"Anyone! Anyone! You can marry anyone! But not Anak Tan Sri Shah!!" Suara papa memecah gengendang teling. Damien diam tak berkutik. Mama juga tak berani apabila papa sudah naik hantu. Abang Long awal lagi bawa Kak Long naik. Dania dan Daniel hanya dengar sayup-sayup dari tingkat atas.
"Kau nak bawa gelandangan pun boleh! Asalkan tak da kaitan dengan anak Tan Sri' Shah!" Marah papa lalu menghempas pintu. Damien tercengang.
Mama tunduk sahaja, tak berani melawan.Sekali Dato Iskandar marah, Datin Zulaikha juga tak berani bersuara.
Damien membisu. Dia dan papa tak begitu rapat. Dia dibesarkan oleh nenek sejak lahir. Masih ingat lagi ketika perniagaan datuk jatuh merudum setelah kematiannya, papa bergadai rumah dan tanah untuk pastikan Dew Hotel tak jadi milik orang lain. Berperang papa dengan Tan Sri Shah yang tak membantu sebaliknya menghina.
Setiap hari, nenek berendam air mata kenangkan segala yang berlaku.Bahkan sewaktu nenek hembuskan nafas terakhir, keluarga mereka masih lagi bertatih kembali membina Dew Hotel.
***
Aku hidangkan air. Waktu itu, ibu tengah pujuk seorang mak cik yang sedang menangis.Ibu aku, dah macam pakar rujuk. Abah aku pula ustaz kampung. Boleh dikatakan orang kampung yang ada masalah rumah tangga, takkan cari lawyer sebaliknya cari ibu dan abah aku untuk nasihat. Sebenarnya macam ni...ibu aku tak ada kelulusan ustazah pun, tap dah dia kahwin dengan ustaz jadi lah ustazah!
Kali ni datang lagi....perempuan nak mengadu nasib...
Dan hal itu membuatkan aku rasa, lelaki semua sama.Selalu sangat orang singgah ke rumah ini untuk minta nasihat rumah tangga. Abah dah macam pakar kaunseling. Kau lari pergi Siam, nak daftar kahwin pun akan ada orang datang tanya Abah! Pokok pangkal, ibu dan abah aku adalah pakar rujuk tentang hal ehwal rumah tangga orang! Tak tahu kenapa! Mungkin sebab abah aku set-set orang surau, orangnya ada gelaran ustaz, jadi bab nikah kahwin ni akan jadi tempat rujukan.
Kesimpulan yang aku dapat sepanjang tengok ibu aku pujuk mak cik mak cik yang dapat menantu hantu ialah, lelaki ni buaya. Bukan boleh percaya sangat!
Untung aku. Aku tak minat lelaki.
***
Aku tak faham betul kenapa orang akan buat reunion. Bagi aku majlis reunion ni takda lah seronok sangat. Tapi, okeylah juga setakat nak jumpa kawan-kawan lama. Katanya nak buat dekat Dew Hotel, hotel 20 tingkat di tengah Bandaraya Kuala Lhumpor..katanya perniagaan student alumni salah seorang pelajar jugak.
Saat aku sampai, kereta dah penuh sampai aku susah nak cari parking. Bila kebetulan ada tempat kosong, saat aku dah bagi signal, ada pulak kereta yang potong ambil tempat aku. Aku memandang sahaja BMW hitam itu, kereta orang kaya. Memang tak padanlah dengan Honda aku ni.
Saat lelaki itu keluar, aku cuma memandang sahaja. Macam kenal. Tapi mungkin jugaklah aku kenal. Aku terasa macam nak tekan hon lama-lama. Terhenti aku di situ apabila lelaki itu datang mengetuk cermin kereta aku. Lain kali kau pakai valet lah! Apa bangang sangat nak gaduh ke? Eiii!
Dia nak apa woi?
Orang jahat ke?
Dah la rembat parking aku!Tapi, dia tak ada muka macam penjenayah pun! Tapi, orang yang nampak baik tu lah selalunya psikopat.
Eleh Zoey! Kau bila je tak paranoid. Lelaki je mesti jahat, ada niat tak baik!
Lelaki itu ketuk cermin kereta aku. Aku buka sedikit, mana nak tahu nanti dia hulur pisau ke...Ha! Mood paranoid aku memang tak boleh nak bendung pun! Siapa suruh dalam berita dan drama ada macam-macam perangai manusia!
"Awak, kat situ ada parking. Maaf ya pasal parking ni. Patutnya reserve untuk owner, tapi diaorang tak letak board," ujarnya panjang lebar.
Huh. Kau nak berlagak owner ke apa ni? Apa-apalah.
![](https://img.wattpad.com/cover/317687495-288-k556913.jpg)
YOU ARE READING
I'M NOT YOURS (BM)
RomanceDemi "move on" dari cinta lama yang terlarang, Zoelle Mellisa terima sahaja pinangan Damien Eskandar. Walaupun dia dan lelaki itu cuma sekadar kenalan, namun janji lelaki itu buatkan Zoelle sedar, dia tak boleh lari dari fitrah dan agama. Damien pul...