65

41 4 0
                                    

"Babe!!! Seriously nak make up! We're late and you still choosing your boots!" Aku berleter di ruang tamu.

"Kita nak pergi chemo center! Bukannya Paris Fashion Week!" Laungku. Aku bersandar di sofa putih itu sambil memandang ke arah jam dinding. Crystal masih lagi bingung memilih kasutnya.

Bunyi loceng.
Aku mendengus! Kalau pembantu Crystal, mereka tahu akses password, ini mesti orang penghantar makanan.
Crystal pun satu! Sempat lagi dia nak pesan makanan sedangkan kami berdua dah lambat.

Aku bangun perlahan-lahan menuju ke pintu rumah. Siapa? Aku terus buka pintu.

Senyuman yang dirindukan walau ada rasa marah.
Tak. Perasaan rindu yang mengatasi rasa marah.
Dia hadir dengan senyuman, mata yang redup dan depa tangan sasa yang bagaikan menyambutku jatuh ke dalam dakapannya.

"Suprise by," kata Damien mendepakan tangan. Aku terkedu.
Jauh di sudut hati, aku masih bengang dengan Damien yang tak balas panggilan mahupun menceritakan perihal syarikat kepadaku.

Namun, sekarang..

Rasa rindu yang menggunung mengalahkan rasa marah dan berang dalam hatiku. Tatkala Damien hadir dengan senyuman, air mata yang munculnya entah dari mana terus membanjiri aku.
"Abang," buruk aku menangis dalam pelukkannya. Dia meletakkan beg galas ke lantai terus memeluk aku.
"I'm here baby," pujuknya. Aku teresak-esak buruk di situ.

Ehem. Satu suara berdehem menghentikan aku dan Damien dalam sinetron ceritera cinta kami. Entah mana datangnya, tapi Doktor Ian muncul di hadapan apartment kami menjadi saksi pertemuan rindu antara aku dan Damien.

"Who?" Soal Damien memandang ke arah doktor vampire itu.

"He's the doctor yang rawat Cryst," balasku. Pelik. Kenapa dia muncul. Aku semalam dah janji dengannya.

"Doctor Ian, what are you doing here...by the way, kenalkan, this is my husband," aku tak begitu mengerti kenapa dia boleh muncul. Namun, keberadaan Damien disisi tepat untuk aku kenalkan mereka berdua.

"Husband?" Kekok dia bertanya pada aku.
"You married?" Soalnya.
Aku berkerut.

"Yea, I am," balasku selamba dan tenang. Damien segera berdiri di hadapan aku, menghalang aku dan Doktor Ian berbual.

"Damien Eskandar," Damien kenalkan diri, dengan suara yang macho. Sumpah! Tak pernah laki aku nampak "hot". Tapi hari ni, dia nampak hot. Aku bergerak sedikit untuk lihat apa yang dia buat. Damien hulurkan tangan untuk berjabat dengan Doktor Ian. Kelihatan urat kebiruan lengan Damien.

Grrrr..
Hot.
Suka pulak aku tengok lengan suami yang dah dekat tiga bulan tak jumpa.

Sekejap Zoelle Mellissa! Kau sepatutnya marah! Damien tipu kau hidup pasal syarikat! Dia tak beritahu bahawa dia dan Crystal rakan kongsi. Sekarang kau bukan kena menggedik sebab tengok urat lengan Damien, sekarang kau kena tunjuk garang! Kau kena tunjuk yang kau bukan senang kena tipu, kena pijak!

Jangan sebabkan urat lengan kau boleh lupa segalanya. Jangan sebab rindu nak mati, kau boleh lupa...

"Damien?" Suara Crystal kedengaran di muka pintu. Punyalah lama bersiap, akhir sekali pakai baju dress hitam labuh sahaja.

"Cryst," sapanya.
Crystal tarik muka tak gembira memandang aku dan Damien.

"I nak kena teman Cryst pergi centre," ujarku.

"No need," balasnya laju.

"I pergi dengan Doctor Ian. You bawalah Damien masuk dalam dulu. Rehat," katanya lalu berlalu pergi ke arah Doktor Ian.
Crystal terhenti di hadapan Damien seketika.

I'M NOT YOURS (BM)Where stories live. Discover now