Usai pulang ke rumah, aku lihat Brianna terkocoh keluar. Branson dah kena maki dengan aku sebab tak beritahu langsung mengenai penglibatan Damien dalam syarikat.
Kali ni giliran Crystal.
Usai aku masuk ke dalam rumah, kelihatan Doktor Vampire sedang minum kopi. Barangkali Brianna yang buatkan kopi itu sebab Crystal langsung tak kelihatan di ruang tamu.
"Miss Zoelle ," sapanya ramah.
Aku terkedu menatap wajahnya yang sangat kacak.
"Hi," sapaku. Mata aku tercari-cari Crystal."Where's Crystal?" Soalku. Doktor Ian menunjukkan ke arah bilik. Aku senyum sahaja dan mengangguk faham. Aku ada hal yang nak dibicarakan dengan Crystal.
"I need to talk with her for a bit. Enjoy your coffee, I'll be back in a second," kataku.
"Miss Zoelle," dia hentikan aku.
"Actually, I dah tunggu Miss Crystal dekat sejam lebih, if you managed to talk with her, can you ask her to meet me for a bit," pintanya.
Aku diam. Maksudnya dia dah tunggu Crystal keluar bilik lagi lama berbanding aku!
Logik!
Crystal tak keluar bilik dan arahkan pembantunya buat kopi! Logik!"You nak cakap pasal apa ya?" Soalku tenang.
"She doesn't want to go the chemo," ujarnya.
Aku merengus seraya bercekak pinggang. Ini bukan persetujuan kami. Aku pandang wajah sugul doktor kacak itu. Dia kelihatan seakan sudah putus harapan."Wait, I'll talk to her," kataku.
****
Apabila aku masuk dalam bilik Crystal, hati aku jadi sakit apabila tengok dia terkekeh ketawa menonton cerita rancangan aneka ragam Korea Selatan.
"The doctor vampire is outside," ujarku.
Crystal masih terkekeh ketawa geli hati dengan komentar pelakon dalam rancangan itu.
"He's been waiting more than one hour!" Tegasku.
Kesabaran aku ada had! Sebelum aku lempar ipad yang dia gunakan, adalah lebih baik dia tutup gadjet tersebut.Merasakan aku sedang berapi marah, Crystal tutup gadjet dan memandang aku.
"I told him to fuck off," rungutnya.
Aku mengeluh.
Baik.Aku keluar dari bilik Crystal.
"Doctor, I'll take Crystal to check up tomorrow," ujarku. Wajah Doktor Vampire berubah.
"That's my promise," kataku tegas. Dia angguk. Usai doktor itu meminta diri untuk pulang, aku kembali semula kepada Crystal."Are you seriously don't want to go to hospital? You're being ridiculous!" Marahku.
"Whatever," balasnya dalam selimut. Macam budak-budak.
"I nak tanya ni," aku bersuara lantang.
"Kenapa you tak cakap yang Damien, co-owner syarikat you?!" Marahku. Aku meninggikan suara sedikit. Crystal masih lagi dalam selimut, pura-pura tak dengar aku.
"You tak bagitahu I langsung kan?!" Marahku.Crystal buka selimut dan mengerutkan dahi.
"Oh, I'm sure Damien told you!" Katanya. Aku berkerut. Bila? Masa bila?
"Oh, he did not!" Balasku.
Crystal ketawa sinis.
"He did not? Or when he told you, you just didn't listen!" Matanya meliar ke arahku. Aku ketap gigi. Aku pulak?
Aku berpeluk tubuh.
Crystal kemudian bangun dari katil."You always like this. This world only revolves around you. You act like you care but in the end you just care about yourself! You never bother to think about me or Damien! It's always about you!" Marahnya.
Aku tersentak.
"You cakap you nak teman I kat sini. But your mind is full of Damien!" Katanya.
"But, you never care the least about him! You never take apa yang dia cakap into account. It's just you and yourself," marahnya.
Aku senyap.
Benarkah begitu?
Teguran Crystal buat aku kembali terfikir tentang kekurangan diri sendiri."But...it's his fault like always. You mana pernah salah. Who asked him to love you more than you loved him," hamburnya.
"Cryst!" Tempikku.
"I ni dah la sakit! I penat! I nak tidur. I penat. Jangan kacau I," katanya lalu kembali tarik selimut dan bersembunyi seperti ulat beluncas!
***
Rasa bersalah menyelubungi diri apabila Crystal muntah-muntah lagi. Kedengaran bunyi dia sakit teruk di dalam bilik. Namun, aku tak berani masuk.
Satu, sebab aku rasa bersalah kerana serang dia lepas balik kerja.
Dua; aku tak sampai hati. Nak paksa dia teruskan rawatan dalam keadaan dia yang begitu,
Aku tak mampu! Aku tak mampu melihat dia kelihatan begitu kasihan."Babe," panggilku.
"What?!" Kasar balasnya. Aku sandar pada pintu yang terbuka. Terus terang, pasal rahsia antara Damien dan Crystal, aku awal lagi tolak ke tepi. Mana mungkin aku marahkan Crystal kalau keadaan dia begini.
Damien satu hal lagi. Tak jawab panggilan mahupun mesej aku. Berjela aku taip, masih belum dibaca olehnya."You okay?" Soalan aku kedengaran cukup bodoh di telinga Crystal.
"Nampak macam okey ke?" Soalnya membuatkan aku menggeleng.
Dia bangun dan menolak aku ke tepi.Aku mengeluh. Tak boleh begini selalu.
"I rasa, we need to see the doctor vampire tomorrow," cadangku.
"No," sepatah dan tegas balasnya. Aku mendengus. Sudahlah dihalaunya Doktor Ian, jumpa pun tak mahu. Aku garu kepala. Crystal kemudian duduk di birai katil."You dah tengok emel kerja?" Soalnya. Aku kerutkan dahi.
"That's why we need doctor. You tak fikir kesihatan, you fikir kerja!" Hamburku lalu duduk di sisinya. Crystal tercengang menoleh ke arah aku. Lidahnya kelu seketika."And you fikir Damien," sindirnya.
"Whatever," katanya.
Aku duduk di sebelahnya.
"Babe. Everyone cares bout you," kataku.
"You ingat I tak tahu ke?" Soalnya kembali, sarkastik dan pesimik.
Dia kemudian memeluk tubuh.
"I penat Zoey," bisiknya dalam linangan air mata.
Aku pejamkan mata."I takut mati," katanya dalam linangan air mata. Melihat Crystal menangis, aku juga berlinang air mata. Aku capai tangan Crystal dan mengusapnya lembut.
"Cryst, semua orang akan mati," kataku.
Dia pandang aku dalam linangan air mata. Wajahnya pucat sahaja.Crystal tunduk.
"How bout we go the the chemo center tomorrow. At least, boleh cuci mata tengok doktor vampire," aku beri cadangan.
"You teman I?" Soalnya.
Aku ketap bibir. Walaupun dah berjanji, tapi aku masih ada hal perlu diuruskan di syarikat. Hal Damien merupakan pemilik bersama syarikat pun aku masih belum selesaikan dengan Damien.Damien pun satu! Tak angkat panggilan telefon.
Kerja di pejabat bukannya makin berkurang, tapi semakin menggunung tinggi. Namun, melihat wajah penuh pengharapan Crystal aku angguk sahaja.
"Thanks," balasnya.
"Hmm," jawabku.Crystal tersenyum ke arah aku.
"Waktu you sakit dulu lepas hilang baby, I dengan Damien try so hard to cheer you up but nothing much changes," katanya. Automatik, aku pegang perut aku yang kosongnya masih terasa hingga kini.
"You remember?" Soalnya. Aku tak angguk ataupun tak menggeleng. Peristiwa hitam itu seakan terpadam dari memori aku.
"Ingat. Tapi tak nak ingat," balasku.
"And now, you stayed by myside, like I always want," balasnya dengan senyuman.
YOU ARE READING
I'M NOT YOURS (BM)
RomanceDemi "move on" dari cinta lama yang terlarang, Zoelle Mellisa terima sahaja pinangan Damien Eskandar. Walaupun dia dan lelaki itu cuma sekadar kenalan, namun janji lelaki itu buatkan Zoelle sedar, dia tak boleh lari dari fitrah dan agama. Damien pul...