Aku bangun pagi dan lihat Damien sudah siap bersiap dengan kemeja lengan pendek dan seluar jeans . Aneh, pukul 4 pagi kot!
"Nak gi mana?" Soalku. Perlahan, Damien bergerak naik ke atas katil dan memegang kedua belah tangan aku.
"Mama nak masuk wad," ujarnya. Aku diam terus mata rasa cerah. Patut lah aku pun siap juga untuk hantar mama ke hospital?
"Jap, I basuh muka," ujarku. Takkan lah nak mandi pulak kan! Nanti lambat, jadi aku fikir aku patut basuh muka dan terus keluar. Damien geleng."You pergi lewat sikit," arahnya.
"Come on, sambung tidur balik," dia menolak aku perlahan agar kembali berbaring. Entah apa pesona yang dia gunakan sampai aku tak semena-mena tersedar yang aku dah kembali berbaring. Tangan Damien masih pegang aku kemas.
Dia kemudian bantu aku menarik selimut."Abang..." panggilan aku menghentikan langkahnya di muka pintu. Aku tunjukkan dahi aku dengan jari telunjuk! Minta dicium, entah kenapa aku tiba-tiba jadi clingy macam ni! Selalunya aku macam ni ke? Damien senyum gembira sebelum patah balik ke arahku, dia mahu mencium bibir namun aku tekup dengan tangan mulutku.
Morning breath euuu! Segera aku ketap gigi kuat dan halakan jari telunjuk ke arah dahi. Dia kemudian mendekatkan dahinya dengan dahi aku dan memandang mataku lama.
"I love you the most," ujarnya mencium hidung dan kemudian dahi aku lama.
Aku senyum. Lupa pula nak cakap tentang hal yang sepatutnya aku cakap.
×××
Tengah hari aku bawakan bekal untuk mama. Damien kata, dia perlu berurusan dengan Tan Sri Shah, jadi aku temankan mama di hospital.
Sebenarnya, mama tak sakit sangat pun di mata aku. Entahlah. Dari semalam buat pengsan, tak penat kah?
Sebaik sahaja masuk ke kamar sakit, aku lihat Mumtaz Amaya sedang berada di sisi katil.
"You dah datang," dia menyapa aku dengan senyuman sambil menyambut bekas makanan.Dia membawa bekalan itu ke arah mama.
"Mama dah makan? Zoey ada masak untuk mama," aku bersopan.
"Tak nak makan lah," jawabnya dingin. Aku dapat rasakan yang mama tak mahu berbaik dengan aku.
"Makan lah sikit ma, Maya suap," Maya menunjukkan makanan itu ke arahnya. Maya membuka bekas makanan itu dengan senyuman. Amboi, dah tukar panggilan mama. Aku sebenarnya sedikit sentap, namun aku tahan marah sekarang.
Maya suap mama makan. Mereka sesekali berbual mengenai majlis. Aku diam. Walaupun Damien tak rela, namun mama dah mulai rancang macam-macam. Aku yang ada di situ macam patung cendana. Tak disuruh duduk, sebaliknya aku berdiri macam roh sesat yang tak mereka lihat..
Sakit hati. Terasa hati. Hubungan Maya dan mama rapat benar .
"Mama, kalau teringin nak makan apa cakap je, nanti Zoey masakkan," ujarku cuba ambil hati. Maklumlah! Aku tak suka kalah! Bila aku rasa mama lebihkan Maya, aku nak cuba memintas Maya.
"Maya, sayang tinggal mama dengan Zoey jap," pinta mama. Maya terus menurut.
Amboi, siap panggil sayang lagi."Mama nak minta you terima Damien kahwin dengan Maya," ujar mama tanpa bertapis. Perut aku tiba-tiba rasa sakit usai mendengar ayat mama.
"Zoey ikut abang je," balasku."Tan Sri Shah nak nikahkan diaorang lusa," ujar mama. Aku senyap. Damien tak cakap dengan aku lagipun mengenai hal ini. Lusa? Tak terlalu terburu-buru kah? Bukankah nak kahwin banyak procedure? Aku diam.
"Nikah yang penting, benda lain kemudiankan," ujar mama."Abang nak ke? Kena tanya abang dulu," ujarku.
"Dah kalau Tan Sri Shah ugut nak beli saham Dew Hotel, nak tak nak kena ikut lah," ujar mama. Dia tampak tegas.
"Damien ada duit, boleh sara dua isteri," ujar mama.
Tak...masalahnya sekarang bukan pasal duit.
![](https://img.wattpad.com/cover/317687495-288-k556913.jpg)
YOU ARE READING
I'M NOT YOURS (BM)
RomanceDemi "move on" dari cinta lama yang terlarang, Zoelle Mellisa terima sahaja pinangan Damien Eskandar. Walaupun dia dan lelaki itu cuma sekadar kenalan, namun janji lelaki itu buatkan Zoelle sedar, dia tak boleh lari dari fitrah dan agama. Damien pul...