24

52 3 2
                                    

Sampai di Pulau Lang, Damien belikan aku topi, katanya cuaca panas, pakai topi boleh lindung matahari. Seminggu di Pulau Lang, memang aku tak tahu langsung itenari yang telah Damien susun. Aku ikut sahaja Damien masuk ke dalam kereta sebelum kami tiba ke Pulau Lang Dew Resort and Spa.

Salah satu syarikat kelurga Damien yang diusahakan oleh datuk saudaranya.

"Tak cakap pun ni hotel family you jugak," komenku apabila kami dapat bilik honeymoon suite. Damien pandang aku.
"Papa punya yang kat Kuala Lhumpor. Yang ni adik atuk punya, so...kira ada bau bau bacang lah," jelasnya.

Aku angguk. Kami kemudian masuk ke dalam bilik hotel. Aku letakkan beg tangan sementara Damien di muka pintu mengusung beg-beg kami. Aku tanggal tudung kemudian buka pendingan hawa sebelum terlentang di atas katil. Sambil itu, aku jeling kelopak bunga dan tuala yang dilipat berbentuk swan itu. Perlahan, aku menguis tuala itu agar tidak mengganggu pembaringan.

"Babe! Kita kena ambil gambar dulu!" Tegur Damien. Aku angkat kening. Kemudian, aku membuka beg luggage yang berisi pakaian untuk disimpan dalam almari. Baju kasual supaya tak berkedut dan senang nak ambil. Baju pakai malam aku lipat letak di bawah baju kasual.

"You didn't bring lingerie?" Tegur Damien memandang baju-baju aku. Aku cepat tampar paha Damien. Gatal betul! Dia duduk di birai katil, manakala aku bersila di bawah melipat baju kecil dan pakaian dalam bilik. Aku kemas baju pun nak tengok!
Dia menguis barang-barang keperluan dalam beg aku mencari-cari sesuatu.

"You cari apa? Charger fon?" Soalku menjuih bibir ke arah pengecas telefon yang ada dalam beg tangan.
"Tak...lingerie you nak pakai malam ni," komennya. Aku senyum pahit segaris ke arahnya, menyampah la!
"Tak ada. You said you prefer nothing on kan," komen aku. Aku angkat kening.

Damien muncungkan mulut.

"Well, you should put on some effort for our honeymoon. You tau tak seminggu yang I sibuk ni I pergi gym sebab nak prepare honeymoon kita," dia bergumam. Aku tahan gelak. Patutlah hari-hari aku tengok ada baju banyak nak kena basuh! Turun gym buat badan rupanya!
Aku buat tak layan.

"Turun gym buat apa alahai," komenku.

"Well, I praktis angkat berat, angkat benda...might be useful for this honeymoon. Mana tau, datang honeymoon berdua...balik honeymoon bertiga," dia sengih. Aku gelak sinis. Nampak jelas Damien mengharapkan aku buat persediaan untuk percutian bulan madu kami.

Balik bertiga? Aku dah telan air liur.
Memang pun bertiga kan.........

"Jeng jeng!" Aku keluarkan tiga pasang lingerie cantik dan seksi daripada compartmen beg. Agak tersorok sebab tu Damien tak jumpa! Buntang mata Damien melihat baju yang aku beli di kedai atas talian itu.
"Oh my God! This is so sexy!" Komennya melihat baju hitam yang memang see through habis itu! Antara tiga helai baju yang aku bawa, dia nampak yang hitam tu dulu!

Aku beli tiga helai. Warna putih. Gaya yang lebih sopan dan tertutup. Ada bunga lace, dibuat daripada satin dan sopan. Itu kira level one untuk malam pertama.
Kemudian, yang kedua warna merah terang, kain satin bercampur see through. Seperti singlet, tapi masih sopan, kira level dua.
Warna hitam. Level tiga. Kain see through lace!
Siapa cakap aku tak ada effort!
Untuk seminggu, aku bawa tiga helai. Ikut logik, takkan lah setiap hari kau nak buat seks! Kau tak boleh bagi laki kau setiap hari, mesti ada break dan kau kena rehat!
Tu teknik yang aku belajar setelah buat research dekat internet. Untuk seorang yang macam aku, tak ada pengalaman, memang kena cari internet untuk ambil tahu hal sebegini.

***

Nama pantai pasir hitam. Dan, memang betul pasir kat sini warna dia hitam! Damien ambil gambar aku dengan latar belakang pantai. Sesekali dia datang untuk betulkan topi yang aku pakai.
"You look so pretty," komennya bila melihat aku dalam DSLR. Aku sengih sahaja.

I'M NOT YOURS (BM)Where stories live. Discover now