32

38 3 1
                                    

Usai sampai ke kondominium Bayu dengan papa dan Abang Long, aku lihat beberapa orang lelaki berpakaian baju Melayu dan bersongkok sedang menanti.

Mama pula ada di sisi Maya yang sedang menangis. Begitu juga ahli keluarga Maya yang sedang berada di satu sudut.

Damien duduk di kerusi. Tunduk. Umpama ada bebanan berat yang digalas di bahunya.

"Assalamualaikum," papa beri salam. Abang Long tahan pintu untuk aku masuk.

"By..." Damien memanggil aku sebaik sahaja kami bertiga muncul di muka pintu. Dengan pantas, dia segera bangun dan terus meluru ke arah aku. Papa dan Abang Long pun tidak dipedulikan.
Damien yang tinggi dalam 30cm lebih dari aku terus mendakap aku sambil mengusap kepalaku.

"By, sumpah abang tak buat," bisiknya perlahan. Aku membalas pelukkan Damien dengan leraian. Dia mencapai kedua belah tangan aku.

Tenang Zoelle. Jangan melatah lagi. Aku pandang Maya yang sedang memeluk ibunya di satu sudut.

Tenang Zoelle.
Tenang.

"Apa jadi?" Soalku pada Damien. Aku pegang kedua pipi Damien, langut untuk memandangnya.

Dia geleng kepala.
"It's too sudden, I don't know," jawabnya perlahan. Separuh berbisik. Aku angguk.

Aku percaya Damien.

"I don't care what others think. You need to know by. Abang sumpah tak buat," tegasnya.

***

"What is happening?" Crystal menyoal aku apabila aku cancel plan untuk berjumpa dengannya.
Malas nak berselindung, aku cerita bagaimana Damien dan Maya boleh kena tangkap basah, ditambah pula dengan tuduhan merogol.

"You wait, kejap lagi I sampai," kata Crystal. Aku ternganga. Namun; itu bukan satu hal yang memeningkan. Hal yang aku dan Damien tengah hadap sekarang lagi penting.

Bahkan; ayah dan ibu juga turut ada kerana menerima panggilan dari papa.

Mereka berbincang dengan keluarga Amaya yang datang ke rumah kami untuk menjelaskan keadaan. Aku dan Damien senyap. Kak Long, Dania dan Danial duduk di bilik. Cuma ada Abang Long sahaja yang menemani kami di situ.

"Kalau Damien tak nak tanggungjawab, kami nak viralkan hal ni!" Jelas Puan Sri. Tan Sri Shah senyap sahaja.
"Jangan macam tu Puan Sri," Datin Zulaika cuba memujuk dan menenangkannya. Tan Sri turut bersetuju dengan idea Puan Sri.

Papa pula, seakan mengalah.
Mana tidaknya. Kalau hal itu viral, nama Damien dan Dew Hotel yang akan membusuk. Bila viral, semua orang akan salahkan Damien. Perlahan, aku rasa tangan Damien mencapai tangan aku. Aku membiarkan sahaja tangan itu menyentuh aku erat.

"Nikah kan sajalah, tutup malu. Damien kena tanggungjawab," kedengaran ayah aku mencelah. Dia tak marah lansung pun dengan Damien. Ibu pula, diam menurut sahaja.
Kata Tan Sri Shah, dia nak saman malu.

"I trust you." Bisikku pada Damien. Damien pandang aku sedih, sambil usap jari jemari aku.

Ya. Aku berpegang teguh pada kata-kata Damien.
Damien cakap dengan aku, apabila mama panggil dia untuk ke rumah Maya, katanya Maya sakit, tak ada sesiapa, dan barangkali pengsan sebab talian telefon terputus.
Bila dia sampai ke apartment Maya, pintu tak berkunci. Sebaik sahaja di kuak pintu dan memanggil nama Maya, yang tak dijumpai, tiba-tiba ada orang bagi salam.

Dah la Damien pakai baju tracksuit dengan t-shirt sahaja. Sebaik dia nak jelaskan keadaan pada pak cik berkopiah itu, Maya muncul entah dari mana sambil menangis!
Mama langsung tak kata apa! Dia tahu anak dia tak salah! Tapi sebab dia meragui Damien, dia diam sahaja.

I'M NOT YOURS (BM)Where stories live. Discover now