46

62 3 0
                                    

"Abang dah cakap dengan kakak?" Soal Hera. Damien senyap.

Hera akhirnya mendengus. Ibu yang ada di sisi kelihatan sedih dan sugul sahaja. Diam langsung tak balas.

"Damien pujuk Zoey ya ibu," ujar Damien memberi ibu satu keyakinan. Ibu tersenyum sahaja. Dia kenal anak perempuan sulungnya. Keras kepala. Kalau dah buat keputusan, takkan berpatah balik.
Tapi, dia sebagai ibu memikirkan anaknya. Dah la mengandung, nak belajar jauh dari suami. Dia tak mahu anaknya menyesal di kemudian hari.

"Ibu nak gi tandas jap," ibu pamit. Wajahnya sugul sahaja, penuh kekecewaan. Bukan sahaja membelakangkan keluarga, malah anak sulungnya turut berani membelakangkan suami sambil mengaku yang dia sebenarnya tak normal mengejutkan suaminya.

Fakta yang Zoelle Mellissa lain daripada yang lain tidak aneh untuk sang ibu. Dia dapat rasakan bahawa anaknya memang menyembunyikan sesuatu darinya. Pengakuan Zoelle Mellissa membuatkan dia kecewa, namun tak terluka kerana dia tahu anaknya bagaimana. Melihat Damien, dia rasa serba salah. Setiap hari dia doakan agar timbul bibit cinta dalam diri anaknya pada lelaki, jangan terus sesat sampai dilaknat Tuhan yang esa. Perkhabaran hadirnya zuriat buat dia gembira, namun kehadiran wanita kacukkan itu merisaukannya.

Dia tahu, anaknya bukan orang yang jahil agama. Bahkan, dia yakin anaknya takkan termakan pujuk rayu wanita inggeris itu...
Tapi, hatinya masih tak tenang.

***

Damien diam membisu. Lama pula ibu ke tandas. Berada di kedai makan bersama Zoelle Maheera membuatkan dia tak selesa kerana remaja itu diam sahaja. Dah la tak ada isterinya.

"Kakak tu..." Hera mulai bicara.
"Hm!" Cepat sahaja sahut Damien.

"Dia memang selfish," ujar Hera tenang. Langsung tak ada filter! Damien angkat kening mendengar Hera secara terang-terangan mengata isterinya.
"Ayah cakap kakak mengaku dia lesbian, abang tahu ke?" Soal Hera.

Damien angguk.

Hera merengus. Nampak sahaja macam remaja, rupanya boleh berfikiran matang jugak.

"Betul ke dia lesbian?" Soal Hera.
Damien senyap.

"Tu dulu. Sekarang dah ada abang, dah nak ada baby, she loves me the most," tambah Damien cuba meyakinkan Hera. Hera diam.

"If she loves you, she's gonna listen to you. Abang tak boleh ikutkan sangat keras kepala kakak. For your own good," kata Hera.

***

"Bodoh," aku merengus tak puas hati dengan pihak kedutaan. Crystal yang berdiri di sisi aku terkejut mendengar aku maki selamba.

"Pumpkin, language!" Dia mengingatkan aku tentang bayi dalam perut.
Satu hal pulak.

Pihak kedutaan suruh aku datang dengan surat doktor untuk memberi aku visa sambung belajar. Menyusahkan betul! Kalau aku tak mengandung, dah confirm dapat visa. Ini tidak, visa aku kena tunggu empat hari baru akan proses.

"Maybe you should think twice about going," Crystal memberitahu aku. Aku pandang Crystal tak berkelip hingga dia tunduk.

"You see, it's not safe for the baby. The baby is important you know," katanya.

"The baby is important. So does the research! You ingat Professor Kim tu hidup nak tongkat langit ke? It might be his last research!" Ujarku separuh marah. Entah dia faham ke tidak maksud menongkat langit aku.
Aku jeling Crystal.

Dan, aku mahu teman Crystal. Aku mahu teman Crystal di Turki. Waktu dia tinggalkan aku, aku langsung tak tahu derita yang dia hadapi.
"Besides, if I don't go to Turkey you also won't go right?" Soalku.

I'M NOT YOURS (BM)Where stories live. Discover now