus geram kerana tidurnya diganggu. Sudahlah dia mimpi dapat jumpa bidadari yang cantik. Baru je nak ajak kahwin, dah ada yang jerit panggil nama dia.

       "Bukan aku la, gila. Aduh kau ni, Danish." Azrul mengurut pelipisnya dan hanya mampu berserah. Nasib baik jantung dia tak tercabut tadi akibat terkejut dengan jeritan Nurul.

        "Kau ni kan, Azrul. Ganggu aku tidur tahu tak. Aku mimpi jumpa bidadari tadi. Dahlah muka dia cantik lepastu eh..." Terhenti percakapan Danish bila dia menyedari kehadiran seseorang. Dia memandang wajah Azrul dan memberi bahasa isyarat.

        Azrul yang seperti memahami isyarat dari Danish terus mengangguk kepala. Dia tahu apa yang difikirkan oleh lelaki itu. Mungkin Danish masih tidak percaya melihat Nurul di depan mata.

       "Wei Azrul, kau tolong tampar muka aku kejap. Betul ke apa yang aku tengok sekarang ni?" Danish masih tidak percaya. Dia menggosok kedua-dua matanya beberapa kali. Azrul membuat muka menyampah melihat perangai lelaki itu.

        "Kau betul-betul nak aku tampar muka kau? Kau tak menyesal kan?" Tangan Azrul sudah bersedia mahu menampar wajah lelaki itu. Sudah lama dia menantikan saat ini.

        "Kau tampar je muka aku, Rul. Tapi jangan kuat sangat. Aku harap ni mimpi je." Danish sempat memberi amaran sebelum Azrul menamparnya. Rasa cuak pula bila melihat wajah sahabatnya itu. Nurul memejam mata untuk menahan sabar.

        Tanpa membuang masa, Azrul terus pergi dan bersedia untuk menampar wajah sahabatnya. Danish terus menutup matanya dan bersedia menerima tamparan itu.

       Pang!

      Tiba-tiba ruang tamu itu sunyi sepi dan hanya kedengaran bunyi kipas. Masing-masing tercengang dengan kejadian yang baru terjadi tadi. Danish memegang pipinya yang baru ditampar oleh Azrul.

      "Adoi apahal kau tampar kuat sangat? Aku suruh tampar pelan je kan." Jujur pipinya rasa sakit sekarang ini. Kuat betul lelaki itu tampar.

       "Memang kau suruh tampar pelan tapi apa salahnya kalau aku tampar kuat? Bukan selalu aku dapat peluang macam ni." Azrul menjawab dengan selamba sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar. Mukanya langsung tidak menunjuk rasa serba salah kerana menampar wajah lelaki itu dengan terlalu kuat.

       "Ish kau ni. Dahlah pipi aku sakit dan kau boleh pula buat muka tak bersalah kat sini." Sumpah dia rasa nak tumbuk je sekarang ni. Hatinya sakit melihat wajah selamba lelaki itu. Azrul hanya menjongket bahu sambil memberi senyuman kepada Danish.

       "Eh boleh diam tak? Bising la korang berdua ni. Bergaduh macam budak-budak." Terdiam terus mereka berdua bila dimarah oleh Nurul. Mereka melihat wajah garang wanita itu. Masing-masing menelan air liur.

       "Err bila Nurul balik? Kenapa tak bagitahu abang yang Nurul balik hari ni? Kalau tak abang boleh jemput Nurul kat airport." Jantung Danish berdebar melihat garang isterinya. Kenapa wanita itu kelihatan sangat marah?

        "Nurul balik hari ni sebab saja nak buat surprise tapi bila Nurul dah sampai dekat airport, Nurul pula yang dapat kejutan." Nurul memeluk tubuh sambil memandang wajah Azrul. Danish turut memandang wajah lelaki itu bila melihat tindakan isterinya.

Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now