7

114 4 2
                                    

Bagaikan dunia mereka yang punya. Maya dan Damien lebih kepada pasangan merpati dua sejoli. Bagai pinang dibelah dua, sama hebat sama padan. Semua rakan-rakan mereka tahu yang mereka bercinta.

"I just wanted to be with you," bisik Maya. Air sungai mengalir tenang. Percutian mereka ke Korea Selatan merupakan satu daripada banyak-banyak memori yang mereka cuba cipta bersama.
"Me too," balas Damien. Mereka duduk di kerusi, dengan angin sepoi bahasa sambil makan ais krim vanilla.

Cuti semester dihabiskan dengan baik. Damien belajar di Amerika, manakala Maya belajar di UK. Nasib cuti semester sama, jadi mereka pergi ke Korea untuk bercuti tanpa pengetahuan keluarga. Damien sentiasa sukakan Maya.

"Will you marry me?" Soal Damien. Maya angguk, langsung tak fikir panjang. Mereka dah bercinta dari Tingkatan 2 lagi. Disebabkan dah lama bercinta, dia kenal betul dengan hati budi Damien. Lagipula, ibu bapa mereka juga kenal antara satu sama lain.

Damien pandai menaburkan janji manis. Maya percaya semua kata-kata Damien. Tak terlintas di fikiran untuk Damien beralih arah.

***

"Wow," serentak aku dan Crystal bersuara. Kami memandang antara satu sama lain. Walaupun aku seorang Muslim dan dia tiada agama, tapi dia dan aku boleh berkawan baik. Professor Kim menunjukkan pada kami tesis yang ditulis. Memanglah musim cuti semester, tapi aku bukannya ada duit nak balik negara asal.

Aku tak balik sebab tak ada duit. Jadi, aku lepak dengan Professor Kim. Kadang-kadang isteri dia bawakan tteobboki untuk kami makan. Crystal membaca dengan teliti kertas kerja itu..Gadis kacukan Amerika-China itu kelihatan lebih mesra alam kerana dia seorang extrovert. Berbeza dengan aku yang agak introvert. Dia disenangi dan cantik. Aku pula sekadar nerd sahaja. Lengan Crystal ada tatu kalajengking, sekali pandang kau mesti akan rasa dia macam bad girl. Tapi, tatu kala jengking itu melambangkan zodiaknya seorang Scorpio! Tak tahulah aku, asalkan dia gembira, aku pun senang hati.

Walupun dia tak ada rupa nerd untuk jadi ahli analisis ekonomi macam kebanyakkan ahli ekonomi yang lain, dia rajin!

Malahan, dia bercita-cita untuk jadi pakar ekonomi dan bekerja di syarikat broker saham.

Frekuensi lawak aku dan Crystal Michella Zhang adalah sama, jadi kami kira satu kepala. Dia memang baik dengan aku. Aku juga baik dengannya. Kadang-kadang dia akan tanya soalan tentang agama Islam yang mana aku tak ada jawapan. Tapi, dia tak adalah menghina agama orang atau tak suka orang beragama.  Dia orangnya ada prinsip dan moral, sukakan keamanan dan sangat menghormati perbezaan budaya. Kadang, dia lebih muslim berbanding muslim  sampaikan...

"I like you," aku berterus terang pada Crystal. Dia diam.
"Pumpkin..." dia panggil aku. Aku memandang Crystal yang kelihatan tegas.
"I'm not telling this for you to like me back," balasku.

Dia senyap. Entah kenapa dia kelihatan seperti berfikir. Dia kemudian memandang aku.

"You know both of us are so different right?" Soalnya. Aku angguk, tak menafikan kata-kata Crysal.
"In fact I do like you," ujarnya.
"I respect you. I really fascinate about you and Islam. But,in your religion, this is wrong Pumpkin," tersekat-sekat ujarnya. Aku memandang Crystal, faham. Kelihatan macam serba salah .Dia ateis dari lahir. Bahkan ibu bapanya tidak beragama.  Aku faham. Mungkin juga aku tak patut luahkan perasaan padanya.

Aku tak patut luahkan perasaan.
Aku patut pendam sampai mati!

Ya aku, seorang Muslim songsang!
Ya, aku dah jatuh cinta pada Crystal yang sama jantina dengan aku!
Sial kan!
Tu tak mention lagi yang abah ibu aku orang agama!

I'M NOT YOURS (BM)Where stories live. Discover now