Bab 51

842 23 2
                                    

      Jari jemarinya masih diramas oleh tangan kasar itu. Sesekali matanya menyinggah melihat berpusu-pusu manusia menuju ke tempat masing-masing dan telinganya dihujani dengan bunyi pengumuman di KLIA. Dia menundukkan kepalanya melihat tangannya masih digenggam oleh lelaki itu.

      Nurul tahu suaminya pasti berat hati mahu melepaskan dia pergi. Tapi dia sudah berjanji pada suaminya yang dia akan sentiasa menjaga dirinya di sana. Dia juga tidak sanggup mahu berjauhan dari suaminya tetapi dia juga mahu mencapai cita-citanya.

     "Muhammad Danish Rayyan..." Nurul cuba mengambil perhatian suaminya dengan memanggil nama lelaki itu. Sedari tadi, wajah itu asyik menunduk ke bawah dan hanya memegang tangannya.

     Tak tahu la apa yang menarik sangat dekat bawah tu sampai mukanya pun tak mahu dipandang. Danish masih pandang ke bawah walaupun dia dengar isterinya memanggil namanya.

     "Hey abang...look at me." Nurul menarik wajah itu memandang ke atas. Dia hampir tergamam melihat air mata yang bergenangan di wajah suaminya. Tak sangka lelaki itu akan berasa sedih seperti ini.

      "Abang janganlah nangis. Tak macho la suami Nurul ni kalau abang menangis macam ni." Nurul ketawa perlahan melihat wajah cemberut suaminya. Dia cuba ceriakan suasana walaupun hatinya juga berat mahu meninggalkan lelaki itu.

      "Sayang ni kan...mana ada abang nangis. Ada habuk ni ha masuk dalam mata abang tadi. Kacau la habuk tu...masa ni juga la dia nak datang hinggap kat mata abang." Danish cuba menenangkan dirinya dari terus rasa sedih.

      Dia mengesat air matanya dan cuba berlagak seperti tiada apa-apa. Dia masih merenung wajah di depan matanya. Entah sampai bila dia dapat menahan rasa rindu selama 3 tahun ini?

      "Abang janganlah tengok Nurul macam tu. Nurul segan la." Mukanya hampir bertukar merah bila dia sedar ada mata-mata yang memerhati mereka.

      "Biarlah kalau diorang pandang pun. Mata abang so suka hati la abang nak pandang Nurul macam mana pun." Danish memegang wajah isterinya dan merenung wajah itu sepuas hati.

      "Ish abang jangan macam-macam eh. Tu family kita tengah tengok tu. Nurul segan dengan diorang." Nurul masih mencuba meleraikan pegangan suaminya di wajahnya.

      Danish menoleh ke belakang dan hanya mampu tersengih melihat wajah keluarganya. Dia menurunkan tangannya dan menyembunyikan tangannya di belakang badan.

       "Ibu tahu Rayyan sayangkan Nurul tapi janganlah buat anak ibu macam tu. Kesian dia sampai merah dah muka." Puan Norlia menggeleng kepala dan hanya tersenyum melihat tingkah menantunya.

       "Hehehe sorry ibu. Anak ibu ni comel sangat sampai Rayyan rasa nak cubit je pipi dia." Nurul menjeling tajam apabila mendengar ayat lelaki itu. Amboi suka hati dia je nak cubit pipi orang...ingat pipi dia ni pau ke sampai nak cubit sesuka hati.

        "Kalau ya pun janganlah cubit pipi dia. Habis dah tak comel menantu kesayangan mama ni." Puan Rohani mengusap perlahan pipi Nurul. Dia berasa sangat bersyukur apabila gadis itu menjadi menantunya.

        Nurul tersenyum mendengar kata ibu mertuanya. Dia tidak sangka dapat memiliki kasih sayang dari keluarga suaminya setelah lelaki itu berbaik dengan mama dan papanya.

       "Amboi mama, mentang-mentang dah ada menantu perempuan terus lupa dekat anak sendiri ek." Danish mencebik geram melihat keakraban Puan Rohani dan Nurul tapi dia berasa gembira kerana akhirnya dia bersatu semula dengan mamanya.

       "Eh mestilah...selama ni mama ada dua je anak lelaki so bila ada anak perempuan ni, mama teringin juga nak bermanja." Puan Rohani mengusap tangan menantunya. Nurul berasa senang dengan perbuatan wanita itu.

Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now