Pukul lapan malam aku dah terlantar di atas katil. Penat nak mampus hari ni! Mula dari buat sarapan, masak tengah hari merangkap malam, mop satu rumah, lipat baju angkat baju, semuanya aku buat.
Bibi J? Memang dia halang aku, tapi entah kenapa aku rasa macam aku perlu buat kerja. Walaupun mama tak ada, aku tak boleh curi tulang!
Mama? Dia keluar...waktu petang baru balik.
Ke mana dia pergi? Aku malas nak ambil tahu.
Sampaikan mesej Crystal pun aku tak sempat balas.🔮Don't just see my message. Reply me! I'm sorry if I make you angry. But please, jangan ignore I.
Aku mendengus.
🎃 We should talk.
Aku merengus. Aku kena minta izin Damien untuk keluar berjumpa Crystal esok. Aku perlu buat satu garisan supaya Crystal boleh move on dan lupakan aku.
Damien pula pulang pada waktu yang sama dengan mama, dan sekarang tengah mandi. Hari ni pun dia muntah-muntah, tapi dah tak teruk sangat.
Aku gerakkan kaki yang sedikit lenguh ke atas.Damien keluar dengan hanya memakai tuala. Seksi!
Aku pandang bicep dan otot kekar Damien sambil menggigit bibir.Damien ketawa sinis melihat aku.
Aku membalasnya sambil mengekek."Penat nya by hari ni," dia naik ke birai katil cuba mendekati aku. Masih dengan tuala. Tuala tu kalau aku tarik dah londeh dah tu. Tapi, aku kan sopan santun....Aku berundur sedikit.
"I penat gila hari ni! You jangan macam-macam. Satu badan I lenguh," aku beri amaran yang tak berapa nak amaran sangat.Damien kemudian angkat kening dan berundur semula. Jujur, aku sedikit kecewa apabila dia undur dan tak buat apa-apa.
"No fun," komenku sebaik sahaja Damien sarungkan baju t-shirt dan seluar pendek.
"What!?" Dia menyoal aku.
"The fact that you're not trying to do anything," tambahku.
"By cakap by penat. I takleh macam-macam," rungutnya.
"Owhhh, sejak bila my husband became so innocent?" Aku menyoal.
Damien ketawa sinis. Aku kemudian jelirkan lidah.
"Abang," panggilku selembut mungkin. Damien ambil telefon, melihat mesej yang masuk.
"Esok, baby nak keluar jap dengan Crystal boleh?" Soalku berhati-hati. Sengaja bermanja dengan bahaskan diri sendiri baby! Euuu
Pantas Damien berpaling ke arahku.Aku segera bangun dan memicit lengan Damien.
Damien tak beri reaksi. Aku tahu, dia tak suka. Kalau aku pun...aku takkan suka. Aku cakap aku nak jumpa Crystal, sama lah level macam Damien nak jumpa Maya.Tak relevan kan?!
Aku kemudian memegang kedua belah pipi Damien sebelum mencium bibirnya laju-laju.
"I know my boundaries," kataku.
"You dunia akhirat I," tambahku memberi keyakinan untuk Damien agar menyetujui aku.Damien akhirnya angguk setuju. Kemudian, dia ambil satu beg plastik hitam dari dalam beg kerjanya. Perlahan, plastik itu diserahkan pada aku. Dengan polos, aku buka plastik itu.
Aku bundarkan mata apabila Damien hulurkan plastik yang mengandungi pregnancy test kit. Aku kaget seketika. Di dalam plastik itu ada beberapa kotak pregnancy test kit yang berbeza jenama.
"Apa ni?" Soalku.
"Gi check," ujarnya, lebih kepada mengarah.
Kejap. Period aku memang lah tak datang. Tapi, period aku memang tak normal kalau aku stress. Kan sekarang aku stress sebab kena tinggal dekat rumah mama! Aku telan air liur. Lagipun, aku tak ada tanda-tanda pembawakan budak. Aku sihat, normal. Sebaliknya Damien yang tak sihat.
Satu hal lagi, kami berdua cukup berhati-hati dalam bab ini. Takkanlah boleh terlepas pandang!
"We've been extra careful about this right, takkanlah," ujarku cuba mengelat. Damien pandang aku.
"Careful pun still ada kemungkinan. Semalam doktor cakap mungkin abang sakit cemni bukan sebab abang tapi sebab by," katanya.Aku kerutkan dahi. Macam mana boleh jadi macam tu pulak?!
"Check je dulu. Double line or single line kita fikir kemudian," ujarnya. Aku pandang Damien tak berkelip. Takut pulak!
"Come on by, go..." arahnya. Aku mendengus dan bangun lambat-lambat untuk ke tandas.
***
Maya senyum sinis. Dia dah bersedia untuk malam ini lama. Malam ini, dia akan pastikan Damien akan jadi miliknya selama-lamanya. Siapa kata dia tak selalu muncul bermaksud dia tak bersungguh?
Dendam memang kena pendam! Bila balas baru rasa manis! Kali ini...Damien akan menyesal sebab tak perjuangkan cinta mereka dahulu. Berbeza dengan Damien, Maya bukan pengecut yang akan berundur.
Dalam dunia ni, semua benda kena cuba! Cuba dulu baru boleh cakap tak boleh. Dan malam ini, dia akan cuba buat Damien jadi miliknya kembali!
***
Takut. Menggeletar dan tak keruan adalah definisi tepat apabila aku melihat garis dua di alat itu! Gila! Aku rasa aku dan Damien dah terpaling berhati-hati! Aku duduk di tandas memejamkan mata.Jujur cakap, aku tak sedia lagi dan tak tahu bila aku akan bersedia! Dan aku tak rasa aku akan bersedia.
Gembira? Lebih kepada takut! Aku takut! Aku takut nak galas tanggungjawab ini!"By," kedengaran Damien ketuk pintu.
"You okay?" Nadanya kedengaran risau. Barangkali khuatir dengan aku yang masuk ke tandas tak keluar-keluar."Okay!!" Aku menyahut. Aku segera tarik nafas dalam dan bergerak ke pintu. Alat itu disembunyikan di belakang badan.
"How?" Soalnya.
"Tak...." Balasku perlahan.
"Confirm lagi..." sambungku seperlahan mungkin, namun Damien tak dengar kerana mama memanggil namanya berkali-kali dari luar pintu bilik.Damien sedikit terkejut. Dia kemudian bergerak ke pintu dan melihat mama dalam keadaan cemas.
"Abang Ngah! Maya! Maya!" Mama kelihatan kalut. Damien berpaling ke arah aku. Dia ternganga; namun tak dapat menolak mama yang begitu beriya cemas.
Belum sempat dia bercakap dengan aku, mama dah tarik Damien turun.Aku tercengang.
***
Hera yang masih belum tidur melihat kelibat ibu berjalan ke dapur. Melihat ibu ke dapur, Hera segera bangun dari katil.
"Ibu!" Sapa Hera. Terkejut dengan teguran Hera, habis jatuh cawan kaca yang dipegang. Hera terdiam. Melihat wajah tua ibu semakin pucat, Hera dengan pantas mengambil penyapu dan penyodok.
Ibu duduk di kerusi seraya mendengus.
"Tak tidur lagi?" Soal ibu."Buat homework," balas Hera. Sememangnya dia sedikit perlahan dalam bab pembelajaran. Menjadikan kakak sebagai contoh teladan, dia berusaha bersungguh-sungguh untuk jadi macam kakak.
"Ibu tak sedap hati fikir pasal kakak," ujar ibu. Hera memandang ibu.
Entah kenapa muka ibu muram sahaja."Tak ada apa-apalah ibu," kata Hera cuba menenangkan. Sambil itu, dia ambil gelas dan isi air yang baharu untuk ibu. Ibu minum air, tapi terasa perit di tekak.
***
Pintu bilik aku diketuk kuat. Apabila aku buka mata, aku lihat Damien masih belum pulang."Zoey..." suara papa mengetuk pintu bilik. Mata aku masih tak dapat dibuka, tapi mendengar suara papa, aku pantasnya tersedar yang aku kena sarungkan tudung.
Cepat-cepat aku mencari tudung sarung yang sedia tersangkut di belakang pintu sambil laungkan perkataan sekejap.Pintu di buka. Aku menggosok mata, dengan muka yang tak basuh! Malu lah dekat bapa mertua! Tapi, aku lantakkan sahaja. Kejap? Kenapa aku pakai tudung sedangkan rambut bukan aurat dengan bapa mertua. Jawapannya sebab rambut aku dah macam singa! Rambut aku ni bukannya lurus macam dalam drama televisyen tu!
"Kenapa papa?" Polos soalku. Wajah papa berubah.
"Damien," katanya. Jantungku macam nak luruh. Aku menoleh melihat katil kosong. Sejak keluar, Damien masih tak pulang lagi. Aku pula? Dah terlelap menunggu Damien. Aku telan air liur.
"Damien kena tangkap khalwat," ujarnya tegas. Aku ternganga.
***
YOU ARE READING
I'M NOT YOURS (BM)
عاطفيةDemi "move on" dari cinta lama yang terlarang, Zoelle Mellisa terima sahaja pinangan Damien Eskandar. Walaupun dia dan lelaki itu cuma sekadar kenalan, namun janji lelaki itu buatkan Zoelle sedar, dia tak boleh lari dari fitrah dan agama. Damien pul...