39

41 4 0
                                    

Damien tarik tangan aku naik ke atas. Dia tak peduli mata-mata yang memandang. Aku pula, macam lembu kena cucuk hidung, ikut sahaja Damien.

Aku tercegat di situ sementara Damien tutup pintu dan kunci bilik. Dia pandang aku lama sebelum melepaskan keluhan. Sebab takut dengan muka Damien yang dah merah padam, aku cuba pandang kiri dan kanan, asalkan mata kami tak bertembung.

Agaknya, apa dia nak cakap? Mestilah dia akan marah...
Kalau aku kat tempat Damien pun aku akan berasap, silap-silap dah naik tangan.
Tapi, takkan dia nak pukul ibu mengandung betul tak! Pukul perempuan, itu dayus! Pukul perempuan mengandung...tu dah kategori bangsat dayus!

Dia cekak pinggang, terus menarik aku perlahan supaya duduk di birai katil. Damien tak duduk di kerusi, sebaliknya dia melutut.

Aku tunduk.
Masalah terbesar aku sekarang ialah aku tak rasa bersalah sedangkan aku sepatutnya rasa bersalah!

"Seriuslah pregnant?" Soalnya. Tak tanya lagi pasal Turki. Aku angguk. Segera keluarkan ct scan dan beberapa alat pengesan kehamilan yang dia sendiri beli dengan result positif dari dalam diari planner harian yang ada di meja katil. Dia melihat gambar itu tak berkelip. Mungkin dia tengah sakit kepala memikirkan hal kami sekarang.

"By cakap hari tu tak..." komennya.

"I cakap tak confirm lagi. 'Confirm lagi' you tak dengar sebab I cakap perlahan, astu mama datang," ujarku laju. Damien meraup muka.
Andai kata aku tak mengandung, mungkin dia akan melenting. Tapi fikirkan aku mengandung...

"Thank you," tuturnya. Sedikit buat aku terkejut.
"No big deal," jawabku.

"You okay? Your body okay?" Soalnya. Aku angguk.
"Tak da rasa muntah ke pening ke..." soalnya. Aku geleng dan sengih.

"Tak. Sebab you dah rasa semua tu untuk I," aku sengih ke arahnya mengingatkan bagaimana beberapa hari lepas Damien macam kena morning sickness! Bau sambal petai pun muntah!

Damien angguk perlahan. Nampak macam dia nak ketawa, tapi tidak. Dia kemudian melepaskan keluhan.

"Habis tu Turki macam mana?" Soalnya.
Aku terkebil-kebil.
"Professor or whatever tau ke baby pregnant?" Soalnya.

Aku angguk.

"Prof cakap okey je...sebab kerja tak teruk. I just help him....writing his research. Then, boleh je ambil cuti bersalin," kataku.
Dia senyap.

"Tunda tak boleh? At least bila semua reda sikit. I mean like, abang literally kahwin satu lagi, now by pregnant, then nak pergi Turki, this is too sudden and too much nak hadam," katanya.
Aku geleng.
"Or, buat dalam negara je?" Cadangnya.

"It's a rare opportunity," ujarku.

"Dah la ada Crystal!" Rungutnya.
"Cryst ikut you jugak kan!" Dia soal aku.
Aku ketap bibir. Tak perlu kot aku cakap pasal sakit Crystal.

"Take it now or never," kataku.
Umur Professor Kim dah tua! Dia takkan buat research lagi! Ini peluang keemasan!
Kejap.

Tunda? Dalam negara?
Jadi, Damien tak menghalang aku sambung belajar sambil kerja! Aku ambil sudut positif. Namun, perkataan tunda tu...
Macam dia relakan aku pergi je...
Mungkin inilah dinamakan emosi perempuan.

Dia tak bagi aku pergi, aku rasa dia tak adil! Dia kasi aku pergi; aku rasa dia tak sayang aku!
Emosi betul lah! Aku tunduk.

"Abang bagi I pergi ke tak?" Soalku.

Dia geleng.
"Turki kot baby,"katanya.
"Bukan Tapah," tambahnya.

Aku berkerut. Tapi aku nak pergi!

I'M NOT YOURS (BM)Where stories live. Discover now