Bab 50

948 23 2
                                    

     "Bagitahu abang cepat, Nisha!!" Suaranya mula naik seoktaf. Hatinya benar-benar tidak sabar mahu tahu. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati.

     Wajah mulus gadis itu direnung dalam. Wajah Raykal bertukar merah kerana dia menahan amarah dalam dirinya. Nisha menelan air liur melihat wajah tegang Raykal. Ini kali pertama dia melihat wajah marah lelaki itu.

    "N-Nurul..." ujar gadis itu perlahan. Nisha menundukkan pandangannya kerana tidak sanggup melihat wajah serius Raykal. Raykal pula terkedu mendengar kata Nisha tadi. Hatinya cuba menidakkan apabila mendengar nama yang disebut oleh gadis itu.

     "Biar betul? Nisha tak tipu abang kan?" soal jejaka itu sekali lagi. Dia perlu mendapatkan kepastian sebelum dia percayakan sesuatu. Matanya masih lagi memandang dalam anak mata gadis itu saat ini.

     "Ya, Nisha tak tipu!! Buat apa Nisha nak tipu abang." Nisha cuba menegaskan suaranya agar lelaki itu mempercayai dengan kata-katanya.

      "Kalau betul Nisha tak tipu, kenapa Nurul ugut Nisha untuk tinggalkan Danish? Setahun abang, Nurul dengan Danish tu dulu kawan baik je dan diorang berdua tak ada perasaan antara satu sama lain." Raykal masih tidak mahu mempercayai kata-kata gadis itu. Dia yakin pasti ada yang tidak kena.

        "Baiklah, Nisha akan cerita semuanya dekat abang. Lepas ni abang nak percaya ke tak, itu terpulang pada abang." Danisha masih memakukan pandangannya kepada Raykal. Nampaknya lelaki itu sudah bersedia mahu mendengar ceritanya.

       "Kalau abang nak tahu, Nurul tu bukannya baik sangat pun. Dia pura-pura nampak baik je depan semua orang. Dia kawan dengan Danish pun sebab dia nak lebih rapat supaya dia boleh sentiasa berasa di sisi Danish. Dan pasal dia sokong hubungan Nisha dengan Danish tu pun semua tipu. Dia bukannya suka pun kami rapat tapi sebab dia taknak Danish jauh dari dia jadi dia terpaksa sokong je bila Danish nak bercinta dengan Nisha. Nisha tahu je pasal dia pura-pura tu tapi Nisha diamkan je sebab Nisha taknak bergaduh dengan Danish.

         Dan masa nak dekat hari perkahwinan tu, Nurul ada call Nisha ajak jumpa. Nisha pun ikutkan je la permintaan Nurul tu sebab dia kawan Danish kan. Bila Nisha dah sampai taman yang dia ajak jumpa, tiba-tiba je Nurul suruh Nisha tinggalkan Danish masa hari pernikahan tu nanti. Tapi Nisha memang tak setuju dengan cadangan dia dan dia cakap dia akan cuba cederakan Danish kalau Nisha tak ikut cakap dia. Disebabkan rasa sayang Nisha pada Danish, Nisha terpaksa buat keputusan untuk tinggalkan Danish dan lari jauh sampai ke Australia demi keselamatan dia. Tapi bila Nisha balik ke sini semula, Nisha tak sangka yang Danish dah kahwin dengan Nurul."

      Nisha mengesat air matanya setelah dia selesai bercerita. Dia melihat sedikit wajah Raykal dan hatinya bersorak gembira melihat wajah sedih lelaki itu. Tak sangka yang lelaki itu mula percaya dengan kata-katanya.

     Raykal terus menghulurkan tisu kepada Nisha. Otaknya cuba menghadam segala cerita Nisha tentang Nurul. Dia yakin Nurul adalah seorang gadis yang baik dan tak mungkin gadis itu akan buat perkara seperti ini.

      "Nisha dah ceritakan semuanya dekat abang dan Nisha tahu ianya tidak mudah untuk abang terima semua ni. Kalau boleh Nisha nak simpan je benda ni tapi bila abang dah tanya tadi, jadi Nisha terpaksa ceritakan semuanya." Nisha membuat muka sedih untuk mendapatkan kepercayaan lelaki itu. Nampaknya Raykal sudah seperti termakan dengan kata-katanya tadi. Dia senyum sinis dalam diam.

      "Baiklah, abang percaya cakap Nisha tapi Nisha taknak ceritakan hal yang sebenarnya dekat Danish ke?" Entah kenapa hatinya masih tidak mahu menerima dengan semua ini. Dia cuba melihat mata itu dan jelas ianya tidak berbohong.

       "Abang rasa Danish masih nak percaya lagi ke dengan cerita Nisha ni? Muka Nisha ni pun dia dah taknak pandang, apatah lagi nak dengar semua penjelasan Nisha." Kali ni air matanya jatuh dengan sendiri memikirkan tentang bekas kekasihnya itu. Waktu kali terakhir mereka berjumpa pun, lelaki itu sudah tidak mahu berjumpa dengannya lagi.

       "Nisha jangan risau...abang akan cuba bincang hal ni berdua dengan Danish. Abang yakin Danish boleh terima dengan penjelasan Nisha ni." Raykal cuba memberi semangat kepada gadis itu melalui senyuman manisnya.

       "Terima kasih abang sebab sudi dengar semua luahan Nisha." Dia membalas senyuman lelaki itu dan hatinya berasa gembira bila rancangannya mula berjalan dengan lancar.

Cerita ni makin lama makin merapu kan🥲saya tak tahu kalau ada yang masih nak sudi baca cerita ni ke tak sebab saya dapat rasa cerita ni makin mengarut...mood menulis pun makin hilang tapi saya cuba jugak untuk update sebab taknak korang tertunggu tunggu 🥹

Saya nak minta maaf kalau cerita ni kurang best...idea pun makin lama makin hilang. Tapi kalau ada yang nak bagi review atau nak bagi pendapat pun boleh, saya terima dengan hati terbuka❤️ mana tahu saya boleh perbaiki lagi penulisan atau jalan cerita ni...tapi korang jangan risau sebab saya akan cuba update walaupun lambat sikit🥺

Terima kasih sangat2 tau sebab korang sudi baca cerita ni dan saya sayang korang yang selalu vote walaupun tak banyak tapi saya hargai sangat2... saranghae 🫰🏻

Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now