Bab 64

1K 25 4
                                    

      "Are you crazy, Muhammad Danish Rayyan?!!"

      Danish menutup wajahnya dengan sebelah tangan. Nasib baik sekarang ini mereka berdua berada di dalam rumahnya. Kalau tidak mana dia mahu letak muka dia yang macho ni?

      "Kau boleh tak jangan jerit kuat-kuat? Kau nak bagi satu dunia ni dengar suara kau ke? Cuba kau bertenang sikit." Danish tahu sahabatnya pasti akan terkejut mendengar rancangannya. Sebenarnya dia juga terkejut kerana ini semua rancangan gila isterinya.

      "Macam mana aku nak bertenang? Kau punya rancangan ni memang tak masuk akal. Kau ingat aku akan ok ke bila dengar semua ni?" Azrul meletakkan kedua-dua tangannya di pinggang. Apa yang dah merasuk fikiran lelaki itu sehingga sanggup buat rancangan seperti ini?

       "Kau ingat aku suka ke dengan plan ni? Lagipun Nurul yang plan dan aku dah boleh agak reaction Kau akan jadi macam ni." Danish menyandar perlahan di sofa sambil mengeluh. Dia juga tidak percaya bila mendengar rancangan Nurul dan dia agak tidak setuju tetapi setelah dipujuk berkali-kali oleh wanita itu, akhirnya dia terpaksa bersetuju juga.

        Azrul hampir ternganga mendengar kata Danish. Gila...ini semua memang gila! Dia berasa mahu ketawa sekarang ini. Apa yang difikirkan oleh wanita itu sehingga sanggup membuat kerja gila?

      "Kau tipu aku kan, Danish? Takkanlah Nurul nak buat rancangan gila macam tu. Kita berdua tahu kan perangai dia macam mana?" Azrul masih mahu menafikan apa yang dia dengar tadi tapi dia sedar ini adalah realiti.

        "Aku tak tipu kau, Azrul. Memang Nurul yang plan dan nak tak nak aku terpaksa ikut cakap isteri aku tu." Sekali lagi Danish mengeluh perlahan. Isterinya itu memang suka buat rancangan gila.

          "Mana isteri kau? Aku nak cakap sikit dengan dia...aku nak tahu kenapa dia plan macam tu." Azrul membuat muka serius. Dia kena tahu mengapa Nurul membuat pilihan seperti itu. Danish membalas tatapan Azrul.

         Belum sempat dia mahu memanggil isterinya, tiba-tiba wanita itu memunculkan diri. Nurul membawa sedikit makanan dan minuman untuk suaminya dan Azrul. Setelah dia meletakkannya, Nurul mengangkat wajah dan berasa hairan melihat tatapan dua sahabat itu kepadanya.

        "Kenapa korang berdua pandang macam tu? Ada yang tak kena ke?" Muka Nurul berkerut kehairanan. Dah kenapa pandang dia macam nak tembus ni?

        "Aku nak tanya kau satu soalan." Kata Azrul dengan suara tegas. Dia duduk semula di atas sofa.

       "Kau nak tanya apa, Azrul? Macam serius je bunyi dia?" Nurul melabuh duduk di sebelah suaminya. Sempat dia memandang Danish sebelum dia menoleh semula ke arah Azrul. Danish hanya mendiamkan diri.

       "Apa plan kau sebenarnya? Kenapa kau suruh Danish buat benda gila ni?" Azrul memandang tepat pada mata Nurul. Dia masih tidak percaya dengan semua ini. Wanita ini benar-benar gila. Nurul mengeluh perlahan.

        "Aku tahu kau mesti anggap plan aku ni gila tapi aku sedar dengan apa yang aku buat sekarang ni. Kau cuma perlu percayakan aku dan Danish je." jawab Nurul dengan selamba. Dia membuat muka tidak bersalah bila melihat wajah serius Azrul. Dia juga tahu apa yang terbaik untuk hubungannya dengan Danish.

          "Haih nasib baik sekarang ni Nisha tak ada kat sini dan dia tengah pergi bercuti dekat Langkawi. Kalau tak, boleh jadi perang dunia keempat." Untung sahaja saat ini Nisha sedang bercuti dan tidak ada di sini ketika Nurul sudah pulang dari New Zealand.

         "Ouh dia kat Langkawi ke?" Nurul menyoal sambil memandang wajah suaminya. Lelaki itu mengangguk kepala menjawab soalannya.

         "Kenapa abang tak ikut dia pergi bercuti sekali? Dia kan cinta hati abang." Hampir tercekik Danish mendengar soalan isterinya. Dia tak jangka akan dapat soalan seperti itu. Azrul juga hampir tersedak mendengarnya. Dia memandang wajah Danish.

Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now