40

52 4 0
                                    

Aku membancuh minuman bali untuk diri sendiri. Jangan tanya kenapa, tiba-tiba tekak aku terasa nak minum air bali. Dan cuba teka mana aku dapat barley?

Mama.
Mama belikan untuk aku sewaktu dia keluar pergi pasar dengan Bibi J.
Aneh gila! Tiba-tiba dia ketuk pintu bilik dan tanya pesanan aku sebab dia nak keluar.

Kerja rumah?
Dia cakap tunggu dia balik baru buat!
Dia suruh aku tidur sahaja dalam bilik! Kalau aku degil, maknanya perang!

Kalau aku tahu layanan mama terhadap wanita mengandung ni sangatlah positif dan baik, aku tak suruh Damien pakai kondom di waktu awal-awal kami bersama!

"Zoelle," panggil satu suara. Mumtaz Amaya. Aku memandang ke arahnya tanpa berkelip.
Dia senyum ke arahku. Semalam, Damien cakap Maya akan pindah ke rumahnya semula.

"You buat apa?" Soalnya polos. Dia ni cuba nak berbaik dengan aku ke? Tak nak...aku tak nak berbaik dengan dia! Dah la fitnah laki aku!

"Buat air la, you tak nampak ke?" Aku angkat sedikit mug air.

FIRST BLOOD!

Maya angkat kening, barangkali bengang apabila ditanya dengan baik dijawab dengan tak begitu baik..

"I dengar mama cakap you nak pergi Turki," dia buat ayat penyata. Aku angguk.
"You merajuk ke?" Soalnya macam sengaja menyakitkan hati.

"I pergi sebab dapat tawaran lah, I kan bijak," aku balas sarkastik. Sengaja tekankan perkataan bijak.

DOUBLE KILL!

"Ingatkan you merajuk sebab Damien kahwin dengan I," sindirnya.

"Damien kahwin sebab family you paksa," tegasku. Paksa aku tegaskan sedikit.

TRIPLE KILL!

"Still dia kahwin jugak kan..." katanya. Aku kacau air sambil angguk kepala.
"By the way, congrats for the baby," tambahnya.

Aku senyum.

"Nanti you tak ada, rezeki I dengan Damien pulak lah dapat baby," dia tegaskan pada aku. Berdesing telinga aku...tapi...

"Tu kalau Damien tidur dengan you lah..dah empat lima hari kahwin, Damien asyik kat bilik I je," aku mencebik.

MANIAC!!

Maya ketap bibir.
"Macam mana eh you boleh pregnant?" Soalnya mahu tukar tajuk...tapi...

"Macam mana? We did sex obviously!" Balasku selamba.
SAVAGE!

Maya ketap bibir. Dia kemudian mendengus dan tersenyum.

"Damien is good at sex, I know..." dia bangkitkan kemarahan aku. Tenang Zoelle. Jangan melatah!

"No matter how good he is, I takde lah sampai nak fitnah dia rogol I," aku menyindirnya.
WIPED OUT!

Maya mendekatkan diri dengan aku. Dia yang tinggi itu memandang aku yang sedikit rendah ini sambil mengetap gigi.
"You jangan ingat you menang Zoelle Mellissa," tegasnya.

"Damien is mine," katanya.

"Lagipun, mama sayang I lebih!" Dia ingatkan aku kembali dalam perang antara Zoey dan mertua.

Aku meletakkan mug dan kembali memandang Maya. Aku renung dalam mata gadis kacukan Pakistan itu sebelum bersilang tangan memeluk tubuh.

"Kalau you nak Damien, you can have him...but remember, he's not a thing," tegasku. Aku jengket kaki .

Memang Maya tinggi, tapi Zoelle Mellissa tak pernah kalah!

Aku kerutkan dahi.

"I DON'T FIGHT FOR A MAN," bisikku ke arahnya sambil geleng kepala.
"If Damien wants me, he gonna served me," tegasku.
Aku berpeluk tubuh memandang Maya. Aku senyum sarkastik.
"You can do better Mumtaz Amaya, I sikit pun tak terciduk," ujarku.

I'M NOT YOURS (BM)Where stories live. Discover now