"Kau serius la, dik? Betul ke apa yang abang dengar ni?" Raykal hampir terkejut mendengar berita dari Danish. Dia cuba mencari kepastian.
"Betullah, bang. Takkan Rayyan nak tipu benda macam ni." Danish cuba menyakinkan abangnya. Dia tidak akan main-main dengan perkara seperti ini.
"Tak sangka adik abang ni nak dapat anak kembar." soal Raykal yang masih tidak percaya. Tetapi dia turut rasa gembira mendengar berita baik dari adiknya.
"Alhamdulillah rezeki kami, bang. Rayyan pun tak sangka yang Rayyan dan Nurul akan dapat anak kembar." Danish melihat Nurul di sebelahnya dan memegang erat tangan isterinya.
Nurul juga membalas genggaman tangan Danish. Dia mengukir senyuman kepada suaminya.
"Kak Madina doakan semoga Nurul dan anak-anak sentiasa sihat dan semoga persalinan Nurul nanti dipermudahkan." ucap Madinatul dengan rasa gembira. Dia juga turut teruja mendengar berita gembira itu.
"Terima kasih, kak Madina. Nurul pun harap semoga semuanya dipermudahkan nanti." Nurul memandang wajah kakak iparnya.
Danish yang mendengar perbualan isteri dan kakak iparnya hanya tersenyum gembira. Dia berasa sangat bahagia dapat melihat senyuman gembira isterinya. Danish mengalihkan pandangannya dan berasa hairan melihat renungan Raykal. Dia mengangkat kening kepada lelaki itu.
"Tak boleh jadi ni." Raykal menahan rasa geram melihat adiknya. Sakit pula hati bila memandang senyuman lelaki itu. Dia merengus perlahan.
"Abang dah kenapa? Apa yang tak boleh jadi?" Madinatul berasa hairan melihat suaminya seperti kelihatan tidak puas hati. Nurul juga turut berasa hairan melihat sikap abang iparnya.
"Cinta, nampaknya kita kena usaha lebih ni. Kalau Rayyan boleh dapat anak kembar, takkan kita tak boleh." ujar Raykal yang masih tidak puas hati. Madinatul dan Nurul sama-sama terkejut mendengar ayat yang keluar dari mulut lelaki itu. Manakala Danish pula hanya senyum mengejek.
"Goodluck, abangku. Pastikan abang bagi Rayyan tiga anak buah terus." Danish mengukir senyuman jahat. Nurul menepuk dahi mendengar ayat suaminya. Lelaki itu tak pernah tak selamba bila bercakap. Madinatul dapat merasakan wajahnya berbahang saat ini.
"Bukan setakat tiga, sepuluh pun abang boleh bagi." Sekali lagi kedua-dua wanita itu hampir tersedak. Masing-masing cuba menahan rasa malu.
Danish pula hanya ketawa mendengar jawapan selamba abangnya. Dia sengaja mahu mengusik lelaki itu tapi dia tidak sangka yang Raykal juga akan masuk air sekali.
"Korang berdua ni kan. Abang boleh tak jangan cakap benda yang bukan-bukan?" Nurul cuba menahan sabar. Dia mengerling tajam.
"Ala sayang. Kami berdua memang suka bergurau macam tu. Sayang janganlah marah." Danish mencuit Nurul. Dia tersengih dan membuat wajah tidak bersalah.
"Banyaklah abang punya bergurau." Nurul memutar matanya. Ada sahaja jawapan yang keluar dari mulut lelaki itu.
"Abang pun sama. Jangan nak bergurau macam tu lagi." Madinatul turut menjeling tajam pada suaminya.
"Bukan selalu abang nak bergurau manja dengan Rayyan. Lagipun kami berdua dah jarang berjumpa." Raykal juga ikut tersengih dan membuat gaya peace.
Nurul dan Madinatul hanya mampu diam kerana mereka tahu ianya hanya sekadar janji. Kata-kata dari mereka memang tidak boleh dipercayai.
"Nurul, jom ikut akak. Kak Madina nak bawa Nurul ke suatu tempat." Madinatul segera bangun dan mengajak adik iparnya.
"Kita nak pergi mana, kak?" Walaupun Nurul tertanya-tanya tapi dia turut bangun.
"Adalah. Mana boleh akak bagitahu." Madinatul sengaja tidak mahu menjawab dan hanya mengukir senyuman. Nurul tidak bertanya lagi bila kakak iparnya masih tidak mahu memberitahu.
"Rayyan, akak pinjam Nurul sekejap ye. Akak janji tak lama." Madinatul memegang tangan Nurul sambil melihat wajah Danish.
"Boleh, kak. Janji isteri Rayyan pulang dengan selamat." Danish menunjuk tanda ok. Dia tidak kisah jika Nurul mahu meluangkan masa dengan Madinatul.
"Ok jom, Nurul. Akak dah tak sabar ni." Madinatul terus menarik tangan Nurul dan membawanya pergi.
"Amboi tak sabar betul. Nak salam tangan suami pun sampai tak sedar." Raykal menggeleng kepala melihat isterinya. Nampak teruja betul wanita itu. Danish hanya ketawa.
"Biasalah, bang. Kak Madina mesti nak bawa Nurul pergi beli barang baby. Kita bagi la diorang spend time berdua." Danish melihat jam tangannya. Raykal segera memandang adiknya apabila dia teringat tentang sesuatu.
"Alang-alang kita tengah berdua ni, abang nak tanya sesuatu." Raykal mula membuat wajah serius. Danish segera mengangkat wajahnya.
"Abang nak tanya apa?" Danish mengangkat kening. Hatinya mula berasa berdebar-debar.
"Kau dengan Nurul ok je kan?" soal Raykal dengan nada serius. Danish meneguk air liur melihat wajah serius abangnya.
"Rayyan dengan Nurul ok je. Kami takde masalah apa-apa. Kenapa abang tanya macam tu?" Danish masih berasa gementar.
"Abang saja tanya. Kalau betul korang tak bergaduh, alhamdulillah. Abang harap korang akan kekal bahagia sampai bila-bila." Raykal mengukir senyuman apabila dia berasa lega mendengar jawapan adiknya.
"Amin. Terima kasih, bang. Insya Allah Rayyan tak akan sia-siakan Nurul. Rayyan cintakan isteri Rayyan." ujar Danish dengan serius.
Raykal menepuk bahu Danish. Dia bangga dengan lelaki itu. Dia juga berharap semoga hubungan mereka berdua akan kekal hingga ke jannah.
Sorry for the late update 😔idea tak berapa nak ada dan minta maaf sangat2 tau🙏🏻hope korang enjoy baca walaupun chapter kali ni agak simple
Yang mana baru baca cerita ni saya nak ucap terima kasih ❤️ Saya minta maaf kalau cerita saya ni ada banyak kekurangan tapi harap korang suka.
YOU ARE READING
Mrs. Danish Rayyan (C)
RomanceDua sahabat baik yang selalu bersama sejak dari kecil lagi, itulah Danish Rayyan dan Nurul Nafisa. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, mereka sering bersama sehingga orang menyangka mereka bercinta walhal mereka hanya berkawan sahaja...