3

122 4 0
                                    

Rupanya makan malam itu Damien hanya ajak aku sahaja. Sudahnya, kami terpaksa tukar tempat yang tepi tingkap kepada kawasan tengah sedikit. Restoran itu kelihatan mewah, dan aku tak reti nak order sebab harganya yang mahal.

Dania memesan lobster paling mahal, barangkali berang kerana datang sini tapi tak ada kerusi untuknya. Mana aku nak tahu yang Damien tak ajak Dania! Tapi, Dania kan adik dia!

"Zoey, you order lah something," katanya lembut. Aku jeling wajah Dania yang dah lain macam pandang abangnya.
"Tak tahu lah. Kau belanja kan, kau lah order," aku menolak menu kepadanya. Damien diam.
"Dania! Can you order?" Pintaku. Dania memandang aku dan Damien silih ganti.

"Miss Zoey dan Abang Ngah sembang. Nia, makan kat sini! Let's not peduli each other okay! Anggap ada invinsible wall kat antara kita," Dania yang duduk di sebelah aku memberitahu seraya terus merujuk pada pelayan menu yang dia mahu. Dia cuba jarakkan diri daripada kami berdua. Damien yang duduk berhadapan dengan aku tenang sahaja.

"Okay, let's have this," katanya pada pelayan. Aku turut sahaja. Memang datang sini nak makan. Tapi,dalam masa yang sama nak bincang pasal study Dania kan! Untunglah ada abang yang ambil berat pasal study kau! Aku dulu, memang pandai-pandai sendiri.

Nasib ada Crystal yang nak tolong aku survive dengan personaliti aku. Tapi...

Aku pandang Dania yang sedang main telefon. Seronok pula tengok dia main game. Mungkin aku patut muat turun game itu juga.

"Zoey," namaku diseru. Suara dalam serak basah itu kedengaran sedikit seksi.
"Ha," jawabku memandangnya. Dia memberikan aku senyuman.

"You keluar dengan I pakwe tak marah ke..." soalnya. Dania terhenti daripada main game. Walaupun dia cuba acah macam dia tak wujud dan ada dinding antara mereka, tapi ayat abangnya yang nakal itu cukup untuk membuatkan dia cringe!
"Ah, tak!" Jawabku pantas.

"Baik gila pakwe you tak marah. Selalu pakwe sesapa pun boleh berasap kalau girlfriend diaorang keluar dengan I," tambah Damien. Dania tekup mulut, malu dengan ayat abangnya. Walaupun abang yang cakap, tapi dia dapat rasakan malu tersebut.
"Ah, aku tak da pakwe," jawabku ringkas.

"Eh!!" Damien macam pura-pura terkejut.
"Whyyy!" Gayanya dah macam pick me girl dalam cerita-cerita Disney! Aku angkat kening. Dania masih pura-pura main game!

"Nobody likes me. I don't like anyone too," tegasku. Tidak lama makanan sampai. Aku makan tanpa mempedulikan Damien. Rasa makanan di restoran mewah tak sesedap makanan di restoran biasa. Cuma harga sahaja yang mahal. Tapi, logik juga. Kos maintainance kedai macam ni boleh cecah puluhan ribu sebulan. Dengan lampu lagi, kualiti makanan dan pekerja.

"Boleh I ambil alamat you?" Soalnya.
"Rumah sewa ke?" Soalku balik. Dania kerutkan dahi. Entah apa-apa Abang Ngah ni.

"Tak, rumah parents you," katanya. Dia mengeluarkan aplikasi nota di telefon. Dia menghulurkan telefon kepada aku.
"Nak buat apa alamat ibu dengan abah?" Soalku. Dia diam. Aku menaip alamat ibu dan abah di dalam telefonnya.

Aku jeling Dania. Dia kebal betul. Boleh makan buat tak tahu apa terjadi di sekeliling. Aku pun melantak juga lah! Bukan senang nak datang makan restoran mahal.

"I ingat hujung minggu ni nak hantar wakil dengan barang," katanya selamba. Dania kali ini memandang Damien. Aku masih lagi makan. Dia ada produk kesihatan untuk orang-orang tua ke sampai nak suruh ibu abah aku cuba. Aduh! Kalau nak jual jus kesihatan ni aku tak berapa nak berkenan sikit. Tapikan, Damien kerja hotel. Sempat pulak eh, dia nak meniaga ubat kesihatan macam ni.
Tapi kan dia cakap nak hantar wakil jualan....
Aduh, masalahnya!

"Barang apa ya?" Soalku. Kalau dia jawab jus kesihatan, atau supplement....apa alasan aku nak bagi. Takkan nak cakap terus terang aku tak percaya semua benda alah kat iklan tu! Sejak bila pula dia jadi bos dan agen wakil jualan ni? Aduh.

"Cincin," katanya sepatah. Jatuh sudu yang aku pegang. Dania tersembur air yang dia sedang minum.
"Hahahah, cincin apa eh?" Soalku. Aku segera mencuit Dania. Apa yang Abang kau sembang ni? Bukan nak sembang pasal pembelajaran engkau ke! Mana datang cincin hantar barang semua ni?? Dania! Help me!

Dania bagaikan terkejut mendengarnya.

"Cincin tunang kita. Kalau Zoey tak nak tunang, nak nikah terus abang okey je," katanya. Aku ternganga luas. Dania memandang Abang Ngah dan aku silih ganti.

Rupanya, wakil yang dia nak hantar ke rumah aku tu bukan wakil jualan. Sebaliknya wakil dia untuk merisik!

***

"Kau gila ke Ngah! Lecturer aku tu yang kau nak try," marah Dania. Dia memang tak boleh brain dengan perangai Abang Ngah. Dania menghempas pintu kereta BMW putih itu.
"Mama dengan papa tahu tak kau melamar lecturer aku ni!" Soalnya.

Damien diam.

"Kau asyik sebut dia lecturer kau, memanglah kau rasa awkward. Dia tu member uni aku," terang Damien bersungguh.
Dania angguk. Dia membuka pintu rumah.

"Memang lah! Tapi takkan sampai kau melamar dia macam tu!" Marah Dania. Kalau dia di tempat Miss Zoey pun, dia akan bertindak perkara yang sama! Eh! Silap! Mungkin dia dah simbah abangnya dengan air minuman. Miss Zoey tadi masih normal lagi, terus kemas beg dan blah selepas dengar ayat lamaran tak berapa nak ikhlas abangnya. Macam mana Abang Ngah boleh selamba badak terfikir nak lamar Miss Zoey!

Memalukan.

"But I really want to marry her!" Tegas Damien.

"Why!!! Kau kan dah ada Maya!" Bisik Dania. Baru beberapa bulan lepas Abang Ngah berperang dengan papa sebab Kak Maya!
Lepas tu katanya mereka putus! Dekat Outstagram,Maya keluar dengan lelaki lain,

Abang Ngah juga macam dah move on kecuali Outstagram dia pakai profile picture hitam kononnya berkabung sebab putus dengan Maya.

Alih alih hari ni tangkap cintun dengan member uni yang dah lama tak jumpa!

Paling gila...

Kali ni Abang Ngah boleh lamar lecturer paling kerek wal cerewet universiti dia! Memang Dania tak boleh nak brain! Kalau pujuk papa, dah sah-sah Abang Ngah dah boleh nikah dengan Kak Maya yang cantik tapi sedikit liar itu. Tapi, tak berani juga nak kata, Dania pun boleh tahan liar.

"Why would you marry that Miss Kerek!" Marah Dania. Dia masih terhenti di tombol pintu.
"I just thought she's the one, the moment I saw her again!" Kata Abang Ngah.

Sah! Damien dah gila! Nak kena bawa berubat ke macam mana? Miss Zoey pakai minyak pengasih cap apa sampai Abang Ngah boleh jatuh cinta pandang pertama eh kedua sampai macam ni sekali! Sampai tahap nak halalkan dia! Gila!

"Kau dah biul Ngah!" Kata Dania.

"Kenapa?" Soal satu suara garang. Dania dan Damie tersentak. Dania jeling Damien. Sejak perang tempoh hari, Damien dan papa macam tak cakap sangat melainkan ada perkara mustahak. Dania geleng. Abang Ngah yang dah kena minyak pengasih Miss Zoey tu boleh buat apa sahaja...
Dah tadi dia melamar, siap janji nak hantar cincin.

"Free tak hujung minggu ni?" Soal Damien pada papa. Dania nganga mulut. Gila!

"Kenapa?" Soal Papa.

"Ingat nak papa jadi wakil Damien pergi meminang," kata Damien selamba.

Nohh Rokiah!!! Dania nganga mulut. Masuk dalam rumah pun belum, Damien dah cakap dengan papa. Langsung tak bincang, cuma bagitahu sahaja!

Gila! Bukan merisik! Meminang terus!!!!

"Bukan merisik dulu ke patutnya?" Soal Dania pada papa. Papa jegil mata pada Dania, minta anak gadisnya jangan campur. Tapi, Dania masih ada di situ.
"Tak yah kot risik-risik, lambat," selamba balas Damien, yakin benar dengan tujuannya.

Nohh Rokiah!!! Dania nganga!

I'M NOT YOURS (BM)Where stories live. Discover now