Bab 40

1K 29 2
                                    

       Nisha tersenyum melihat kekasihnya yang berada tidak jauh darinya. Dia masih berfikir sama ada dia mahu mendekati lelaki itu atau tidak. Tiba-tiba dia berasa takut bila memikirkan jika lelaki itu mula membencinya.

       Nisha menarik nafas dan cuba memberanikan diri untuk mendekati Danish. Dia berjalan perlahan-lahan kerana tidak mahu lelaki itu menyedari kehadirannya.

        "Hai Danish. Danish apa khabar?" Suaranya bergetar menahan sebak di dada. Jujur dia amat rindu akan lelaki itu yang masih ada di dalam hatinya.

         Pergerakan tangan Danish terhenti apabila mendengar suara itu. Suara yang selalu menjadi igaunnya dahulu. Sudah lama dia tidak mendengar suara yang pernah bertakhta di hatinya itu.

       Danish menoleh ke belakang dan berasa terkejut dengan kehadiran Nisha. Dia tidak sangka dia akan berjumpa dengan gadis itu dalam keadaan sebegini.

       "Ni...Nisha." Danish tergagap-gagap dan tidak mampu mengeluarkan suaranya.

        Nisha mengangguk dan tersenyum melihat wajah terkejut Danish. Dia berasa sangat gembira kerana akhirnya dia dapat melihat lelaki itu secara dekat.

         "Danish apa khabar? Nisha tengok Danish dah makin segak sekarang ni." Ingin sahaja Nisha memegang tangan Danish tapi dia cuba menahan dirinya kerana tidak mahu lelaki itu memikir yang bukan-bukan.

        "Awak buat apa kat sini, Nisha? Awak tak sepatutnya ada di sini." Danish melihat ke arah lain dan tidak mempedulikan gadis itu. Entah kenapa hatinya terubat sikit rasa rindu bila dapat melihat wajah bekas kekasihnya.

       Wajah Nisha berubah apabila mendengar cara panggilan lelaki itu kepadanya. Dia tidak sangka yang Danish sudah tiada perasaan terhadapnya. Hatinya berasa sedih apabila lelaki itu tidak memandang wajahnya.

       "Kenapa Danish tak pandang wajah Nisha? Danish dah benci Nisha ke?" Matanya bergetar dan hatinya juga sakit bila lelaki itu tidak melayannya.

       Danish mengeluh mendengar soalan Nisha. Bukannya dia tidak mahu memandang wajah itu tetapi setiap kali dia memandang Nisha, dia pasti akan teringat hari yang sepatutnya mereka kahwin.

      "Nisha, saya minta maaf kalau saya tak pandang awak tapi saya mohon sangat dekat awak. Tolong jangan cari saya lagi sebab saya dah happy sekarang ni." Danish memandang wajah Nisha dengan pandangan kosong.

       Hati Nisha semakin sedih bila mendengar jawapan yang keluar dari mulut Danish. Dia tidak mahu percaya kata lelaki itu.

        "Danish tipu Nisha kan? Danish cakap dengan Nisha yang Danish tak happy kahwin dengan perempuan tu." Nisha cuba menarik Danish menghadap ke arahnya.

        "Nisha, awak cakap apa ni? Perempuan yang awak maksudkan tu adalah isteri saya." Danish menolak tangan Nisha yang berada di bahunya.

         "Nisha sayangkan Danish. Danish dah tak sayangkan Nisha lagi ke?" Nisha melihat sepuas-puasnya wajah Danish. Sejujurnya dia amat merindui kenangan mereka bersama. Sungguh dia tidak sanggup kehilangan lelaki itu.

        "Nisha, awak tanya soalan apa ni? Awak sedar tak yang saya ni suami orang. Saya dah kahwin dan saya nak awak sedar tentang perkara ni."

        Danish cuba menahan diri agar tidak meninggikan suara kepada Nisha. Mengapa baru sekarang Nisha balik ke Malaysia? Mengapa gadis itu meninggalkan majlis pernikahan mereka?

       Banyak persoalan yang berlegar di dalam fikirannya. Dia ingin tahu kesemua jawapan pada soalannya.

       "Kalau Danish dah kahwin pun, takkan kita tak boleh berkawan? Isteri kesayangan Danish tu tak bagi Danish kawan dengan perempuan lain ke?"

        Nisha bertanya sambil menekankan perkataan isteri kesayangan kepada Danish. Dia tersenyum sinis melihat wajah serius Danish.

         Wajah Danish mula bertukar menjadi merah apabila gadis itu mula melibatkan Nurul dalam masalah mereka. Dia tahu Nisha pasti menyindir dia dan isterinya.

          Tapi dia hanya mampu bersabar sahaja menghadap perangai Nisha. Danish ingin berlalu pergi tapi tiba-tiba sahaja gadis itu memeluk dirinya.

          Danish berdiri terpegun kerana terkejut dengan tindakan Nisha. Dia ingin menolak pelukan Nisha tapi entah kenapa tangannya seolah-olah kaku dan tidak mahu bergerak.

         Manakala Nisha pula terus menangis sambil memeluk erat lelaki itu. Saat ini dia mahu menghentikan masa agar dia dapat memeluk Danish dengan lebih lama. Dia tidak mahu melepaskan lelaki itu.

        "Abang..." Sebaik sahaja Danish mendengar suara Nurul, dia terus meleraikan pelukan Nisha. Dia kelam kabut membetulkan bajunya.

        "Sayang..." Danish terus menuju ke arah isterinya yang berdiri jauh dari mereka. Dia tidak mahu gadis itu salah faham dengan apa yang dilihatnya tadi.

       Nisha berasa tidak percaya apabila dia mendengar cara panggilan Danish kepada Nurul. Dia melihat Danish meninggalkan dirinya dan pergi ke arah gadis itu. Nurul pula hanya memandang suaminya dengan pandangan kosong.

       "Sayang buat apa dekat sini? Kenapa Nurul datang tak bagitahu abang dulu?" Danish berasa serba salah dengan isterinya. Dia mula berasa menyesal kerana membiarkan Nisha memeluknya tadi.

       "Nurul datang sini sebab nak jumpa abang. Takkan Nurul tak boleh jumpa dengan suami Nurul sendiri? Nurul saja nak buat surprise tapi tak sangka pula Nurul yang dapat kejutan dari abang." Nurul cuba menahan dirinya dari berasa marah.

        Dia melihat ke arah Nisha yang masih memandang mereka berdua. Dia juga dapat melihat senyuman yang terukir di bibir gadis itu.

       "Sayang, abang minta maaf kalau abang buat sayang salah faham. Tadi tu abang tak balas pun pelukan Nisha. Dia je yang beria pelik abang tadi." Danish sedaya upaya cuba menjelaskan kepada Nurul agar isterinya tidak salah faham dengannya.

        Nisha berasa sakit hati mendengar penjelasan Danish dan dia membuat muka gembira sambil mendekati pasangan suami isteri itu.

        "Hai Nurul. Lama aku tak jumpa kau kan. Kau apa khabar?" Nisha memberi senyuman palsu kepada Nurul. Dia berasa menyampah melihat gadis itu dan selamanya dia benci bila Nurul berjaya merampas Danish darinya.

        "Waalaikumsalam, Nisha. Aku sihat alhamdulillah. Kau pun nampak kan aku tengah bahagia sekarang ni. Kau pula macam mana sekarang?" Nurul membalas senyuman Nisha walaupun dia tahu gadis itu hanya berpura-pura.

        Dia juga tahu bahawa Nisha pasti mahu mendapatkan Danish semula. Wajah Nisha berubah bila gadis itu menyindir kepadanya. Dia sempat melihat Danish memegang erat tangan Nurul.

         "Saya mohon sekali lagi pada awak, tolong jangan ganggu hubungan saya dengan Nurul. Saya bersyukur sangat sebab awak tinggalkan majlis pernikahan kita dulu. Dan kalau bukan sebab tindakan awak tu, tak dapat la saya jumpa bidadari yang cantik macam Nurul ni."

        Danish memandang wajah Nurul dengan penuh rasa cinta. Dia amat mencintai isterinya ini dan menggenggam tangan Nurul dengan lebih erat.

        Nurul membalas genggaman tangan suaminya dan jujur hatinya tersentuh bila mendengar ayat lelaki itu. Dia juga membalas pandangan Danish dan dia dapat melihat sinar cinta di mata suaminya.

       Nisha berasa sakit hati melihat kedua-duanya bersikap romantik seolah-olah dia tidak wujud di situ. Dia terus berlalu pergi kerana dia tidak sanggup melihat kemesraan antara mereka.

       'Kau ingat kau boleh hidup bahagia ke, Nurul? Kau tunggu...aku akan pastikan senyuman kau tu akan hilang untuk selama-lamanya dan aku akan pastikan Danish akan kembali semula kepada aku.' Nisha tersenyum sinis bila dia dapat pelbagai idea untuk memisahkan Nurul dan Danish.

       

Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now