10

153 4 2
                                    

"Kenapa tak makan?" Walaupun pelat, masih kedengaran bahasa yang dia cuba cakapkan. Tak dinafikan, bahasa nya semakin bagus berbanding kali terakhir kami bersama.

"Kenyang," jawabku. Aku cuba cari Damien. Tadi kata nak hantar Kyla naik teksi dan pergi tandas. Lamanya. Aku tak nak duduk sini dengan Crystal lama-lama!

Jeda. Kami sama-sama mendiamkan diri. Aku lihat wajah Crystal, kelihatan sedikit cengkung. Badannya juga kurus. Pakaiannya sopan, kardigan hitam labuh. Kalau dulu, dia paling tak suka musim panas. Kalau boleh nak pakai singlet sahaja sambil dengan bangga tayang tatu skorpio di lengan.

"You sejuk ke?" Soalku.
"Tak biasa lagi dengan cuaca," jawabnya. Apa yang tak biasanya! Panas kot!

Masing-masing berdiam. Entah apa yang ada dalam fikiran Crystal. Sudah lama tak jumpa dan berhubung, kami masih boleh kah kembali seperti dahulu?
Kalau bukan sebagai "pasangan", sebagai kawan? Mampu ke aku terima dia hanya sekadar kawan?

"Why are you looking at me like that?" Soal Crystal selepas sedar aku menatapnya agak lama.

"Nah..I just...I just think, how did you live after ghosting me like that?" Soalku tegas. Aku sambung makan.
Crystal diam dan tersentak. Bagaikan tak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan soalan aku. Namun, dia kembali dengan senyuman manis.

"You did find someone better," jawabnya tersenyum.
"I told ya...you deserve better," balasnya lagi. Wajahnya kembali suram, suaranya tersekat-sekat.

"You know how much I cried because you left?" Soalku.
Dia diam. Aku ketap gigi, masih bertahan daripada menangis. Perasaan aku sekarang ialah sedih bercampur marah. Lebih kepada marah dan rasa nak mengamuk!

"I'm not sorry about it," balasnya keras. Tak nampak sesal.

"You're gone!! Why did you come back!" Tegasku. Aku pandang Crystal yang masih sahaja tunduk. Aku genggam penumbuk.
Kau dah tinggalkan aku. Aku dah lupakan engkau! Walaupun sukar, walaupun songsang aku tetap dah cuba sehabis baik untuk melupakan! Kenapa kau muncul balik saat aku dah cuba untuk berubah "normal"! Kenapa kau kena muncul sekarang!

"You're gone when I need you so bad. Now, when I'm trying to become normal, you come back again? Fuck!," sindirku. Crystal pandang aku. Kali ini, dia tampak tegas dan ada pegangan.

"I didn't plan this meeting. It's your husband," jawabnya.
"He thinks it's quite good for old friends to catch up," katanya.

Aku ketawa sinis.
"Jadi, you datang Malaysia takda plan langsung nak cari I?" Tanyaku berat. Jadi, dia datang ke negara aku cuma nak kerja, langsung tak ada perancangan untuk berjumpa denganku langsung! Dia tak pernah terfikirkan aku langsung sejak dia tinggalkan aku.

"You tak peduli dah pasal I?" Soalku. Dia mengeluh.

"Pumpkin....I DO care about you,so I left," balasnya. Aku nganga. Dari dulu lagi, dia cuma...
Dia cuma nak tinggalkan aku.

Dan Crystal masih tak lupa nama "pumpkin" yang dia selalu panggil aku.

Kalau diberi pilihan lagi, dia pasti akan tinggalkan aku lagi. Aku yakin.

"Kenapa? Can't at least you answer me...why did you left?" Soalku.

"I taknak heret you ke neraka dengan I," lembut balasnya dalam bahasaku. Aku tersentak.

Neraka.
Huh.

Siapa tak takut neraka?

Eleh Crystal ni, main syurga neraka pulak dengan aku.

Saat itu, Damien datang dengan senyuman.

***

Maya memandang ke arah lelaki yang masuk ke dalam biliknya. Amzar.

I'M NOT YOURS (BM)Where stories live. Discover now