Log In

404 7 0
                                    

Makan malam keluarga hari itu dihadiri oleh semua orang. Mama, papa, abang dan kaklong serta Dania dan Daniel. Abah dengan ibu juga ada di situ.

Aku dan laki aku, Damien duduk setentang antara satu sama lain.
Semua orang hadir, kecuali madu aku Maya. Damien kata, Maya tak sedap badan, sebab tu dia tak hadir.  Nama saja maya, tapi tak bermaya.

Hik. Kelakar pulak.

Entah-entah dia mengandung! Bukan boleh harap laki aku ni.

Aku tak kisah sangat pasal tu, tapi sampai bila-bila pun aku takkan terima Maya dalam hidup aku walau macam mana Damien cuba pujuk aku untuk terima.

Tapi, Damien tak pernah pujuk aku untuk terima Maya dalam hidup kami pun.

Aku tak marah Damien kerana kahwin dua. Dia ada hak untuk bahagia. Mama juga lebih suka Maya berbanding aku. Katanya, Maya lebih sesuai dengan Damien berbanding aku.

Tak kisahlah.

Lagipun, aku dan Damien cuma suami isteri atas kertas sahaja.

"Zoey ada pengunguman nak buat," ujarku setelah kami selesai makan. Papa memandang aku, begitu juga Damien. Niat aku untuk buat suprise pada semua orang di meja makan pada malam ini!

"Kenapa kakak?" Bisik ibu yang ada di sebelah aku. Aku tersenyum memandang Damien.

"Zoey nak pergi Turki," ujarku. Semua orang senyap tiba-tiba. Laki aku sedikit terkejut, namun tak adalah nampak jelas sangat reaksi dia.
"Tak bagitahu I pun," ujar Damien.

"Ni nak bagitahu lah ni," balasku. Alang-alang nak bagitahu, baik aku bagi tahu semua orang terus. Jimat masa, jimat segalanya. Tak perlulah aku nak jelas banyak-banyak kali dan habiskan air liur aku ni! Aku lihat Abah dah jeling aku tajam. Ibu juga begitu.

"Atas urusan apa Zoey nak pergi?" Soal Papa. Papa macam memahami aku sikit. Kalau nak dibandingkan dengan orang lain lah. Kak Long dengan Abang Long diam sahaja, begitu juga adik-adik Damien. Mama pula buat endah tak endah.

"Kerja," balasku. Damien angguk, macam setuju.

"Berapa lama?" Soal Mama. Mungkin ketiadaan aku yang dia tunggu-tunggu. Maklumlah, dia memang tunggu masa sahaja aku dan Damien berpisah.

"Tiga..." balasku.
Kak Long memandang aku.

"Tiga hari?" Soal Kak Long. Aku geleng.

"3 minggu?" Daniel pula meneka. Aku sengih.

"3 bulan?" Soal Dania pula.

Aku sengih sahaja. Aku memandang Damien yang memandang aku tak berkelip. Papa juga sudah berubah air muka. Abah dan ibu, dari tadi lagi dengan reaksi pelik.
"3 tahun. Zoey dapat jadi kerja kat sana," ujarku.

Damien memandang aku. Semua orang terdiam dengan pengunguman yang aku buat. Damien kemudian memandang aku tajam.
"You tak discuss dengan I pun," ujarnya membuatkan suasana menjadi tegang.

Abah dan ibu minum air, barangkali tak suka dengan pengunguman aku. Ya lah. Orang tua kan, dia mesti tunggu pengunguman nak dapat cucu ke apa ke.. Mama kelihatan tercengang, tapi aku tahu dia sebenarnya happy! Papa pula diam, tak cakap apa.

Sebenarnya, aku paling takut dengan Abah dan Ibu. Ya lah. Abah aku Ustaz kot! Mak aku pulak Ustazah!

"I bagitahu ni bukan sebab I need to discuss with you. Kalau discuss, meaning I need your permission kan?" ujarku pada Damien yang duduk setentang denganku di meja makan.
"Kakak!" Abah yang diam dari tadi bersuara keras. Bulu roma aku berdiri. Ustaz kalau marah ni mampus aku!

Tak! Aku kena tetap pendirian!

"In fact, I need no one permission," ujarku memandang semua yang ada di situ termasuk abah. Ustaz atau tidak! Mampuslah!

"I nak inform everyone, I nak pergi," ujarku selamba mungkin.
Aku dan Damien saling memandang tajam antara satu sama lain.

"Babe! We need to talk. Privately," kata Damien bangun dari kerusi. Aku masih lagi duduk. Dia mengisyaratkan aku agar masuk ke dalam bilik di tingkat atas. Barangkali mahu berbincang.

Aku buat tak tahu. Ambil hidangan bubur kacang pencuci mulut.
"I have nothing to say," balasku tenang, seperti air mengalir.

Abah dah bengang dengan aku. Ibu yang tahan dia dari lempang aku kat situ mula menitiskan air mata. Ibu memang cepat menangis. Mama dan papa macam terkejut, begitu juga Abang Long dan Kak Long.

"No. I tak benarkan you pergi," kata Damien.
"I nak pergi jugak. Lagipun, Crystal dah urus everything," balasku.

"Takyah risau! Kawan kakak, Crystal ada kat sana," aku telan air liur memandang wajah Damien yang merah padam.
Ya! Crystal tunggu aku dekat Turki! Damien memejamkan mata bagaikan menahan marah.

"Kakak!!!" Abah tinggi suara. Macam dah nak kena sakit jantung, sampaikan papa datang untuk urut dada Abah.

Papa meminta abah bertenang. Dia turut mengarahkan semua orang masuk bilik. Mereka bergerak lambat-lambat.Damien masih memandang aku, berdiri sambil cekak pinggang.

"Kenapa tak minta kebenaran suami dulu?" Soal ibu. Mama mencebik.
"Memang tak ada adab ke apa? Tak tahu hormat suami.. kau buat macam anak aku tu tak wujud as laki kau kan?!" Marah Mama.
"Parents ustaz ustazah!" Sindir mama. Aku ketap bibir.
"You diam!" Papa menemplak mama.

Aku lihat wajah Abah merah padam, menjegil aku seluas matanya yang cukup kuyu. Papa memandang aku tanpa riak, redup sahaja wajahnya. Aku tarik nafas. Damien masih memandang aku.

Aku kemudian ketawa sarkastik.
"Time Damien kena tangkap dengan Maya, dia tak minta permission Zoey pun," balasku selamba.

"In fact! No one asked me okey ke tak!" tengking aku. Aku memandang Damien. Dia ketap gigi, aku pun ketap gigi.
Mungkin ini perbezaan aku dengan Damien.

Dia takkan ungkit salahku.
Hanya aku yang ungkit salah dia.
Mampus lah!

"I give you my permission kahwin dua! Kenapa you tak bagi I permission nak pergi kerja kat luar negara!" Tegasku. Aku kalau boleh semuanya nak ungkit!
"Babe..." Damien memejamkan mata.

"One more thing," tambahku.
.........

Semua orang terdiam. Yang ada di ruang makan, yang ada di ruang dapur, bahkan yang ada di tangga. Semuanya terkesima dengan komen selamba aku.

Author ✍️
Hi y'all. Sementara tunggu "My Traitor Bestie" or "My Flower Lily", I ada one more baby book yang nak di release truu wattpad! This one more MATURED and ROLLER COASTERRR😬
Nak tahu macam mana? Kena lah baca hehehehwww

I'M NOT YOURS (BM)Where stories live. Discover now