Bab 34

941 30 0
                                    

          "Nisha, kita nak pergi mana ni? Kenapa aku tak tahu pun pasal tempat ni? Kita nak pergi rumah siapa sebenarnya?" Wina melihat jalan yang sedang mereka lalui sekarang ini. Ini kali pertama dia melihat jalan ini.

       Dia melihat Nisha sedang fokus memandu kereta. Dari tadi sahabatnya itu hanya mendiamkan diri. Wina masih tertanya-tanya dari semalam ke mana gadis itu mahu pergi.

       "Nisha, aku tanya kau ni. Kau jawab la soalan aku." Wina hampir hilang sabar apabila soalannya tidak dijawab oleh gadis itu. Cukuplah dia menahan sabar dari semalam.

       "Nanti kau akan tahu juga tempat yang kita nak pergi. Sekarang ni aku nak kau duduk diam-diam. Jangan kacau aku. Aku tengah fokus bawa kereta ni."

        Nisha mengabaikan soalan Wina dan cuba menumpukan sepenuh perhatian terhadap pemanduannya. Dia sengaja tidak mahu menjawab soalan Wina dan hanya membiarkan gadis itu tertanya-tanya.

         Wina mendiamkan diri dan memberikan ruang kepada Nisha untuk fokus memandu. Dia tahu walau banyak soalan yang dia tanya pasti gadis itu tidak akan menjawab dan mengelak.

        Tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati apabila mereka sudah sampai di taman perumahan. Wina berasa hairan dan melihat sekeliling tempat itu.

        "Nisha, kau pergi rumah siapa ni? Sebenarnya kita buat apa datang ke sini?" Wina masih melihat taman perumahan itu sebelum dia memandang ke arah Nisha.

       "Kau jangan risau, Wina. Aku datang sini tak buat kacau pun. Aku baru je ingat yang aku ada alamat rumah perempuan tu. Dan aku yakin Danish mesti tinggal kat sini dengan perempuan perampas tu."

       Nisha merenung sepuas-puasnya rumah perempuan yang telah merampas Danish darinya. Dia dan Danish sudah lama bercinta dan sekarang perempuan itu dengan semudahnya merampas Danish dari dia.

       Wina hanya mampu menelan air liur melihat wajah serius Nisha. Dia tahu gadis itu masih berdendam dengan Nurul kerana telah merampas Danish dari dia tapi ianya bukan salah Nurul benda ini berlaku.

       Tiba-tiba senyuman Nisha menjadi lebar melihat lelaki yang dicintainya keluar rumah. Kalau diikutkan rasa rindunya yang membuak-buak, ingin sahaja dia keluar dari kereta dan memeluk lelaki itu bagi melepaskan rasa rindu.

       Tetapi dia terpaksa tahan niatnya itu kerana tidak mahu lelaki itu terkejut dengan kehadirannya secara tiba-tiba. Nisha hanya mampu melihat Danish dari dalam kereta.

      Tiba-tiba senyumannya mati bila melihat perempuan yang dibencinya itu sedang mendekati kekasihnya. Dia hanya mampu menyimpan rasa geram dan sakit hati melihat perempuan itu sedang bermesra dengan Danish.

       Wina pula berasa gembira melihat kemesraan pasangan suami isteri itu. Dia dapat merasakan kedua-duanya serasi seperti pinang di belah dua.

       Tiba-tiba dia berasa terkejut apabila sahabatnya itu membawa kereta secara laju. Wina tahu gadis itu pasti berasa sakit hati melihat kemesraan antara Nurul dengan Danish.

        "Nisha, kau dah kenapa ni? Istighfar Nisha...ingat Allah." Jantungnya hampir berhenti berdegup bila sahabatnya itu membawa kereta dengan semakin laju.

        "Kau diam, Wina! Aku tengah stres dan sakit hati ni. Kau tak faham apa yang aku rasa." Nisha cuba tenteramkan hatinya yang panas. Hatinya berasa sakit melihat Danish melayan Nurul dengan mesra.

        Dia seperti tidak percaya jika lelaki itu telah beralih cinta darinya. Cinta Danish hanya untuknya dan dia bersumpah dia akan merosakkan rumah tangga mereka.

        "Nisha, aku minta sangat kat kau. Kau tolonglah kawal perasaan cemburu kau tu. Aku tak nak kita berdua accident. Tolonglah Nisha. Aku minta maaf dan ye aku faham perasaan kau."

       Wina beristighfar banyak kali di dalam hatinya. Dia masih belum bersedia untuk mati kerana masih banyak benda yang dia belum capai terutamanya pasal kahwin. Dia mahu hidup bahagia bersama suaminya.

       Nisha hanya mendiamkan diri mendengar kata Wina. Dia cuba memperlahankan pemanduannya dan membawa keretanya tanpa hala tuju.

       Otaknya berasa kosong dan hatinya sukar mahu percaya dengan apa yang dilihatnya tadi. Dia yakin dan sangat pasti bahawa lelaki itu masih cintakannya.

      Nisha tahu pasti ini angkara Nurul yang telah mensihirkan lelaki itu sampai sanggup melupakannya. Api dendamnya makin membara dan pelbagai rancangan yang sudah difikirkan dalam otaknya.

      

      

Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now