57

44 4 2
                                    

Aku mengesat air mata. Tak guna punya Amaya! Aku ketap gigi sambil memandang ke luar jendela Emirates Airlines. Kelas business yang Crystal tempah ini memang lain dari kelas ekonomi. Ruang kapal yang ada privasi dan luas! Memang rasa orang kaya!
Dah la makanan pun lain! Aku sebelum ini pernah naik kapal terbang! Air diberi cuma dalam cawan kertas sahaja di kelas ekonomi! Tapi tidak dengan layanan kelas pertama!
Air dalam cawan kaca kot!

Dah la! Aku kesat air mata.

"Zoey," panggilan Crystal buat aku kaget.

"What's wrong?" Dia prihatin melihat aku mengesat air mata.
"Baru dua jam flight dah rindu Damien?" Soalnya acah prihatin.

Aku juihkan bibir dan anggap Crystal cakap dengan angin bukan dengan aku.
Aku menghela nafas. Bukan rindu! Lebih kepada sakit hati.
Sewaktu di balai pelepasan tadi, Maya turut datang kononnya nak ucapkan selamat tinggal. Namun,

"I win," bisik Maya buat aku berang sampai sekarang! Tangannya galak menunjukkan sebentuk cincin permata kepadaku.
Kejap. Permata tu, Damien dah bagi pada Maya ke?
Patutlah minta dari aku..
Aku ketap gigi. Aku yang gigih simpan permata itu, namun Damien mintanya kembali. Aku dah bagi password kepada safebox kami.

Jadi, Damien dah ambil permata itu dan buat cincin beri kepada Maya?
Wow.
Dia cuma suruh aku simpan, tapi bentukkan cincin untuk Maya!?

Tak. Permata tu Damien punya! Suka hatilah dia nak bagi siapa pun!

Masalah aku sekarang bukan permata Damien, tapi senyuman sinis Maya yang mengatakan dia dah menang ke atas aku.
Korang tahu lah aku macam mana? Zoelle Mellissa tak suka kalah, tak mahu kalah, dan selamanya mahu menang.

Kalah? Perkataan ini tak pernah wujud dalam kamus hidup aku sampailah hari ini!

Ikutkan hati aku dah tarik rambut dia dekat tengah lapangan terbang! Tapi, disebabkan aku cuma depresi bukannya gila, aku tahan sahaja!
Tapi, bolehkan aku nak guna alasan depresi serang Maya secara fizikal!?

Kadang-kadang, sakit ni merupakan satu kelebihan.
Kelebihan lah kalau kau boleh guna alasan mental tak stabil dan serang orang seterusnya tak ada sesiapa yang nak salahkan kau sebab orang awam akan normalize kan bahawa
"Dia sakit,"

Banyak cantik!

Huh!
Ingat orang sakit boleh sebarangan ke? Mana boleh salahkan depresi kalau nafsu dengki yang mulai menguasai diri.

Crystal pun satu. Ada ke patut dia hentam yang aku dah rindu suami sedangkan baru dua jam terbang? Sedangkan nak sakit kepala pun tak ada masa, inikan pula sakit rindu? Siapa yang rindu Damien! Aku?
Tolonglah guys? Tak rindu langsung.

Okey.
Aku tipu.
Aku rindu Damien. Aku tanggalkan baju sweater yang aku pakai. Sweater hitam ini asalnya milik Damien, dan aku pinjam. Bau minyak wangi Damien masih melekat.
Em! Aku hidu bau sweater Damien. Kegilaan aku dah mulai memarah! Aku tak dapat bayang lepas mendarat nanti macam mana?
Cakap pasal Damien, aku ada bawa beberapa barang kepunyaan dia bersama aku. Psiko ke macam tu?

Tak, aku cuma nak lepas rindu.

Aku mendengus. Fikiran aku masih tak boleh move on dengan betapa sinisnya Mumtaz Amaya yang declare kemenangan dia ke atas aku.
Zoelle Mellissa yang tak pernah kalah, barangkali dah kalah.
Aku bebal sendirian. Rasa tak puas hati, dengki, meluat, menyampah dan sakit hati menyesakkan dada aku.
Dan, dah tentulah rasa rindu pada Damien yang membuatkan aku sekarang mulai sakit kepala dan pening.

***

Damien ketap gigi. Usai menghantar isterinya ke lapangan terbang, dia terus masuk kerja. Bekerja dengan bapa mertua membuatkan dia semakin berhati-hati dalam setiap langkahnya. Dek kerana keluarga Maya tak ada anak lelaki, dan Maya juga seakan tak berminat dengan perniagaan perhotelan keluarga, Damien menggalas tugas untuk membantu bapa mertuanya.

I'M NOT YOURS (BM)Where stories live. Discover now