Bab 8

1.6K 41 0
                                    

           "Kau ok tak, Nisha? Kau bukalah pintu ni. Kau janganlah buat aku risau." Sudah berkali-kali Wina mengetuk pintu tetapi gadis itu tetap tidak mahu membukanya. Sejak kes dia beritahu pasal Danish, gadis itu terus mengunci diri di dalam bilik. Dia tahu tidak sepatutnya dia beritahu hal itu kepada Nisha tetapi dia terpaksa juga memberitahu.

           Setelah berkali-kali dia mengetuk pintu, akhirnya pintu dibuka dari dalam. "Kau nak apa, Wina? Aku tak nak dikacau. Aku nak bersendirian." Dia malas mahu melayan sesiapa buat masa ni. Nisha juga tidak mahu berbincang dengan sesiapa.

         "Kau janganlah macam ni, Nisha. Kau jangan buat aku risau. Aku rasa better kau lupakan dia. Lagipun dia dah hidup bahagia dengan isteri dia." Wina cuba untuk tenteramkan hati gadis itu. Dia tahu gadis itu tengah marah sekarang.

           "Macam mana kau tahu yang diorang tengah happy sekarang? Aku yakin yang Danish tak happy dengan perempuan tu. Dia bukannya ada hati pun kat perempuan gila tu. Dan aku yakin yang Danish masih sayang kat aku." Nisha yakin lelaki itu masih sayang padanya. Sudah 3 tahun mereka bercinta, tidak mudah lelaki itu melupakannya.

            "Kau yakin ke, Nisha? Dah setahun diorang kahwin...takkan perasaan suka tu tak muncul. Aku yakin dia memang tengah happy sekarang ni." Wina mahu menyedarkan sahabatnya itu. Dia tidak mahu sahabatnya menjadi perosak rumah tangga orang.

             "Apa ni, Wina? Kau sepatutnya support aku bukannya halang aku. Perempuan tu dah rampas Danish dari aku. Aku tak boleh terima yang tu, Wina." Memang nampak cahaya kebencian di matanya membuatkan Wina berasa takut.

             "Aku bukannya tak support kau tapi aku tak sukalah apa yang kau buat ni. Nurul tak salah pun dalam hal ni. Malah dia tak nak pun kahwin dengan Danish tapi dia terpaksa, Nisha. Kau yang tinggalkan Danish dan tiada siapa pun yang rampas Danish dari kau."
    
           Wina berharap dengan nasihatnya itu mampu melegakan hati Nisha. Tetapi sangkaannya meleset bila melihat wajah gadis itu semakin merah.

            "Wina, kau ni sahabat aku tau. Kalau kau sayang aku sepatutnya kau support aku bukannya bagi nasihat merapu macam ni." Nisha terus menghempas pintu tepat pada muka Wina. Wina pula berasa sedih melihat sikap kawannya.

             "Aku sayang kau, Nisha. Sebab tu aku tak nak kau buat hal bodoh. Dan sebab tu juga aku tak nak kau dianggap perosak rumah tangga orang." Wina menangis teresak-esak membayangkan nasib gadis itu. Dan disebabkan hal itu jugalah dia terpaksa melakukan sesuatu walau apapun caranya.

TBC

Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now