14

106 4 0
                                    

"Hey..." nombor yang tidak dikenali itu rupanya Crystal. Aku tercengang di telefon. Ingat nombor siapa tadi, buat aku berdebar sahaja.

Aku diam membisu.

"You buzy?" Soalnya. Aku menghadap komputer riba, masih meneliti beberapa kes study yang dihantar oleh pelajar.
Kalau sibuk atau tengah kelas, tak mungkin aku akan mengangkat telefon. Aku diam sahaja. Tiba-tiba rasa seperti ada awan mendung di atas kepala aku.

"Well...you can say so. What do you want!?" Tegas aku bersuara. Tak boleh! Jangan bagi peluang Zoelle Mellisa! Jangan bukak ruang!

"Heheheheh," tawa yang aku rindukan kedengaran di corong telefon.

Ah! Gila!
Aku tak boleh balik pada Crystal. Aku kan sekarang dah normal! Aku ada Damien! Aku dah kahwin dengan lelaki! Aku dah taubat dan aku takkan terpesong lagi! Walaupun masih ada saki baki cinta pada Crystal, itu cuma ilusi aku.

Ya! Zoelle Mellisa sedang berada dalam ilusi ciptaan dia sendiri!

Aku jadi wavering begini sebab aku masih ada sedikit perasaan dengan Crystal. Kalau aku fokus pada Damien, aku akan lupakan Crystal dan boleh hidup bahagia macam orang normal. Ibu dan abahku juga takkan mati terkejut sebab aku.

"I would like to treat you for a lunch," ujarnya. Aku diam. Makan? Kau nak ajak aku keluar makan! Kenapa?

"It's just that...I want to eat with you," ujarnya lagi, manja. Persis macam dulu. Aku masih membisu.

Bohonglah kalau aku cakap aku tak teruja! Kepulangan Crystal sebenarnya tetap buatkan aku berdebar dan tak tentu arah. Walaupun keras aku cuba nafikan, namun jauh di sudut hati, aku tetap sahaja teruja dengan kepulangan kekasih lama.

Ya, aku masih sayangkan Crystal.
Dan, barangkali Crystal juga masih belum move-on sepenuhnya dari aku.

Aku yakin. Crystal masih cintakan aku!

"I need to ask Damien's permission first," ujarku. Aku keberatan. Kalaulah Damien tahu yang aku dan Crystal bukan sekadar kawan biasa, adakah dia masih akan benarkan aku berhubungan dengan Crystal. Ya! Damien bukan lah terlampau konservatif sangat!
Tapi, kalau dia tahu yang aku sebenarnya lesbian dengan Crystal!? Apa yang dia akan cakap.

"He said yes!" Jawab Crystal di talian. Aku nganga. Rupanya Crystal ada dengan Damien di pejabat!

***

Kayla mengerutkan dahi. Mendengar tertib Crystal bertanya sama ada dia boleh pinjam isteri boss untuk teman keluar makan adalah sesuatu yang jauh daripada pemikirannya.

Susah betul jadi isteri orang!

Sampaikan nak keluar makan pun kena ada izin!

Baik single macam dia! Tak ada komitmen, tak perlu izin sesiapa! Rasa nak keluar makan, keluar sahaja! Rasa nak bungkus atau pesan delivery, buat sahaja.

Selang beberapa minit, kaunter receptionist menghubungi Kayla.

Damien melihat sahaja reaksi gembira Crystal apabila Zoey setuju dengan pelawaannya. Jelas sekali, Crystal memang teruja untuk kembali berbaik semula dengan Zoey. Maklumlah mereka kawan baik suatu ketika dahulu. Damien tersenyum sendirian,
Persahabatan dengan member lelaki miliknya tak complicated macam persahabatan perempuan. Tapi, dia cuba memahami seadanya. Perempuan, memang dasar complicated!
Jadi, dia tak kisah sangat dengan perhubungan Zoey dan Crystal yang retak. Andai kata boleh berbaik kembali, dia sangatlah menyokong.

"Can I ask?" Soal Damien. Crystal angguk.

"Why you gaduh dengan my wife?" Soalan Damien membuatkan air muka Crystal berubah. Dia tersenyum ke arah Damien.

I'M NOT YOURS (BM)Where stories live. Discover now