Sedari tadi wajah wanita itu cemberut sepanjang perjalanan. Mulutnya juga tidak berhenti berceloteh. Walaupun mulut itu merungut tetapi makanan tidak akan dilupakan. Danish ketawa kerana berasa lucu melihat perangai isterinya. Sempat juga la tadi mereka singgah gerai burger tepi jalan kerana isterinya memgidam ingin makan burger.
Nurul menjeling tajam melihat suaminya ketawa. Amboi seronok betul dia gelak dekat kita. Salah ke kalau dia nak makan sekarang ni? Dia makan pun untuk anak mereka juga.
"Sayang ni. Kalau ya pun seronok makan, janganlah sampai comot mulut tu." Danish mengelap sisa sos di bibir isterinya menggunakan jarinya sebelum dia menjilat jarinya sendiri. Ermm sedap juga rasa sos burger ni.
Hampir terbeliak biji mata Nurul melihat tindakan selamba suaminya. Haih sejak dia mengandung ni makin menjadi-jadi perangai Danish. Lelaki itu selamba mengelap sisa sos di bibirnya dan membuat gaya seolah-olah tiada apa-apa berlaku.
Danish melihat Nurul di sebelahnya dan mengangkat kening tanda mengapa apabila isterinya itu hanya diam sahaja. Nurul hanya menggeleng dan dia tidak marah pun dengan apa yang lelaki itu buat kepadanya. Lagipun Danish masih suaminya yang sah.
"Kita nak pergi mana sebenarnya? Bukan ke kita nak balik rumah abang?" soal Nurul dengan penuh rasa hairan bila suaminya membawa kereta ke arah lain.
"Rumah kita, sayang." Sempat Danish membetulkan ayat isterinya sebelum dia melihat semula wajah Nurul. Matanya sempat melihat lokasi yang baru dihantar oleh Azrul.
"Abang nak bawa Nurul ke satu tempat. Ada orang nak jumpa kita berdua." ujar Danish dengan tenang. Nurul yang mendengar jawapan suaminya berkerut kehairanan sambil menggigit burger dagingnya.
"Siapa yang nak jumpa kita?" soal Nurul sambil menyambung semula menikmati makanannya. Rasa rugi pula beli satu burger tadi. Dia tidak rasa puas bila makanan itu hampir habis.
"Sayang akan tahu juga nanti. Apa Kata sayang fokus je makan burger tu." Danish mengambil tisu dan mengelap sisa sos yang tercalit pada hidung isterinya. Terhenti kunyahan Nurul bila suaminya melakukan hal yang mengejutkan. Untung sahaja jantung dia tak berhenti berdegup tadi.
Danish ketawa lagi melihat isterinya tergamam. Matanya sempat menangkap wajah malu isterinya. Dia sambung semula membawa keretanya.
Akhirnya mereka berdua sudah sampai di tempat yang dijanjikan oleh dia dengan Azrul. Ada sesuatu yang dia mahu berbincang dengan lelaki itu soal gambar yang dia terima tadi.
Belum sempat Nurul mahu membuka pintunya, tiba-tiba Danish meluru keluar dan berjalan ke arahnya. Dia berasa hairan apabila suaminya tidak membenarkannya membuka pintu.
Danish membuka pintu dan tanpa membuang masa, dia terus mendukung isterinya. Nurul hampir menjerit akibat terkejut dengan tindakan suaminya.
"Abang! Nurul boleh jalan la. Nurul bukannya sakit kaki sampai tak boleh nak berjalan sendiri." Nurul memukul dada suaminya berkali-kali meminta lelaki itu melepaskannya. Dia berasa malu apabila mereka menjadi tumpuan orang ramai.
Danish menghiraukan kata-kata Nurul dan terus berjalan. Lagipun apa salahnya dukung isteri sendiri? Bukannya dia dukung isteri orang sampai mahu jadi tumpuan semua orang.
Mata Azrul memutar ke atas bila melihat Danish dukung badan isterinya. Ramai mata yang melihat kemesraan pasangan itu dan Danish hanya menghiraukannya. Mentang-mentang dah kahwin makin berlagak ye.
Danish meletakkan isterinya di kerusi dan dia turut duduk di sebelah. Wajahnya hanya menunjuk selamba dan itu membuatkan Azrul sakit hati. Macam la dia sorang je yang ada bini.
YOU ARE READING
Mrs. Danish Rayyan (C)
RomanceDua sahabat baik yang selalu bersama sejak dari kecil lagi, itulah Danish Rayyan dan Nurul Nafisa. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, mereka sering bersama sehingga orang menyangka mereka bercinta walhal mereka hanya berkawan sahaja...