26

43 3 2
                                    

Mata aku terbuntang luas. Cuba teka siapa yang aku dan Damien jumpa di lobi hotel?

Crystal Michella Zhang.
Crystal Zhang.
Crystal.

"Hey there,"sapanya mesra. Aku dan Damien berpandangan sahaja.

"You're here..." soalku. Aku cepat-cepat menarik hujung baju Damien. Damien tampak tenang sahaja.

"Yeah. I search dekat internet tempat percutian yang best dekat Malaysia, so...here I am," katanya. Aku ketap gigi. Nak menipu pun agak-agak lah! Aku kot yang cakap dengan Crystal yang aku akan datang bulan madu ke Pulau Lang.

Dan dia sengaja ikut! Aku tahu! Aku bercinta dengan Crystal cukup lama! Aku arif sangat dengan apa yang dia boleh buat!

Damien pandang Crystal.

"You sorang je ke?" Soal Damien. Crystal angguk.
Aku pandang Crystal tak percaya. Dia bukan ada pembantu lelaki ke yang akan selalu ikut dia ke mana-mana? Aku pandang ke arah Damien.
Ketika itu kami mahu pergi bersarapan.

"Apa korang nak buat hari ni, if you don't mind me asking?" Soalnya.
"You can choose not to answer me, afterall korang tengah honeymoon kan! My bad ganggu you two lovebirds!" Katanya ceria, sangatlah fake!

Lovebirds kepala otak kau! Kau sengaja datang sini nak cari pasal dengan aku dan Damien kan! Kau sengaja nak porak perandakan rumah tangga aku betul tak!

Kali ni, aku takkan bagi muka! Aku dah nekad, aku nak berubah!
Aku tak mahu kena laknat!

"Naik cable car je plan kitaorang," mata aku terbeliak apabila Damien balas pertanyaan Crystal. Aku ketap gigi. Damien, boleh tak you diam? Ayat itu hanya berlegar di kepala aku.

"Sounds fun," ujarnya.

Aku kawal momentum tenang. Tapi sebenarnya, aku dah tunjuk muka tak puas hati bila Damien beritahu perancangan kami hari ini. Aku diam sahaja, biar Damien yang bercakap.

"Crystal, kalau you nak join kitaorang pun, I on!" Kata Damien tiba-tiba. Aku jegil mata dan tendang kaki Damien membuatkan dia terkebil-kebil. Aku sangka, laki aku ni cerdik, rupanya kadang-kadang dia naif jugak!

"Can I?" Pucuk dicita ulam mendatang lah buat Crystal. Aku bagi isyarat tak boleh kepada Damien, tapi terlajak perahu boleh diundur, telajak kata....

"Sure...why not...after Zohor," balasnya.

Aku jegil mata seluas mungkin kepada Damien!

***

"I tak faham! I literally cannot brain!" Ujarku setelah mencampak beg tangan ke atas katil. Aku cekak pinggang sambil pandang Damien yang tampak tenang tak bersalah.

"By, kesian lah kat Crystal. Bercuti sorang-sorang," komen Damien.

"You know right, datang tempat orang alone tak seronok, that's why I kesian, so I ajak lah," ujar Damien lagi.
"She used to take care of you back then in US. Now, it's our turn!" Kata Damien, rileks betul. Aku tarik muka.
"Besides, the more the merrier right!" Dia menjawab. Polos sahaja.

"The more the merrier apa kejadahnya!" Marahku. Aku memang betul-betul bengang. Terkejut dengan ayat makian dari aku, Damien garu kepala. Baru sedar yang dia buat salah.

Damien senyum. Dia merangkul pinggang aku dan tersenyum.

"You jealous abang baik dengan Crystal ke?" Soalnya.

Ha? Aku kerutkan dahi.

"Abang sayang by sorang je dalam dunia ni. No one ever could take your place," katanya.
"You dunia akhirat abang," katanya lembut.

I'M NOT YOURS (BM)Where stories live. Discover now