61

39 2 0
                                    

"What is this?" Soal Damien kepada Siti pekerja Maya di spa.

Delima, pekera Maya yang ada di sebelah Siti tersengih ke arahnya. Kacak betul laki boss kami!

Siti yang tampak macam lurus bendul itu kelihatan begitu polos meneliti dokumen yang ada di atas meja.

Maya pula, pergi berbual bersama klien berpangkat datin. Katanya, salah seorang kenalan ibu mertuanya.

"List bahan yang kita guna dekat spa Tuan," laju jawab Maya, gagap tapi ada nada hormat. Damien memandang ke arah Siti yang begitu polos.
"Yang highlight kuning tu?" Soalnya melihat ada beberapa jenis krim ditandakan warna kuning oleh Siti.

"Yang ni tak boleh proceed beli Tuan. Ada steroid," kata Siti. Gayanya macam budak kampung yang polos.

"Steroids?" Soal Damien. Dia tahu steroid sejenis dadah. Sewaktu di US, ada beberapa orang kenalan atlet orang putihnya mengambil bahan larangan itu, sudahnya digantung dari menyertai aktiviti sukan. Tapi, spa milik Maya bukannya untuk atlet. Ini spa kecantikkan.
Damien mengambil kertas itu dari tangan Siti. Berdasarkan pengetahuan yang tak seberapa tentang produk kecantikkan, merkuri adalah bahan larangan.
Steroid? Tak pernah dengar.

"Steroid tu macam merkuri ke?" Soal Damien kepada Siti. Siti senyum ceria. Peluang dia untuk memberitahu suami boss dan tunjuk pandai kini tiba! Dia dah lama tunggu nak tunjuk yang dia bukan sebarangan kampung yang boleh kerja dekat sini!
"Steroid ni tuan, dia lebih kurang macam merkuri dan produk timbang kilo lah! Kalau pakai boleh rosakkan kulit," jawabnya polos. Damien angguk kepala.

"Oh..." balas Damien.

"Bila pakai produk tak berkualiti macam ni, kulit akan jadi nipis dan senanglah nak rosak sebab protective barrier dah tak ada!" Terang Siti tanpa dipinta! Silap Damien pula benda yang dia boleh Google dia tanya pada Siti.

"Dan kalau tuan nak tahu, merkuri dijumpai jugak dalam...." Siti mulai bicaranya. Damien ternganga. Jangan diberi peluang bang! Damien kemudian mendengus.
"Siti, awak tu Siti, bukannya Siri," ujar Damien seraya menunjukkan telefon. Siti tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal sebelum seseorang berdehem. Delima yang dari tadi diam diri, mengekek tawa mendengar jenaka Tuan Damien.

Damien ketawa dengan pekerja-pekerja Maya.

Muka Maya jelas cemburu buta tak puas hati. Dia berpeluk tubuh, macam nak telan sahaja si Siti itu hidup-hidup! Suaminya memang ada magnet untuk tarik perhatian perempuan kampung acah bagus.
"Apa yang seronok sangat?" Soalnya kasar pada Siti. Matanya merenung Siti umpama nak telan budak berusia 20-an itu.

"Takde apa-apa Puan," jawab Siti.

"I sembang je dengan Siti," kata Damien mencapai tangan Maya. Siti tunduk memandang kertas.

"Jom masuk office I," ajak Maya. Damien angguk.

"Puan!" Siti menahan.
Maya ketap gigi berkerut dahi menjegil si Siti.

"Dalam list ni ada produk..." belum sempat dia habiskan ayat, Maya dah tepuk meja Siti. Damien juga turut terkedu dengan perbuatan Maya. Dia pandang Siti yang terkulat-kulat terkejut.
"Kau beli je lah semua yang aku list tu! Itupun kau tak reti ke?" Tempik Maya.

"Tapi produk ni ada bahan terlarang puan," Siti mempertahankan diri. Dia kekok, tapi perlu bersuara juga.
"Spa ni aku punya ke kau punya?" Marah Maya.

"Maya..." Damien menarik tangan Maya.

"Kau tu pekerja! Ikut je lah arahan aku!" Marah Maya. Siti angguk. Maya mencebik.

Usai kelibat Damien dan Maya hilang dari padangan, Siti menjuihkan bibir. Dasar majikan jahat!
"Aku tak faham lah macam mana Tuan Damien yang baik tu boleh kahwin dengan Boss Kerek macam Puan Maya tu!" Rungut Delima, salah seorang yang ada bersama Siti.

I'M NOT YOURS (BM)Where stories live. Discover now