Bab 43

852 21 2
                                    

       Madinatul terus pulang ke rumah setelah dia selesai menyiapkan kerjanya. Sebaik sahaja dia membuka kasutnya, tiba-tiba Mariana membuka pintu.

       "Kau dah kenapa, Maria? Muka kau nampak happy je hari ni?" Madinatul berasa hairan melihat wajah gembira adiknya.

       "Aku tak sangka la, kak. Masih ada orang suka dekat kau. Hairan betul aku." Mariana menggeleng kepala sambil ketawa.

       "Kau cakap apa ni, dik? Aku tak fahamlah maksud kau." Madinatul benar-benar berasa hairan melihat adiknya masih ketawa.

       "Kau tak faham maksud aku? Kalau kau tak faham, kau boleh masuk ke dalam dan kau tengok sendiri." Mariana tersenyum sinis melihat kakaknya. Dia berasa terkejut apabila masih ada orang yang suka kepada kakaknya.

       Madinatul terus masuk ke dalam rumah untuk memastikan kata adiknya. Dia berasa terkejut melihat ramai orang di ruang tamu. Dia berdiri terpegun di situ.

      "Madina dah balik pun. Mari ke sini sayang...kita ada tetamu ni." Puan Khadijah menggamit anaknya ke mari.

      "Ibu, siapa mereka ni? Kenapa mereka datang ke sini?" Madinatul menghampiri ibunya. Dia cuba menenangkan hatinya.

       "Mereka semua ni ahli keluarga Asyraf. Madina ingat lagi tak Asyraf? Asyraf tu kawan Madina masa kecil." Kata Puan Khadijah dengan nada gembira.

       Madinatul memandang wajah ibunya yang tersenyum gembira. Tidak sampai hati pula dia mahu kecewakan hati wanita itu.

       "Ibu, Madina tak faham. Apa kena mengena dengan mereka semua dan Asyraf?" Madinatul dapat merasakan sesuatu yang dia tidak suka.

       "Mereka datang sini untuk masuk meminang Madina. Ibu suka sangat dengan Asyraf tu. Ibu harap Madina terima ye pinangan keluarga dia." Puan Khadijah memegang tangan dan memandang wajah anaknya.

       "Ayah pun nak Madina terima pinangan dia. Jangan tolak ye, sayang." Encik Shamsul turut memandang wajah Madinatul.

       "Ibu, ayah, boleh tak bagi Madina masa untuk fikir sebab ini untuk masa depan Madina." Madinatul memandang wajah orang tuanya.

       "Boleh sayang, nanti kami beritahu keluarga dia. Tapi kalau Madina nak cakap dengan Asyraf, dia ada je kat luar." Madinatul terus menoleh ke belakang dan melihat seorang lelaki sedang bermain dengan telefonnya.

       "Ibu, Madina nak jumpa Asyraf sekejap, boleh tak?" Madinatul harus berbincang dengan lelaki itu dan cuba menyelesaikan semuanya.

       "Boleh, sayang. Madina bincang elok-elok ye dengan dia." Puan Khadijah memegang wajah anaknya.

        Madinatul mengangguk dan bangun menuju ke tempat Asyraf. Dia menarik nafas dan menghembus perlahan untuk menenangkan dirinya.

        "Assalamualaikum, saya nak cakap sikit dengan awak, boleh tak?" Madinatul duduk jauh sedikit dari lelaki itu.

         "Waalaikumsalam, awak nak cakap apa? Saya sedia mendengar." Asyraf memandang dan tersenyum ke arah Madinatul. Dia teringat kenangan mereka berdua ketika masih kecil.

        "Kenapa awak pilih saya? Sedangkan ramai lagi perempuan kat luar sana nakkan awak." Madinatul melihat setiap inci pada wajah Asyraf. Lelaki itu memang kacak tapi mengapa lelaki itu memilihnya yang tidak seberapa?

        "Saya pilih awak sebab saya cintakan awak, Madina. Dari kita kecil lagi saya dah mula sukakan awak." Memang dari dulu lagi dia menyimpan perasaan terhadap Madinatul tapi waktu itu dia masih berasa ragu-ragu dengan perasaannya sendiri.

       Dan sekarang dia amat yakin yang dia betul-betul cintakan gadis itu. Gadis itu telah lama berada di dalam hatinya.

      "Mustahil, Asyraf. Takkan masa kita kecil awak dah sukakan saya. Atau awak pilih saya sebab awak dipaksa oleh keluarga awak disebabkan mak ayah kita berkawan." Madinatul cuba menidakkan kata-kata lelaki itu.

       Asyraf mengeluh mendengar kata Madinatul. Ternyata gadis itu tidak percaya dengan perasaannya.

       "Awak tak percayakan saya ke, Madina? Perasaan saya pada awak memang jujur dan ikhlas. Macam saya cakap tadi, saya memang cintakan awak." Asyraf cuba memberi penjelasan kepada gadis itu.

        "Saya tak tahu nak cakap apa, Asyraf. Saya masih terkejut dengan semua ni. Tiba-tiba je awak hantar rombongan meminang pada saya." Madinatul memandang ke bawah dan memikirkan tentang permintaan orang tuanya.

       "Saya tahu awak masih terkejut. Saya akan bagi awak masa untuk berfikir. Saya juga tak akan paksa awak untuk terima saya. Saya read kalau awak tak terima saya, Madina." Asyraf memberi senyuman kepada Madinatul.

        "Mak ayah kita macam mana? Mereka pasti akan kecewa." Madinatul berasa risau memikirkan tentang perasaan orang tuanya.

        "Madina, saya tak nak awak terima saya disebabkan orang tua awak. Saya nak awak terima saya dengan ikhlas dan atas kerelaan awak sendiri." Asyraf cuba memberi pujukam kepada gadis itu. Dia tidak mahu Madinatul membuat keputusan dengan terburu-buru.

        Jauh di sudut hati, dia betul-betul menyayangi gadis itu dan hanya Madina yang berjaya memasuki dalam hatinya.

        "Asyraf, boleh tak awak bagi saya masa untuk fikir? Saya janji jawapan saya ni tak akan kecewakan awak." Madinatul memandang wajah Asyraf.

        Asyraf hanya mengangguk mendengar kata Madinatul. "Madina, saya tak nak awak berjanji sebab belum tentu awak dapat menepati janji awak. Tapi saya akan pegang kata-kata awak tu."

       Asyraf terus bangun dan sempat memberikan senyumannya sebelum dia pergi meninggalkan Madinatul yang masih memikirkan tentang pinangannya.

Kita minta maaf sebab dah lama tak update cerita ni🥺 untuk menebus kesalahan hari ni kita double update untuk korang❤️

Insya Allah lepas ni kita akan cuba rajinkan diri untuk update dan terima kasih sangat2 sebab korang masih tunggu update dari kita🥹sayang korang sangat2 🫰🏻

Apa2 pun kita nak wish selamat tahun baru ✨bagus betul author ni...dah nak dekat sebulan baru nak wish🤣 hope korang masih suka cerita ni☺️

Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now