Bab 5

1.7K 44 0
                                    

          Azrul ketawa tidak berhenti-henti apabila mendengar cerita dari Danish. Di rumah, dia terus bersiap apabila mendapat panggilan dari kawannya. Dan apabila dia sampai sini, dia melihat wajah sahabatnya itu masam.

          "Apa yang kelakar sangat, bro? Aku rasa aku tak buat lawak pun." Danish berasa sakit hati pula bila melihat lelaki itu tidak berhenti ketawa dari tadi. Dia yakin yang dia tidak membuat lawak pun dalam ceritanya.

          "Kaulah yang lawak. First time, aku nampak kau ni romantik sikit dengan perempuan. Kalau tak, kau ni jenis yang tak suka romantik. Waktu kau bercinta dengan Nisha, kau tak pernah macam tu. Apa yang membuatkan kau terfikir untuk buat macam tu?" Azrul terus menghirup air sambil melihat wajah sahabatnya. Dia tahu lelaki itu jenis yang tidak suka romantik.

           "Entahlah, Rul. Aku pun tak tahu apa yang aku buat tadi. Tiba-tiba, aku rasa aku nak suap dia makan. Ia di luar kawalan aku, bro." Danish juga berasa hairan terhadap dirinya. Buat masa ni, hanya Azrul sahaja yang tahu perkahwinan dia dan Nurul. Dia tidak mahu menghebohkan hal ini di sekolah. Nasibnya baik apabila gadis itu juga bersetuju dengan cadangannya.

          "Wei Danish, kau rasa Nisha balik sini tak? Kau rasa dia cari kau tak?" Azrul cuba menduga perasaan sahabatnya. Dia tahu sahabatnya itu masih marah kepada Nisha. Siapa yang tak boleh lupa bila orang yang kita cinta tinggalkan kita pada hari bahagia.

          "Kenapa kau tanya soalan tu, Rul? Kau taukan aku tak suka kau tanya pasal dia. Aku nak kau jangan sebut nama dia depan aku." Danish memberi amaran keras kepada lelaki itu. Dia tidak suka jika sesiapa yang menyebut nama gadis itu.

         "Ok, aku tak sebut dah nama dia depan kau. Aku janji ini kali terakhir aku sebut nama dia." Azrul terus mengangkat kedua-dua tangannya tanda dia berjanji tidak akan menyebut nama gadis itu di depan sahabatnya.

        "Aku minta maaf Rul sebab tinggikan suara kat kau. Aku tak suka dengar nama tu. Aku tak nak ada orang sebut lagi nama dia. Aku balik dululah Rul...aku kesian bini aku kat rumah tu." Danish terus bangun dan meninggalkan sahabatnya yang termangu-mangu.

         Azrul pula hanya mengeluh melihat sikap sahabatnya yang tidak mahu mendengar kata orang.

TBC

Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now