Setelah Nurul selesai mengemas rumah, dia terus keluar untuk mengambil surat yang baru dihantar oleh posmen tadi. Dia melihat satu persatu dan tiba-tiba dia melihat ada namanya pada salah satu surat itu.
Hatinya berasa berdebar-debar mahu membaca isi kandungan surat tersebut. Nurul menarik nafas perlahan-lahan dan menghembus.
Dia membaca dan dia berasa tergamam melihat isi dalam surat itu. Hatinya berasa gembira apabila dia mendapat tawaran untuk sambung belajar.
Nurul terus menyimpan surat itu dan mengambil telefon untuk menghantar mesej kepada Danish.
'Abang dekat mana? Abang boleh balik awal sikit tak sebab Nurul ada sesuatu nak bagitahu abang.'
Setelah menghantar mesej kepada suaminya, Nurul terus menuju ke arah dapur dan melihat jika ada bahan yang boleh dimasak.
Apabila dia membuka peti ais, Nurul mengeluh apabila melihat banyak bahan masak yang sudah habis. Nampaknya terpaksa la dia membeli barang dapur.
"Takkan aku nak kena pergi sorang-sorang kot beli barang dapur? Banyak juga yang nak kena beli ni. Nak ajak Najjah teman tapi dia masih merajuk dengan aku."
Nurul membebel seorang diri dan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Jenuh dia memikirkan soal hidupnya yang seperti soalan kbat.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi ketika dia masih runsing. Nurul mengambil telefonnya dan dia tersenyum gembira apabila ibunya menelefon.
"Waalaikumsalam ibu. Kenapa ibu telefon Nurul? Ok, Nurul pergi rumah ibu sekarang. Nanti Nurul bagitahu dekat abang Danish. Bye ibu, assalamualaikum."
Nurul terus menutup panggilan dan naik ke atas untuk terus bersiap. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan ibunya sejak dia pindah ke rumah baru.
Nampaknya dia harus pergi ke rumah ibunya dahulu sebelum membeli barang dapur. Dia tidak sabar mahu berkongsi berita baik tersebut kepada orang tuanya. Pasti mereka juga akan gembira sepertinya.
Nurul sempat menghantar mesej kepada Danish sebelum dia menukar baju untuk bersiap.
Kali ni kita update dua chapter sebab dah lama tak update kan🥺 sebelum tu kita nak minta maaf sangat2 kalau chapter kali ni pendek...kita cuba update walaupun idea kurang🥲 sorry sangat2 sebab buat korang tertunggu tunggu dan sorry sangat2 kalau chapter kali ni tak memuaskan.
Kita cuba nak sambung cerita Danish Rayyan ni walaupun pernah terfikir nak stop kejap sebab isu pasal toxic readers ni tapi kita gigih jugak untuk siapkan. Sekali lagi kita minta maaf ye dan selamat hari raya semua ❤️
YOU ARE READING
Mrs. Danish Rayyan (C)
RomanceDua sahabat baik yang selalu bersama sejak dari kecil lagi, itulah Danish Rayyan dan Nurul Nafisa. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, mereka sering bersama sehingga orang menyangka mereka bercinta walhal mereka hanya berkawan sahaja...