6

121 5 0
                                    

Laki aku ni satu hal sungguh. Dengan muka selamba dia boleh ajak aku balik rumah mama dan papa yang jelas sekali tak suka dengan aku. Terutama mama!

Aku tak faham macam mana Kak Long boleh tahan duduk dengan mertua. Setahu aku, Abang Long Darren Eskandar tu lagi lah tak lekat dekat rumah sebab dia polis dalam unit jenayah. Dania dan Daniel juga tampak tak selesa bila aku balik ke rumah banglo tersebut.

Dania mesti lagi tak selesa. Dah la dalam kelas pun jumpa aku, dekat rumah pun nak kena jumpa aku. Dia pun kadang pening nak panggil aku Puan atau Kak Ngah. Mesti dia tak selesakan. Ya lah! Aku pun tak selesa kalau kakak ipar aku jadi pensyarah aku! Gamak betul!

Hampir sebulan perkahwinan kami. Tak ada apa yang berubah. Masih macam tu sahaja. Damien sibuk dengan hotel, aku juga sibuk dengan kerja. Jangan kata bulan madu, kenduri belah lelaki pun semuanya last minute! Nasib aku tak urus kenduri belah lelaki, jadi aku malas nak ambil peduli.

"Baby, mama papa suruh abang balik hujung minggu ni," ujarnya.

Tak selesanya! Aku baru sedar satu tentang realiti alam perkahwinan. Kau bukan sekadar kahwin dengan laki engkau, tapi kau kahwin sekali dengan famili laki engkau. Dah nama pun famili laki engkau, macam mana sekalipun takkan sama dengan famili engkau!
Mungkinlah, ada yang boleh toleransi.
Tapi, tak semua.

Aku kahwin dengan Damien, bukan sekadar dapat Damien sorang! Tapi dapat sekali pakej mertua, terutama ibu mertua yang macam tak suka dengan aku.

Tak nak lah balik rumah banglo tu!

Baik duduk kondominium kami. Lagi selesa!

"You nak balik, you balik lah! I tak halang," balasku. Sepanjang sebulan ini, satu perkara yang aku berjaya ubah ialah kata ganti nama diri. Jika sebelum ini aku guna aku engkau, sekarang aku dah pandai guna "I" dan "you". Tapi, Damien masih tak suka dengan kata ganti nama diri yang aku gunakan. Walaupun dia tak marah, tapi katanya dia bagi aku masa untuk menerima.
Damien lebih suka bahaskan dirinya "abang" sementara memanggil aku dengan panggilan "baby".

Aku masih ingat macam mana wajah geli Hera mendengar cara Damien panggil aku.

"Papa suruh abang bawa baby sekali," katanya. Aku akhirnya angguk. Malas nak cakap banyak.

***

Suasana tegang. Eh, tenang. Aku makan dengan bersahaja di sebelah Damien. Ibu mertuaku duduk di sebelah papa, makan tanpa bicara. Sepanjang aku kahwin dengan Damien, aku dapat rasakan layanan sejuk sejuk beku daripada ibu mertuaku. Aku dah tak sekadar sangka, sebaliknya aku yakin mama memang tak pernah suka aku masuk dalam keluarga ini.

Seorang lagi pula Dania. Tak salahkan dia juga. Siapa nak kakak ipar jadi lecturer kau kan? Kalau aku pun, mesti akan rasa tak selesa. Usai makan, aku membantu membasuh pinggan di dapur. Keadaan di rumah aku jauh berbeza dengan rumah Damien. Di rumah Damien, selepas makan mereka akan relaks sahaja di ruang tamu, pembantu rumah yang akan uruskan segala kerja rumah. Hal ini sangat bertentangan dengan didikan yang aku terima, di mana lepas makan perlu kemas meja.

"Puan Zoey tak perlu susah," ujar Bibi J dalam loghat pekat Indonesia. Aku senyum sahaja. Tak apalah, alang-alang aku basuh pinggan, biarlah aku basuh yang mana ada dalam sinki ni.
"Bibi basuh periuk kat dapur basah. Sini, saya buat," ujarku sambil mencuci cawan kaca. Bibi angguk sahaja dan ikut arahan aku.

Mungkin disebabkan malas basuh pinggan orang putih cipta "dishwasher". Rumah aku tak ada benda alah tu, mungkin aku patut beli satu. Tapi, katanya macam mahal! Bukanlah aku tak mampu, tapi macam tak berkeperluan pula nak guna dishwasher sedangkan bukan banyak pun pinggan dan cawan!

"Oh geli!" Latahku apabila sesuatu merayap di pinggang dan leherku.
Damien.
Dia memeluk aku dari belakang dan menghembuskan nafas di leher aku.

"Aku tengah basuh kaca kan!" Marahku. Saat itu terdengar mama berdehem. Aku ketap bibir, terlepas cakap aku kau dengan Damien. Dah la ibu dah tegur, nanti kalau mertua pula tegur kan tak pasal aku!

I'M NOT YOURS (BM)Where stories live. Discover now