"Madina!! Mana makanan dan minuman aku? Aku nak minum ni." Madinatul terus menyediakan makanan setelah terdengar jeritan ibunya. Dia tidak tahu mengapa ibunya kelihatan sangat marah hari ini.
Madinatul membawa makanan ke bilik ibunya. Kelibat ayahnya tidak kelihatan. Mungkin ayahnya berada di luar rumah. "Madinatul Aisyah!!" Dia terus bergegas ke bilik ibunya apabila mendengar jeritan wanita itu.
"Err nah ibu. Madina letak sini ye. Kalau ibu nak apa-apa, ibu panggil Madina." Baru sahaja kakinya mahu melangkah, tiba-tiba dia mendengar suara ibunya memanggil namanya.
"Err...kenapa ibu? Ada yang tak cukup ke? Kalau ada yang tak cukup, Madina boleh tambah." Hilang sedikit rasa ketakutannya apabila melihat raut wajah ibunya tidak serius seperti tadi.
"Mari sini duduk sebelah ibu. Ada benda yang ibu nak bincang dengan Madina." Puan Khadijah menepuk perlahan tilamnya dan memberi ruang untuk anaknya duduk.
"Ibu nak cakap pasal apa? Pasal Mariana ke?" Hati Madinatul berasa berdebar-debar bila melihat wajah serius ibunya. Dia duduk perlahan-lahan di sebelah Puan Khadijah.
"Ibu bukan nak cakap pasal Mariana tapi ibu nak cakap pasal Madina." Air muka Madinatul terus berubah Sebaik sahaja ibunya menyebut namanya. Nampaknya dia seperti tahu apa yang ingin dibincangkan oleh wanita itu.
"Ibu nak bincang pasal apa? Macam serius je Madina tengok." Dia cuba menenteramkan hatinya yang asyik gelisah dari tadi. Madinatul menggenggam tangannya erat-erat bagi menenangkan dirinya.
"Ibu nak tanya, betul ke Madina putuskan pertunangan ni?" Puan Khadijah merenung ke dalam mata anaknya sehingga membuatkan Madina berasa tidak selesa.
"Ibu tahu dari mana?" Madinatul terus melarikan anak matanya ke arah lain. Dia tidak sanggup bertentang mata dengan ibunya. Madinatul berasa serba salah dengan Puan Khadijah.
"Ibu tahu dari keluarga Sufian sebab ibu baru je jumpa keluarga dia petang tadi. Ibu nak tahu kenapa Madina putuskan pertunangan ni?" Puan Khadijah berasa sedih dan hampa kerana anaknya sanggup memutuskan pertunangan.
"Ibu, Madina tak berniat pun nak putuskan pertunangan ni tapi Madina ada sebab kenapa Madina buat macam tu." Madinatul mengambil dan menggenggam tangan ibunya.
"Petang tadi Sufian kata kat ibu yang Madina nak sangat pertunangan ni putus. Jadi ibu nak dengar dari mulut Madina sendiri sebab ibu tak mahu dengar dari satu pihak je. Ibu percayakan Madina dan ibu harap apa pun jawapan Madina, betul-betul yang terbaik untuk Madina."
Puan Khadijah tersenyum memandang wajah anaknya yang seiras dengan wajah suaminya. "Ibu, sebenarnya Madina tak ada perasaan kat Sufian dan Sufian pun macam tu juga. Lagipun Sufian tu orang yang tak setia. Madina tak suka lelaki yang tak setia."
"Madina, perasaan suka tu boleh dipupuk lepas kahwin. Kalau Sufian jenis yang tak setia, Madina boleh ubah dia jadi seorang yang setia. Ibu yakin yang anak ibu boleh buat."
Puan Khadijah tahu anaknya itu tidak suka dengan pilihannya. Tapi dia mahu yang terbaik untuk gadis itu. "Ibu, tak boleh ke kalau Madina pilih jodoh Madina sendiri? Madina teringin nak kahwin dengan orang yang Madina cinta."
Puan Khadijah hanya tersenyum memandang anaknya. Dia tahu gadis itu mahu berkahwin dengan pilihannya sendiri dan dia hanya mampu mendoakan kebahagiaan untuk anaknya.
YOU ARE READING
Mrs. Danish Rayyan (C)
RomanceDua sahabat baik yang selalu bersama sejak dari kecil lagi, itulah Danish Rayyan dan Nurul Nafisa. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, mereka sering bersama sehingga orang menyangka mereka bercinta walhal mereka hanya berkawan sahaja...